Selasa, 28 Jun 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Orang gelandangan cemari bandar

Posted:

Orang gelandangan cemari bandar

Orang gelandangan cemari bandar

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpenang@utusan.com.my


Seorang kakitangan JKM mengambil butir-butir peribadi orang gelandangan dalam Operasi Program Kajiselidik Golongan Gelandang di Georgetown.


PULAU PINANG 27 Jun– Meskipun operasi membendung orang gelandangan sentiasa dilakukan, namun bilangan golongan tersebut yang berkeliaran di bandar ini tetap tidak berkurangan.

Kebanyakan orang gelandangan ini ialah mereka yang kehilangan rumah, disisihkan keluarga atau kurang waras.

Mana sahaja tempat yang dirasakan selesa dan tiada gangguan, maka akan menjadi tempat tinggal mereka termasuk kemudahan awam seperti taman, stesen bas dan kaki lima kedai.

Ia sekali gus mencacatkan imej bandar ini sebagai destinasi pelancongan.

Bagaimanapun, sikap masyarakat sendiri yang terlalu 'baik hati' dengan menghulurkan sumbangan tanpa memeriksa latar belakang dan ketulenan pengemis itu menjadi punca masalah berkenaan tidak mampu diselesaikan.

Seorang pekerja restoran, Mohamed Batcha Mydin, 40, berkata, walaupun kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sering mengambil tindakan dengan menahan mereka yang tidur di tempat awam, jumlahnya semakin bertambah setiap hari.

"Saya juga hairan bagaimana jumlah mereka tidak berkurangan terutama pada malam minggu walaupun tindakan sudah dilakukan.

"Bandar ini menjadi tumpuan pelancong. Bayangkan apa persepsi pelancong terhadap negeri ini jika masalah ini tidak dibendung," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Bagi pekerja swasta, Mazlina Malik, 27, dia berpendapat, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memainkan peranan lebih proaktif.

Menurutnya, program bagi menghapuskan rakyat miskin tegar perlu diselaraskan dengan memasukkan senarai orang gelandangan sebagai penerima bantuan.

"Kebanyakan mereka merupakan warga emas dan jika mereka mempunyai waris, wajarlah waris dikenakan tindakan tegas kerana mengabaikan ahli keluarga sendiri.

"Bagi yang tidak mempunyai waris pula, wajarlah mereka ditempatkan di pusat jagaan orang tua. Mereka juga berhak menghabiskan sisa hidup dalam suasana gembira," katanya.

Sementara itu, Utusan Malaysia menyertai Operasi Program Kajiselidik Golongan Gelandang yang pertama kali dilaksanakan oleh JKM negeri baru-baru ini.

Operasi yang bermula pukul 11 malam hingga awal pagi itu dijalankan di sekitar Georgetown seperti Jalan Penang, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Jalan Kapitan Keling dan Terminal Feri Raja Tun Uda di Pelabuhan Quay yang lazimnya dihuni orang gelandangan.

Ia membabitkan 75 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Dalam operasi berkenaan, seramai 71 orang gelandangan di sekitar bandar ini berjaya dikenal pasti.

Pengarah JKM negeri, Zulkiffli Ismail berkata, tujuan operasi adalah bagi mengumpul maklumat untuk menempatkan mereka di Rumah Ehsan, iaitu kediaman bagi golongan gelandangan.

Menurutnya, Rumah Ehsan yang akan didirikan di daerah Seberang Perai Selatan itu merupakan projek usaha sama JKM negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

"Rumah Ehsan akan menyediakan kelengkapan tempat tidur, penyelenggaraan pembersihan dan pemantauan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta yang mengambil bahagian.

"Penghuninya juga akan diberi kaunseling malah beberapa aktiviti dan bantuan disediakan supaya mereka dapat kembali berdikari," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

JKR dapat peruntukan RM65 juta

Posted:

JKR dapat peruntukan RM65 juta

JKR dapat peruntukan RM65 juta

Oleh ANI AWANG
utusanperak@utusan.com.my

KUALA KANGSAR 27 Jun – Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM65 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak tahun ini bagi melaksanakan 50 projek di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, antara projek yang akan dilaksanakan ialah 40 projek bangunan dengan kos berjumlah RM36.4 juta dan 10 projek jalan raya dan jambatan membabitkan RM28.6 juta.

Selain itu, katanya, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM525.71 juta dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK-10) kepada JKR Perak.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak RM213.9 juta akan dibelanjakan untuk pelbagai projek sepanjang tahun ini.

"Pembinaan bangunan baru JKR berharga RM5 juta itu merupakan keprihatinan kerajaan dalam mewujudkan pelbagai kemudahan bagi meningkatkan lagi keberkesanan sistem penyampaian kerajaan demi kesejahteraan rakyat," katanya di sini hari ini.

Zambry berkata demikian pada majlis perasmian bangunan JKR daerah Kuala Kangsar di sini.

Perasmian bangunan berharga RM5 juta itu disempurnakan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Ia diadakan sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke-83 tahun ini.

Tambah Zambry, dalam tempoh RMK-9, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM532.42 juta kepada JKR dan daripada jumlah itu, sebanyak RM518.35 juta (97.36 peratus) telah dibelanjakan bagi beberapa projek berimpak tinggi di negeri ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri pula memperuntukkan sejumlah RM302.69 juta kepada JKR dan sebanyak RM299.33 juta (98.99 peratus) telah dibelanjakan dalam tempoh RMK-9.

Antara projek berimpak tinggi ialah pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Meru Raya; Pusat Latihan Unit Udara Polis; kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Tapah; UiTM Kampung Gajah; Institut Tanah dan Ukur Negara (Instun) di Tanjung Malim; Jabatan Audit Negeri di Meru Raya; persimpangan bertingkat dan jalan susur Tambun di Ipoh dan menggantikan jambatan Jalan Sultan Iskandar di Ipoh.

"Pelaksanaan projek tersebut telah meningkatkan taraf ekonomi, peluang pekerjaan, nilai hartanah, memudahkan jaringan perhubungan dan memberi manfaat kepada rakyat negeri ini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bangunan JKR Daerah Kuala Kangsar RM5 juta

Posted:

Bangunan JKR Daerah Kuala Kangsar RM5 juta

Bangunan JKR Daerah Kuala Kangsar RM5 juta


Raja Dr. Nazrin Shah melawat bangunan JKR Kuala Kangsar selepas merasmikan bangunan tersebut di Kuala Kangsar, semalam. Hadir sama Dr. Zambry Abd. Kadir (dua dari kiri).


KUALA KANGSAR 27 Jun - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Kangsar di sini.

Baginda melafazkan titah perasmian dan menandatangani plak pada majlis perasmian bangunan berharga RM5 juta itu.

Perasmian bangunan JKR berkenaan diadakan sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke-83 tahun ini.

Hadir sama, Raja DiHilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Kecil Besar Perak, Raja Datuk Seri Iskandar Zulkarnain Sultan Idris; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan ahli ecxo kerajaan negeri.

Sementara itu, Pengarah JKR Perak, Datuk Ir. Dr. Safry Kamal Ahmad dalam ucapannya berkata, bangunan JKR daerah itu dibina di kawasan seluas 1.8 hektar di Jalan Taiping dan Jalan Datuk Sagor.

Menurut beliau, bangunan dua blok berharga RM5 juta itu siap dalam tempoh 24 bulan setelah ia mula dibina pada 2 Mei 2007 dan mula beroperasi pada Ogos 2009.

Jelasnya, bangunan tersebut bercirikan pembinaan reka bentuk zaman kolonial.

"Bangunan baru itu dibina bagi menggantikan bangunan lama yang berkongsi dengan pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar yang dibina pada 1913 dengan kos RM65,533," katanya.

Safry Kamal menambah, bangunan tersebut menempatkan empat bahagian iaitu bahagian Jalan, Bangunan, Selenggara dan Pentadbiran serta Kewangan.

Beliau yakin pembinaan bangunan tersebut bukan sahaja memberikan ruang kerja yang kondusif kepada pekerja malah dapat meningkatkan sistem penyampaian awam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan