Harian Metro: Mutakhir |
| Posted: 24 Sep 2011 09:19 AM PDT PUTRAJAYA: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut dipercayai lemas selepas tergumpal di dalam selimut ketika di bawah jagaan pengasuhnya di Presint 8, di sini, kelmarin. Nur Harisya Miasarah Haizam meninggal dunia pada jam 9.30 malam, selepas lebih 11 jam bertarung nyawa ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.
Menurut ibu mangsa, Hayati Idris, 28, dia menghantar anak ketiganya pada jam 6.30 pagi, bersama seorang lagi anak lelakinya berusia empat tahun.
"Sebaik keluar ke ruang tamu, dia lihat Mia di bawah selimut nipis dalam keadaan tidak bermaya, lesu, sedikit biru dan tidak bernafas.
Hayati berkata, sepanjang menerima rawatan di ICU, anak sulung perempuannya kelihatan kritikal dan tidak memberikan tindakan positif kecuali menggerakkan jari tangan beberapa kali.
|
| Makin ramai suami didera isteri Posted: 24 Sep 2011 09:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Bilangan suami menjadi mangsa dera isteri semakin membimbangkan, malah aduan diterima meningkatkan sejak kebelakangan ini. Fenomena itu didedahkan Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Fadhlina Siddiq pada majlis mesra Aidilfitri Wadah-Abim-PKPIM, di sini, semalam.
"Abim pusat kerap menerima laporan golongan suami yang mengadu diri mereka dicederakan oleh isteri.
Beliau juga mengatakan, jika dulu penderaan dalam rumah tangga hanya tertumpu kepada emosi, sekarang ia cenderung kepada penderaan fizikal dan keganasan seksual.
"Pasangan perlu kaji semula aspek merangkumi komunikasi, pengurusan ekonomi keluarga dan ikatan kasih sayang setiap lima tahun mereka mendirikan rumah tangga.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan