Rabu, 28 September 2011

Utusan Online - Mahkamah

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


65 sampel tanah terdapat kesan darah

Posted:

65 sampel tanah terdapat kesan darah

65 sampel tanah terdapat kesan darah

SHAH ALAM 28 Sept. - Sebanyak 65 sampel tanah yang mempunyai kesan darah ditemui di Ladang Gadong, Banting iaitu lokasi Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh sebelum dibakar pada Ogos tahun lalu.

Timbalan Ketua Bahagian Digital, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia, Asisten Komisioner (ACP) Hussein Omar Khan semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, penemuan itu hasil kerja-kerja menggali yang dilakukan di kawasan tapak pembakaran berhampiran sebuah kolam di ladang tersebut.

Jelas saksi pendakwaan ke-51 itu, kerja-kerja tersebut dilakukan oleh beliau dan pasukannya di beberapa lokasi dengan bantuan pegawai Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia pada 9 dan 10 Oktober tahun lalu.

''Kami dibantu oleh pegawai penyiasat untuk menentukan lokasi-lokasi yang sesuai digali bagi mendapatkan sampel, sementara bagi kerja-kerja menggerudi, ia dibuat oleh pegawai Jabatan Mineral dan Geosains.

''Tanah sedalam 90 sentimeter digerudi dengan menggunakan satu alat khas. Pada setiap 10 sentimeter, saya ambil sampel sebesar kiub dua sentimeter untuk diuji dengan 'hemocculet sensor card' bagi mengesan kehadiran darah.

''Pada 9 Oktober, sebanyak 16 sampel tanah didapati positif darah dan pada 10 Oktober pula, sebanyak 49 sampel tanah diuji dan positif darah,'' katanya semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani.

Dalam kes ini, N. Pathmanabhan, 42, bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam hingga 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun semasa disoal oleh peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan, Hussein mengakui bahawa pemeriksaan lanjut oleh Jabatan Kimia Malaysia terhadap sampel-sampel tanah itu menunjukkan ia negatif darah.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan di dasar Sungai Panchau, Banting pada 15 September 2010, menemui sebanyak 417 serpihan tulang, tiga batang gigi, dua utas rantai, dua keping syiling, satu anak kunci, 15 kepingan logam dan empat ketulan logam dipercayai emas.

Katanya, penemuan itu setelah pencarian dibuat dalam kawasan sejauh 24 meter dan lebar lima meter dengan tanah dasar sungai sedalam 30 sentimeter diayak dengan menggunakan penapis.

Sementara jam tangan jenis Seiko Honda Racing Team milik Kamaruddin dan jam tangan jenama Bell & Ross milik Ahmad Kamil ditemui di dasar Sungai Kanchung Laut semasa pencarian dibuat pada 13 dan 14 September 2010.

Beliau turut mengakui anggota yang membuat pencarian di dasar sungai tidak memakai sarung tangan getah semasa kerja-kerja itu dilakukan kerana keadaan persekitaran dengan permukaan yang tajam menyebabkan ia pecah.

Bagi pemeriksaan di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Sungai Arak, Banting pada hari yang sama pula, pasukannya menemui 11 batang kayu termasuk sebesar kayu balak yang ada kesan terbakar serta sampel sisa-sisa kebakaran.

Pada prosiding hari ini, tertuduh keempat, Kathavarayan yang dilihat tidak sihat dan agak susut tubuhnya tidak hadir kerana dibawa oleh pihak penjara ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir yang masuk hari ke-36 bersambung esok.

Perbincangan kes Tajudin saman The Malaysian Insider Jumaat ini

Posted:

Perbincangan kes Tajudin saman The Malaysian Insider Jumaat ini

Perbincangan kes Tajudin saman The Malaysian Insider Jumaat ini

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kes saman fitnah RM200 juta oleh bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli terhadap portal berita, The Malaysian Insider masih dalam proses perbincangan ke arah penyelesaian di luar mahkamah.

Peguam George Miranda yang mewakili portal berita tersebut bersama dua yang lain memberitahu pemberita, sekiranya persetujuan dicapai terhadap beberapa terma oleh pihak-pihak yang terlibat, maka mereka akan merekodkan penyelesaian tersebut di Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat ini.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas pengurusan kes itu di hadapan Hakim Harmindar Singh Dhaliwal di kamar hakim berkenaan hari ini, dengan kehadiran peguam Lim Kian Leong yang mewakili Tajudin.

Pada 18 Ogos lalu, Tajudin selaku plaintif memfailkan saman dengan menamakan penerbit portal tersebut, The Malaysian Insider Sdn. Bhd.; Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jahabar Sadiq dan wartawan, Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Beliau yang berkhidmat di MAS antara 1994 hingga 2001 antaranya menuntut ganti rugi kecederaan dan kehilangan reputasi tidak kurang daripada RM200 juta, ganti rugi keterlaluan dan teladan.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, artikel berkenaan bermaksud atau difahamkan bermaksud beliau seorang yang tidak jujur, berkelakuan tidak wajar, menyalahgunakan kedudukan, bertindak secara tidak profesional, tidak boleh diharap dan tidak boleh dipercayai.

Plaintif memberitahu, beliau melalui peguam caranya telah menulis surat kepada pihak defendan pada 7 Jun lalu untuk menuntut artikel dan pengedarannya ditarik balik serta permohonan maaf.

Bagaimanapun, dakwanya, pihak defendan dalam surat jawapannya bertarikh 20 Jun lalu menyatakan, artikel terbabit bukan bersifat fitnah dan mereka mempunyai pelbagai sumber berita serta enggan menarik balik pengedarannya.

Di sebalik keengganan tersebut, Tajudin menyatakan, pihak defendan telah mengulangi kata-kata fitnah atau yang serupa dengannya dalam artikel bertajuk Najib: Tajudin intervention 'offsite solutin' not settlement pada 12 Ogos lalu dan tiga lagi artikel pada keesokan harinya.

Disebabkan pengulangan kata-kata fitnah tersebut, dakwa plaintif, pihak defendan telah menunjukkan mereka sebagai berniat jahat dan menyusahkan serta patut dipertanggungjawabkan untuk ganti rugi.

Plaintif turut mendakwa, ekoran penerbitan artikel yang telah disampaikan secara meluas melalui Internet, beliau telah mengalami kerosakan yang teruk dalam perwatakan dan reputasi selain dibawa kepada keaiban awam, skandal dan penghinaan serta menjejaskannya.

0 ulasan:

Catat Komen