Selasa, 27 September 2011

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


Kejutan dari Sabah

Posted: 26 Sep 2011 11:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya tidak pernah memandu kereta ini di Sabah, tetapi mengapa boleh disaman, malah jika tidak menjelaskan saman itu dalam tempoh 14 hari, saya didenda RM5,000," kata Yong Chon Heng, 30, yang mendakwa menjadi mangsa pihak tertentu disyaki menggunakan nombor pendaftaran sama dengan Nissan Cefiro miliknya.

Bukan saja nombor pendaftaran sama, malah jenis kenderaan serta warna kenderaan serupa.


Yong yang juga mekanik di sebuah bengkel di sini, berkata dia menerima surat saman daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bertarikh Jun lalu pada 14 September lalu yang menyatakan kesalahannya meletak kenderaannya di kawasan bukan dikhaskan untuk meletak kereta Februari lalu.

"Saya sudah membuat laporan polis pada 15 September lalu sejurus selepas menerima surat daripada DBKK," katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini, semalam.


Menurutnya, dia membeli kereta itu daripada kenalannya di Batu Caves.


Sementara itu, Pengerusi Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam PGRM, Wilson Lau, berkata pihaknya akan mencari jalan penyelesaian bagi kes terbabit.

"Ketika ini PGRM akan memaklumkan perkara terbabit kepada Yang Dipertua DBKK untuk menangguhkan tempoh saman kerana kami mahu siasatan dibuat terlebih dulu bagi mengenal pasti hal sebenar," katanya.


Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, Nazri Osman, berkata pemilik terbabit perlu menyemak dengan teliti kepada DBKK sebelum tindakan lanjut dibuat.

Warnock kecam pengadil

Posted: 26 Sep 2011 10:28 AM PDT

LONDON: Neil Warnock mengkritik pengadil, Michael Oliver berhubung tiga sepakan penalti yang dihadiahkan pada pertemuan Queen Park Rangers (QPR) dengan Aston Villa, kelmarin.

QPR yang beraksi dengan 10 pemain, meraih gol penyamaan untuk memadamkan kelebihan jaringan penalti Barry Bannan selepas Armand Traore mengasari penyerang Villa, Gabby Agbonlahor. QPR juga sepatutnya layak dihadiahkan dua sepakan penalti.


"Pengadil perlu dilihat melaksanakan tugasnya tetapi dia banyak membuat kesimpulan sendiri.

"Saya kecewa melihat prestasi pengadil kerana perlawanan ini seolah-olah tiada pengadil.


"Lawan tidak sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti. Saya tidak pernah menyaksikan keputusan seperti ini. Jika memberikan sepakan penalti atas kesalahan seperti itu, anda perlu memberikannya atas 30 sehingga 40 kesalahan sama pada perlawanan ini.


"Tiada penyokong Villa di belakang gol menjerit supaya sepakan penalti diberikan dan pastinya ada sesuatu yang tidak kena," kata Warnock.

Warnock menyaksikan pasukannya tidak diberi sekurang-kurangnya dua sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahan Villa, Alan Hutton.


"Yang pertama agak memalukan. Namun, insiden kedua wajib dihadiahkan penalti kerana bola mengenai tangan pemain yang diangkat," tegas Warnock. - Agensi

0 ulasan:

Catat Komen