Isnin, 26 September 2011

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


Lima warga Nigeria diberkas bersama hampir 6 kg syabu

Posted: 26 Sep 2011 03:16 AM PDT

SHAH ALAM: Polis Selangor merampas syabu seberat 5.9 kg dianggarkan bernilai RM1.5 juta dan memberkas tiga lelaki dan dua wanita warga Nigeria dalam tiga tangkapan berasingan dari 17 hingga 23 September lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A.Thaiveegan memberitahu sidang akhbar di sini hari ini, seorang daripada wanita Nigeria itu, berusia 29 tahun, ditahan di KLIA pada 17 September lepas, dan daripadanya, polis menemui syabu dianggarkan seberat tiga kilogram bernilai RM750,000 yang disorok dalam 600 penutup pengilat bibir yang dibawa wanita itu yang pertama kali datang ke Malaysia dengan penerbangan dari Doha, Qatar.

Beliau berkata polis juga menahan tiga lelaki warga Nigeria yang disyaki mengedar syabu seberat 995 gm dianggarkan bernilai RM250,000 di sebuah hotel di Subang Jaya pada 21 September lepas. - Bernama

Kanak-kanak lima tahun maut disengat tebuan

Posted: 26 Sep 2011 02:35 AM PDT

BESUT: Seorang kanak-kanak berumur lima tahun maut selepas disengat tebuan ketika membonceng motosikal bersama ibu dan adiknya di Kampung Pengkalan Nyireh di sini pada jam 1 petang semalam.

Menurut ibunya, Rakiah Ismail, 31, kejadian itu berlaku ketika beliau mengambil mangsa, Tengku Hafizul Hafiq Tengku Anuar dari Tadika Tanjung Demong yang tidak jauh dari rumahnya.

"Allahyarham membonceng di belakang saya manakala adik perempuannya berumur dua tahun berada di bahagian hadapan motosikal dan apabila menghampiri rumah, saya melalui sebuah sarang tebuan yang telah lama bersarang di dahan sebatang pokok.

"Tanpa dijangka, secara tiba-tiba ratusan tebuan menyerang kami dan walaupun dalam kesakitan saya menyuruh Hafizul lari menyelamatkan diri ke rumah jiran saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

0 ulasan:

Catat Komen