Selasa, 27 September 2011

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


260 cedera kereta api di Shanghai berlanggar

Posted: 27 Sep 2011 05:36 AM PDT

SHANGHAI: Dua kereta api bawah tanah terlibat dalam perlanggaran di bahagian belakang menyebabkan 260 penumpang mengalami kecederaan petang tadi.

Menurut rangkaian berita tempatan eastday.com, insiden itu berlaku pada kira-kira jam 2.50 petang di Metro Line 10 antara stesen Laoximen dan Yuyuan Garden.

Pihak polis mengeluarkan penumpang dari terowong manakala mereka yang cedera dibawa ke empat buah hospital berhampiran.

Akibat daripada pertembungan itu, perkhidmatan kereta api antara Stesen Hongqiao Road dan Stesen Tiantong Road dihentikan. - Bernama

40 pelajar di Besut "dipulihkan"

Posted: 27 Sep 2011 03:08 AM PDT

BESUT: Seramai 40 pelajar tahun dua di sini yang menghadapi masalah membaca, mengira dan menulis berjaya "dipulihkan" setelah mengikuti program literasi dan numerasi (LINUS) yang berlangsung selama dua hari, berakhir hari ini.

Ia adalah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Besut.

Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Besut, Baharuddin Ibrahim berkata, program yang dikendalikan pegawai LINUS dan guru-guru di Pusat Kokurikulum Besut di Alor Lintang di sini, memberi kesan positif kerana 95 peratus pelajar telah berjaya dipulihkan.

"Kami berharap baki 32 pelajar tahun dua yang bakal menjalani saringan Program LINUS pada Oktober ini akan lulus, sekaligus menepati sasaran PPD Besut mencapai 100 peratus celik numerasi dan literasi dalam kalangan pelajar sekolah rendah," katanya. - Bernama

0 ulasan:

Catat Komen