Isnin, 26 September 2011

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


Polis lebih stres berbanding guru

Posted: 26 Sep 2011 09:58 PM PDT

KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.

Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.

Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.

Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.

Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.
Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.

Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.

Namun, katanya, stres dalam kerjaya kepolisan juga boleh berlaku kerana mereka sering dilabel sebagai perasuah dan prasangka negatif masyarakat terhadap mereka.

Sedangkan mereka menjalankan tugas, tetapi tuduhan sesetengah pihak kononnya pasukan polis korup sama sekali tidak berasas kerana jumlah yang terbabit adalah kecil. Di Malaysia, masyarakat jarang memuji polis, sedangkan merekalah yang menjaga keselamatan sehingga kita selesa untuk bergerak ke mana-mana. Jika dibandingkan di Amerika Syarikat, ia tidak sama seperti apa pasukan polis kita nikmati di negara ini.

Walaupun tidak dinafikan masih ada jenayah kecil berlaku di negara ini, keseluruhannya masih terkawal, mungkin disebabkan banyak rondaan polis di kebanyakan lokasi, termasuk yang menjadi tumpuan penjenayah, katanya yang pernah menginap dua tahun di Detroid, Amerika Syarikat, iaitu bandar yang mempunyai kadar jenayah tertinggi di negara itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

pokli

Ya, polis memang sibuk, kerajaan kena bayar gaji yang tinggi kepada pihak polis. Sekarang kita boleh nampak polis di mana2 sama ada membuat rondaan atau di bawah payung di tepi jalan. anak2 polis di rumah tapi polis berada di luar rumah manjaga anak org lain.
tidak lupa juga doktor yang sepenuh masa berada di hospital, malam2 kena oncall, anak2 ditinggalkan di rumah bersama pasangan ketika malam hari kerana merawat org lain yang sakit. kena bayar gaji yang tinggi juga.
sama juga dengan guru2 di malaysia. pada hari sabtu semua anggota awam kerajaan selain badan beruniform dan hospital bercuti bersama keluarga tetapi guru2 sibuk menjaga anak org lain di sekolah. anak sendiri terbuang di rumah asuhan atau pembantu rumah warga asing.
semua kakitangan yang bekerja di sempadan juga berkorban untuk negara.
sempena budjet 2012 minggu depan, diharap kakitangan kerajaan yang lebih berkorban untuk negara akan lebih dipandang oleh kerajaan.

wanita dibelakang pintu

tp yg banyak mengeluh adalah guru...ntah apa ntah...macam dia sorang je keje yg melambak.tak pikir keje org lain.selfish..

med

masyarakat asyik mengutuk polis bila berlaku kes2 terpencil... mmg akan melunturkan semangat dan maruah mereka.. apa akan jadi kalau polis tu bapa atau saudara kita sendiri? apakah kita sanggup megutuk mereka selalu

md. lasa

kerja polis memang baik dan patut mendapat pujian. tapi badan kehakiman dan badan politik berkepentingan banyak melemahkan semangat mereka.

Norleha bt Ibrahim

Guru stress kerana berdepan dgn pelajar2 yg mempunyai pelbagai kerenah yang kadang2 kita tak sangka. Lagipun guru berdepan bagaimana hendak membentuk manusia iaiatu 'end product'nya adalah kejayaan insan yg dilihat dlm bentuk peperiksaan ttp yg lebih penting ialah memanusiakan manusia.. Polis pula lebih kepada penguatkuasaan kpd undang2. Jika salah kita denda..ttp guru jika salah kita perlu membetulkan bukan denda..

mungkin guru

tahniah kepada guru2 Malaysia kerana berjaya mengurangkan statistik golongan menghidap penyakit mental di negara ini. ada golongan lain sudah take over jawatan tetap dan berpencen itu dari list kita...

utt spencer

Guru stress dgn perubahan dasar yg sentiasa berlaku yg sama sekali mengganggu fokus memantapkan pendidikan...tetapi apabila sesuatu tindakan diambil oleh guru seringkali guru dipersalahkan...Ibu bapa zaman sekarang ditambah dgn senario politik yg seringkali campur tangan menambahkan lagi stress yang tidak nampak di kalangan guru...

polis oh polis...pernah ada satu kes yang nyata serangan bersenjata dan mengundang kecederaan...senang2 je polis tu kata kalau boleh setel je kat luar..lu bayar dia...tutup cita.... di mana integriti polis itu yang diharapkan untuk menegakkan keadilan.... dunia oh dunia

misbahuddin kusnin

P - Pasal O - Orang L - Lain I - Ia S- Sibuk
tapi itulah tugas dan tanggungjwb polis semoga tabah dan ingat Allah selalu

head hunter

apa2 pn kerja semuanya mengundang stres, tidak kira guru, bomba@ penjawat awam yang lain.... yang membezakan, cuma keiklsn kita bkerja... kalau kita ikhls bkerja, tentu maslh2 birokrasi @ gejala rasuah tidak akan berlaku..... :-)

izz ibrahim

to sarjan mejar ibrahim chik...we'r so proud of you... from anak2 mu...

ai_dieyl07@yahoo.com.my

Setuju. Sgt setuju. Tp knp guru yg duk selalu bising jer sblum ni? Mcm la keje mengajar tu kena duk bwh matahari, berpeluh, mempertaruhkan nyawa? Sbenarnya, bidang kepolisan menuntut lebih drpd itu...tp diaorang cool jer...yg cikgu lak bising...hu

Yangretibase

Jadikan tiap gerak-geri kita itu ibadat kepada Allah SWT. Niatkan saja kerja itu kerana Allah semata-mata demi kebajikan dan kesejahteraan manusia. Insya-Allah, kita tidak dilamun tekanan perasaan (stres) langsung.

mizuan

tajuk tu mak ai, panas...jgnlah fokuskan hanya pada guru, anda bukan guru dan anda tidak tahu apa bebanan guru...setiap kerjaya tu ade kekuatan dan kelemahannya..terpulang pada diri untuk mengawal dan memberikan yang terbaik, gudluck utk semua kakitangan awam di Malaysia

dylz 74

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul..

aidil

Tak perlu lagi Ops Sikap musim perayaan. Polis Malaysia dah berlembut sangat. Yang persalah bukannya ambil pengajaran tapi ambil kesempatan. Tak perlu lagi bagi diskaun saman ke. Dari skrg Polis perlu lebih bertegas. Ada Ibu bapa ambil mudah bagi kenderaan kat anak mereka tanpa lesen. Bila benda buruk berlaku salahkan polis. Kalau masa tu langgar orang mati baru nak menyesal. Saman je ibu bapa tu. Jangan berlembut sangat Kesian tgk polis. tiap tahun raya cuti kena beku.

Mamat

Sarjan ke atas lebih stress!!! tapi anak2 buah yg banyak buat hal pun terutama polis muda, jika mereka2 ni jaga keperibadian polis saya pasti mereka lebih dihormati.

pat

xda kerja yg senang d dunia, kita dbayar gaji maka berkhidmatlah seikhlasnya, & xda kerja yg x mengundang stress cuma bergantung kpd diri sendiri utk menangani stress yg dtg itu, klu anda mengatakan jururawat & Dr kurang stress, sy x setuju, kami kerja lebih masa tp x dpt tuntut dr segi wang sbb percayalah anda akan mendpt upah nya d akhirat jika kerja dgn ikhlas, kami sebgi kakitangan kesihatan kdg kala x sempat makan, x sempat minum & x sempat nak berkencing pun....semua itu bergantung dgn kita sendiri utk membahagi kan masa dgn keluarga, kwn2 & plg ptg utk diri sendiri...jika kita berfikiran postif maka kita akan anggap bebanan kerja itu akan lebih membuat kita mahir dlm bidang yg kita ceburi itu, jika kita berfikiran negatif maka kita akan stress & setiap kali kita turun kerja kita akan berasa stres serta tiada keinginan utk bekerja sedangkan ms temuduga kita telah disoal "sanggupkah anda menerima segala bebanan & tugasan yg akan dberikan?, kita menjawab sanggup", bukan semua kita memperolehi pekerjaan yg kita ada sekarang kerana minat tetapi kerana susah mendapat kerja kita mencuba semua maka mana yg kita dapat itulah bidang yg kita ceburi....Tuhan memberi kita pekerjaan itu sebab dia merasakan kita lebih layak utk bidang tersebut berbanding org lain because we are the chosen 1.

Nuraini Pawellangi

sokong pendapat Ishak BP & vuande ..

Md. Natar Othman

Penyelesaiannya adakah kita perlukan staf yang buat kerja pentadbiran agar agensi ini dapat lebih fokus kepada tugas hakiki mereka?

Osman

Yang tidak dapat kerja lagi stres. Saya rasa doktor lagi stres. Dah la belajar susah, kerja pun susah. Tapi disebabkan mereka berpendidikan dan bijak menguruskan stres, maka kerja bukanlah beban bagi mereka.

Betul ke...Di SABAH polis nampak lebih lumayan dari segi gaji dan elaun.Anggota Polis yang baru keluar dari latihan menerima gaji+elaun RM1000 lebih banding perkhidmatan awam lain dalam skel N.17. Manakala bagi anggota pangkat rendah boleh menerima RM3000-RM4000 lebih walau hanya berkhidmat 20 tahun berbanding penjawat awam yang telah berkhidmat tempoh sama atau lebih 30 tahun.

Ali Sarmin

Tahniah dan syabas kepada anggota polis di seluruh negara.

mohd nur hafirul bin hazis

oleh itu naikkan gaji polis

jamaliah

saya setuju pekerjaan polis memerlukan banyak kesabaran dan ketahanan mental.orang di luar tahu mengutuk aja.memuji sedikit aja..stess kerap terjadi pd anggota polis

anak melayu

bila polis dapat tangkapan dadah berjuta-juta, xde pun org nk puji atau ambil peduli..pastu bila segelintir anggota yang bermasalah, habis semua polis dipersalahkan..padahal anggota tu tetap diambil tindakan..bila kene saman salahkan polis..bila ade kecurian pandai pulak cari polis..pada guru, bersyukurlah dgn pelbagai kemudahan, elaun yang kerajaan berikan...10-15 tahun dahulu, guru-guru yang mengajar sememangnya berdedikasi, x kenal erti penat dan lelah, sememangnya ikhlas nak mendidik...sekarang sngt berbeza, sebahagian daripada mereka hanya pentingkan pencapaian sekolah daripada pencapaian murid2 dan pelajarnya..macam2 kita dgr, dikurung tidak dibenarkan ambil peperiksaan, mencabul kehormatan murid dan macam2 lagi. bukanlah maksud saya utk memperkecilkan peranan guru..tapi segelintirnya bersikap demikian... mcm lah kakitangan awam lain ni x penting, skit2 beri kelebihan pada guru..
kalo berkaitan stress, cuba tanya pada warden penjara, pekerja di hospital biasa dan hopital bahagia (kurang siuman), pusat serenti, dan lain-lain lagi..janganlah karenah murid dijadikan alasan..

dwayim

mmg btl polis ni kerja mncabar...kerja x tentu masa dan smua berisiko...sektor kerajaan yg lain smua kerja office hour abis kul 4.30 ptg...tp polis kerja shift siang dan malam...sbb 2 la polis rmai yg stress dari segi kerja dan bnyk tekanan dari pihak2 tertentu...

juan

memang benar kenyataan diatas..beban yg ditanggung polis..tapi ada satu lagi pekerjaan yg stress dan melibatkan nyawa orang..yakni jururawat..semua kerje kena buat..lebih dari doktor lagi..penah kita lihat seorg jururawat yg sempat minum kat kedai..tidak kan. so kerajaan pikir-pikirkanlah dengan tugas,risiko dan sebagainya..jururawat pun sektor awam juga.

Ina Pak harun

Saya rasa .... Semua jenis pekerjaan stress.... Dr pun stress... Arkitek pun stress... Engineer pun stress....jadi kuli pun stress.... Keje sendiri pun stress... Pokok pangkal ialah diri sendiri... Mcm mana kita menangani stress kita.

fresh

saya sangat bersetuju.tahap stress dalam kalangan polis memang tinggi. mereka bekerja siang malam, berhujan berpanas, terpaksa tinggalkan isteri dan anak-anak di rumah dan bersengkang mata untuk jaga keselamatan orang awam. tetapi ada segelintir orang awam yang tidak bersyukur, malah memaki hamun anggota polis yang hanya menjalankan tugas mereka. bila timbul masalah berkaitan keselamatan,ancaman dan sebagainya, polis juga yang dicari..

esma

Kakitangan PBT apa kurangnya , sama juga !! hari-hari orang komplen sampah, rumput , longkang, pokok tumbang lah ,binatang ternakan lahh, tak ngam dengan jiran pun kita jugak jadi mangsa dan macam-macam masalah yang tak masuk dek akal.Semasa 15 tahun dahulu ketika berkursus atau seminar mengenai Perkhidmatan Awam pihak pengurusan selalu mewawarkan kerajaan akan mengecilkan saiz perkhidmatan kerana akan menggunakan sistem komputer dalam setiap tugas. Perkara ini menakutkan kami kerana kononnya bakal ada di tamatkan perkhidmatan. Nah ...sekarang apa dah jadi kerja pun dah berlambak-lambak .Cadangan supaya dibuat pemeriksaan mental/sakit jiwa kepada semua kakitangan awam supaya jangan ada yang cakap sorang-sorang dalam pejabat mungkin nak jadi gila . Agar tidak memudaratkan pada orang lain & harta benda pejabat seperti banyak berlaku di negara luar seperti di Amerika.

suzana binti othman

Secebis kehidupan dan pengorbanan yang dilalui oleh insan kerdil ini.

NAZLI

Saya berharap, pihak polis lebih telus dan berhemah semasa bertugas terutamanya pegawai2 yang berumur 30thn dan ke bawah bersikap lebih baik, dan bukan menagguk di air keruh hanya bertugas untuk di naikkan gaji setiap tahun oleh kerajaan di sebabkan bebanan yang ditanggung...dan kepada semua pegawai2 yang beragama islam, tlg la jgn penuhkan pusat2 maksiat seperti disko, pub, sebab anggota keselamatan di malaysia la pengunjung utama pusat maksiat ini, dan kepada yang membuat siasatan tu, biarlah profesional, dan bukan bagi melempiaskan nafsu serakah di dalam pusat maksiat berkenaan............dan sekiranya perlu, wujudkanla badan siasatan PDRM bagi menyiasat perilaku segelintir pegawai polis yang berperangai buruk ini

Lizz

complain ja lebih... nak tgk kerja mana lebih stress, tengok kat hospital gila... bidang kerja mana yg ramai penghuni di tanjung rambutan tu?

hassim

hidup tidak akan stres jika SOP nya betul bukan bukan mengejarmasa dan keputusan yang diatur tetapi tidak diikuti

asmu'i hanis

guru stress sbb pentadbiran yang teruk disekolah. stress juga jika berkhidmat jauh dari anak dan isteri.

nazri

Kerajaan harus peka berkaitan masalah ini dan memberi imbuhan setimpal dengan tugas2 dan stress yang ditanggung oleh anggota polis dan keluarga mereka. Kenaikan gaji, dan kenaikan imbuhan2 lain setidak2nya dapat membantu golongan ini merasakan mereka dihargai dan sedikit sebanyak boleh mengurangkan stress yang mereka alamai

rosdi rahman

patut naikkan ja gaji polis..........tambahkan ja lagi anggota polis.........percepatkan lagi proses pengambilan anggota baru...

awang abdul rahman

baru perasaan ke.......... selaian itu organisasi yg mengalami stress yg melampau adalah pegawai-pegawi tetap ataupun kontrak yg bertugas di organisasi sukarela terutama dalam bidang keselamatan..

isha

semua kerja ada stress...pandai2lah kita menanganinya...surirumah pun stress...hendak seribu daya tak nak seribu dalih....

Zul

Tapi Guru kebanyakan perempuan. Polis yang banyak bertugas luar pejabat MAJORITI lelaki.

muslimin

saya tak nafikan...tapi itu polis di ibu kota dan bandar-bandar besar.macam mana pulak polis yang pekan kecil,jalan jem pun polis dok kat balai jeee...apa salahnya turun padang..bukan tak nampak pun...depan balai pun jemm...tapi polis dalam balai....contohnya banyak..di kajang..semenyih dan banyak lagilah...tapi kalau polis kawal jalan, sekurang2nya takdelah jem sampai berderetan sampai berkilometer..maaf polis..ini realiti..kami guru keje tak habis di sekolah saja..bahkan di rumah dan di mana saja,,bagi yang faham siapa sbnarnya guru itu. di gugu di tiru.

nick79

memang keja polis mencabar coz siang malam besengkang mata...cuma orang awam sahaja yang tidak tahu coz mereka tidak berada di tempatnya..

bujang

sy sokong kenyataan di atas.

Ishak BP

Sebenarnya semua kerja mengundang stres jika tidak ditangani secara berhemah.Guru dengan karenah anak murid dan kadangkjala ibubapanya.Polis dengan mengawal keselamatan dan keamanan rakyat....cuma kerja birokrasi dan pekeranian/pengdokumentasian yang kadangkala mengganggu tugas utama guru dan polis.....

vuande

pasukan polis sering di pandang serong oleh msyarakat sbb kesan dari perkhidmatan mereka itu tidak nampak...contohnya jenayah dan pemngedaran dadah yang bermaharajalela telah mengecewakan masyarakat. klu buat laporan pun fedbacknya tiada malahan pernah polis tu berkata...kau p tangkaplah sendiri....kecewa dan kecewa..

Nik Aziz bidas DAP seperti budak takut hantu

Posted: 26 Sep 2011 03:10 PM PDT

Nasional

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan DAP seperti budak-budak kecil takutkan hantu sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.

Beliau berkata, hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.

"DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam," katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di sini, semalam. Serentak itu, Nik Aziz menegaskan hukuman hudud yang bakal dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan nanti, tidak akan membabitkan masyarakat bukan Islam.

Beliau berkata, hukuman berkenaan berasaskan kepada undang-undang Mahkamah Syariah bukannya Mahkamah Sivil, dan hanya membicarakan kesalahan membabitkan orang Islam saja.

Di sini, saya ingin membuat penjelasan sepenuhnya mengenai hukum hudud, sekiranya hukuman seperti itu dilaksanakan di negeri ini, ia tidak akan dikenakan terhadap masyarakat bukan Islam.

Sememangnya hudud ini adalah undang-undang Mahkamah Syariah yang hanya akan membicarakan orang Islam saja (yang melakukan kesalahan), bukannya Mahkamah Sivil, katanya.
Beliau mengulas mengenai kenyataan dalam Facebooknya semalam, yang buat pertama kalinya dikeluarkan dalam bahasa Inggeris, dengan mengatakan beliau ingin menjelaskan bahawa sekiranya hukuman hudud dilaksanakan, ia tidak akan dikenakan kepada bukan Islam.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, kerajaan negeri akan meminta semula kepada Kerajaan Pusat untuk melaksanakan hukum berkenaan walaupun sudah ditolak oleh dua Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir Mohamed dan Datuk Seri Najib Razak.

Tindakan Tun (Dr Mahathir) ketika itu adalah salah dari segi peraturan kerana bekas Perdana Menteri itu tiada hak hendak melarang Mahkamah Syariah di bawah kuasa Sultan. Tun dan Najib sama saja, tidak beri, namun kerajaan negeri akan tetap meminta, katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, bahawa pemimpin utama parti itu akan keluar beramai-ramai dari pakatan sekiranya PAS terus melaksanakan hukum hudud, Nik Aziz berkata, apa hubungan Guan Eng dengan Islam, hudud sebenarnya hanya untuk orang Islam.

Orang bukan Islam mengapa tidak sokong PAS kalau laksanakan hudud, sedangkan hudud bukan untuk dia, hanya kepada orang Islam. Sebagaimana yang sudah saya katakan kelmarin, mereka ini seperti orang yang takut hantu," katanya.

Sementara itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS meminta kerajaan negeri memberi jaminan yang masyarakat bukan Islam tidak akan dikenakan hukuman hudud apabila dilaksanakan kelak.

Ketuanya, Hu Pang Chaw, berkata masyarakat bukan Islam memang tahu mengenai hukum hudud itu hanya untuk orang Islam dan kakitangan yang bertugas betul-betul akan mengikut peruntukan diberikan atau menggunakan kuasa sendiri sehingga bukan Islam pun turut dikenakan hukuman nanti.


0 ulasan:

Catat Komen