Rabu, 28 September 2011

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Penduduk Singapura kini 5.18 juta

Posted: 28 Sep 2011 02:57 AM PDT

Mutakhir

SINGAPURA: Singapura kini mempunyai 5.18 juta penduduk, bertambah 2.1 peratus dari tahun sebelumnya.

Mengikut laporan Population Trends 2011 yang dikeluarkan di sini hari ini, angka itu meliputi 3.79 juta warga negara Singapura, 530,000 pemastautin tetap dan 1.39 warga asing bukan pemastautin.

Kaum Cina merangkumi 74 peratus daripada penduduk Singapura, diikuti Melayu sebanyak 13 peratus dan India 9.2 peratus, menurut laporan itu. - BERNAMA

Taib Mahmud umum rombakan Kabinet Sarawak

Posted: 28 Sep 2011 02:44 AM PDT

Mutakhir

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan pelantikan hanya seorang Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Jabu Anak Numpang.

Semua Menteri dikekalkan portfolio masing-masing kecuali Datuk Fatimah Abdullah dilantik menerajui Kementerian baru, Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga.

Tujuh muka baru dilantik Menteri Muda. Mereka adalah Datuk Len Talif Salleh, Julaihi Narawi, Liwan Lagang, Abdul Karim Rahman Hamzah, Dr Jerip Susil, Rosey Yunus dan Robert Lawson Chuat.

0 ulasan:

Catat Komen