Rabu, 28 September 2011

Utusan Online - Selatan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Buang sampah kena hukuman khidmat masyarakat

Posted:

Buang sampah kena hukuman khidmat masyarakat

Buang sampah kena hukuman khidmat masyarakat

SEREMBAN 27 Sept. - Tindakan denda termasuk hukuman menjalani khidmat masyarakat bakal dilaksanakan di negara ini terhadap individu yang didapati membuang sampah merata-rata, khususnya di kawasan awam.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, pihak berkuasa mungkin boleh melaksanakan hukuman seperti di Singapura, dengan mendenda pesalah menyapu dan mengutip sampah di bawah penetapan undang-undang Corrective Work Order (CWO) di negara republik itu.

''Menerusi langkah ini, ia akan dapat memberikan pengajaran terhadap pesalah, sekali gus mencegah perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dalam masyarakat kita. Lagi pun inisiatif tersebut ternyata berkesan di Singapura.

''Kita mungkin akan mempertimbangkan cadangan ini memandangkan kita juga sedang memfokuskan ke arah persekitaran yang lebih bersih. Saya tidak nampak mengapa ia tidak boleh dilaksanakan," katanya pada Majlis Pelancaran Makmal Mini 1Malaysia Green 1Malaysia Clean di Nilai Springs Resort, Nilai di sini, semalam.

Menurut Yen Yen, pelbagai langkah drastik perlu diambil segera bagi memastikan kebersihan persekitaran negara terus terjamin

''Berdasarkan indeks pencapaian persekitaran tahunan yang dikeluarkan Universiti Yale dan Columbia, Malaysia jatuh daripada kedudukan kesembilan pada 2006 ke tangga 54 pada tahun lalu.

''Pada masa sama, berpandukan kajian Indeks Kualiti Bandar dan Penempatan Global yang dikeluarkan oleh sebuah firma konsultan global, Mercer menunjukkan Kuala Lumpur berada pada tangga ke-94 dan kedudukan ini tidak berubah sejak tiga tahun lalu," ujarnya.

Tegasnya lagi, sedangkan Filipina berjaya memperbaiki kedudukan dalam indeks tersebut.

''Ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih," katanya.

Judi haram mula tukar taktik

Posted:

Judi haram mula tukar taktik

Judi haram mula tukar taktik

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


BEBERAPA ANGGOTA peNGUAT kuasa MBMB merampas peralatan komputer milik sebuah premis yang beroperasi menjalankan kegiatan judi haram Internet di Taman Kota Laksamana, Melaka, semalam.


MELAKA 27 Sept. - Usaha membanteras kegiatan judi haram Internet di negeri ini semakin mencabar apabila 'penganjur' memilih untuk beroperasi secara tertutup di tingkat atas rumah kedai bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

Tindakan licik itu ekoran intipan dan serbuan demi serbuan yang diperhebatkan pihak berkuasa tempatan dan polis akhir-akhir ini bagi membasmi kegiatan perjudian Internet di negeri ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu berkata, dalam serbuan di 15 premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi Internet malam tadi mendapati, hanya satu premis berjaya menemui komputer yang digunakan untuk kegiatan judi Internet.

"Setelah mendapat waran mahkamah, kami memecah masuk sebuah premis tanpa lesen di tingkat dua bangunan rumah kedai dan pemeriksaan mendapati terdapat tanda-tanda kegiatan judi Internet berdasarkan helaian kertas wang taruhan yang ditampal pada dinding premis.

"Ekoran itu, kita merampas 14 set komputer yang digunakan untuk kegiatan judi kerana beroperasi tanpa lesen dan melakukan kesalahan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Melaka 2011," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Zainal, menyedari tindakan tegas dan usaha berterusan yang dilakukan pihak berkuasa bagi membasmi perjudian Internet, penganjur kini tidak lagi beroperasi secara terbuka sebaliknya secara tertutup.

"Inilah cabaran yang terpaksa kami hadapi namun MBMB dengan kerjasama pihak polis akan mendapatkan waran dari mahkamah untuk memecah masuk premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi Internet," tegasnya.

Dalam operasi yang disertai 40 anggota penguat kuasa MBMB termasuk empat anggota polis itu, sebanyak 14 premis tanpa lesen yang dipercayai menjalankan kegiatan perjudian Internet telah diserbu.

Lokasi yang diserbu dengan masing-masing satu premis ialah di Tangga Batu, Tanjung Kling serta Jalan Tun Perak selain masing-masing dua premis di Taman Gadong Perdana, Taman Bertam Perdana, Malim Jaya dan Taman Teluk Mas.

Operasi bermula pukul 9.40 malam dan berakhir 12.30 malam itu turut menyerbu tiga buah premis di Sungai Udang, bagaimanapun serbuan mendapati semua 14 premis haram itu telah menutup operasi mereka.

Melaka wartakan 247.47 hektar hutan simpanan kekal

Posted:

Melaka wartakan 247.47 hektar hutan simpanan kekal

Melaka wartakan 247.47 hektar hutan simpanan kekal

MELAKA 27 Sept. - Kerajaan negeri mempertimbangkan untuk mewartakan kawasan seluas 247.47 hektar sebagai hutan simpanan kekal bagi memastikan pemuliharaan berpanjangan terhadap kawasan liputan hijau di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal berkata, kawasan hutan yang terlibat adalah Alor Gajah di kawasan seluas 235.72 hektar dan kawasan persisiran pantai Merliau di Jasin dengan keluasan 11.72 hektar.

Menurutnya, setakat ini, kawasan hutan seluas 5,080 hektar telah diwartakan sebagai hutan simpanan kekal.

''Usaha kerajaan bertujuan memastikan kawasan-kawasan hutan yang terdapat di negeri ini terus terpelihara daripada sebarang aktiviti pencerobohan haram.

''Ini penting bagi mengimbangi pembangunan kemajuan di negeri ini dengan mengambil kira kepentingan sumber alam semula jadi," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia ke-31 di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Razani Ujang dan dua Timbalan Ketua Pengarah, Datuk Abd. Rahman Abd. Rahim (Dasar dan Perancangan) dan Datuk Masran Md. Salleh (Operasi dan Teknikal).

Mengulas lanjut Perumal berkata, kerajaan negeri hanya membangunkan hutan simpanan kekal berteraskan kepada konsep eko- pelancongan iaitu sebagai hutan rekreasi atau hutan lipur.

Ujarnya, kawasan terlibat adalah Bukit Batu Lebah, Taman Negeri Melaka, Taman Botanikal, Hutan Rekreasi Sungai Udang, Hutan Rekreasi Paya Laut Kuala Linggi dan Hutan Simpan Tanjung Tuan.

0 ulasan:

Catat Komen