Rabu, 28 September 2011

Utusan Online - Utara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Jaga letak kereta haram berleluasa

Posted:

Jaga letak kereta haram berleluasa

Jaga letak kereta haram berleluasa

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my


Liew Yeow Hooi (kanan) dan rakan-rakannya menunjukkan bukti bergambar selepas membuat laporan polis berhubung aktiviti kutipan bayaran letak kereta haram sepanjang jalan Upper Penang di Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 27 Sept. – Pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Upper di sini bukan sahaja dikenakan caj oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), malahan terpaksa membayar upah tambahan antara RM10 hingga RM20 kepada sekumpulan lelaki yang menjalankan kegiatan letak kenderaan haram di situ.

Aktiviti haram itu yang berlaku sekitar pukul 9 malam setiap Jumaat hingga 4 pagi Sabtu telah berlarutan sejak setahun lalu tetapi didakwa tidak ditangani secara serius oleh pihak penguatkuasa MPPP.

Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM), Liew Yeow Hooi berkata, meskipun marah dengan apa yang berlaku, pengunjung ke pusat hiburan berkenaan terpaksa juga membayar caj yang diminta kumpulan tersebut kerana khuatir kereta mereka dirosakkan.

''Sebenarnya perkara ini bukan benda baru. Ramai lagi rakyat negeri ini mengalami nasib sama kerana kurangnya langkah penguatkuasaan diambil MPPP.

''Buat apa mereka melanjutkan masa kutipan sehingga pukul 12 tengah malam di kebanyakan jalan kalau mereka sendiri tidak boleh mengutipnya. Baik batalkan sahaja langkah itu kerana ia tidak adil dan hanya membebankan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini hari ini.

Yeow Hooi berkata, MPPP perlu mengambil tindakan segera termasuk menjalankan pemantauan lebih kerap di jalan-jalan terbabit supaya kegiatan berkenaan tidak terus berleluasa.

''Saya juga menyeru mereka yang mengalami situasi seperti itu untuk terus melaporkan kepada polis. Tidak usah takut. Kalau tidak buat (laporan), macam mana polis nak buat kerja.

''Jika kegiatan ini terus berlaku, MPPP juga sepatutnya mengadakan kerjasama dengan polis bagi membendungnya. Jangan hanya pandai kutip duit rakyat, tetapi langkah penguatkuasaan tidak dilakukan," ujarnya.

Kakitangan JPJ terima rasuah dipenjara

Posted:

Kakitangan JPJ terima rasuah dipenjara

Kakitangan JPJ terima rasuah dipenjara

IPOH 27 Sept. - Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Teluk Intan dipenjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM1,500 daripada seorang pemandu traktor, dua tahun lalu.

Hakim Julie Lack Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut kepada Mad Karimin Mansor, 49, selepas mendengar rayuan daripada tertuduh yang kelihatan sugul di kandang tertuduh.

Julie yang menasihatkan tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan itu, turut memerintahkan lelaki tersebut menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mad Karimin mengaku memperoleh rasuah RM1,500 daripada S. Letchamanan pada pukul 7.40 malam, 4 September 2009 di Kedai Makan Yunos berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Jenderata Bahagian 3 di Hutan Melintang dekat sini.

Wang suapan tersebut didakwa diterima sebagai upah untuk tidak mengambil tindakan terhadap Letchamanan yang memandu traktor bernombor pendaftaran AM 3297 tanpa cukai jalan, iaitu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Seksyen tersebut memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam bela Terence Naidu, memohon agar hukuman terhadapnya dikurangkan dengan alasan dia menanggung dua anak selain kehilangan kerja dan wang pencen apabila mengambil keputusan untuk mengaku bersalah.

Namun, Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), M. Kathan memohon agar hukuman setimpal dikenakan memandangkan perbuatan rasuah merupakan suatu kesalahan yang serius.

Karnival Kerjaya Pemuda BN

Posted:

Karnival Kerjaya Pemuda BN

Karnival Kerjaya Pemuda BN

IPOH 27 Sept. - Lebih 15,000 orang dijangka menghadiri Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2011 akan diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada Sabtu dan Ahad ini.

Sebelum ini karnival itu telah diadakan di Kedah, Pahang, Melaka dan Sabah.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Azwan Harun berkata, karnival yang akan berlangsung mulai pukul 9 pagi hingga pukul 7 malam itu diadakan dengan kerjasama Perak Amanjaya dan menawarkan lebih 8,000 jawatan kosong membabitkan sektor awam dan swasta.

Beliau berkata, karnival tersebut yang pertama kali diadakan di negeri ini mensasarkan golongan muda di Perak dalam usaha membantu mereka mendapatkan pekerjaan sesuai.

"Karnival ini menawarkan pekerjaan di sektor pelancongan, minyak dan gas, penerbangan, pasukan keselamatan dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Perak di sini malam tadi.

Hadir sama Ketua Penyelaras Karnival Pemuda BN Pusat, Nazir Hussin Akhtar Hussin dan Eksekutif Institut Darul Ridzuan, Aminuddin Hashim.

0 ulasan:

Catat Komen