Isnin, 27 Jun 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Lima jambatan dibaik pulih

Posted:

Lima jambatan dibaik pulih

Lima jambatan dibaik pulih

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

KUALA PILAH 26 Jun - Sebanyak lima jambatan termasuk pembetung di sekitar daerah ini yang didapati runtuh dan rosak akibat hakisan tanah telah siap dibaik pulih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Datuk Abd. Samad Ibrahim berkata, namun tinggal satu jambatan yang masih dalam proses pemulihan.

''Keadaan cuaca serta banjir buruk yang melanda beberapa daerah di negeri ini pada awal tahun lalu telah menyebabkan hakisan tanah sehingga mengakibatkan beberapa jambatan termasuk pembetung di daerah ini rosak.

''Permasalahan infrastruktur sememangnya menjadi keutamaan dan perhatian kerajaan kerana ia merupakan asas kemudahan penduduk, jika kemudahan ini tidak dibaiki ia akan menyulitkan serta mendatangkan masalah kepada rakyat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelas Abd. Samad, kerjasama erat antara Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta agensi berkaitan amat diperlukan bagi memastikan sebarang permasalahan rakyat dapat diselesaikan dengan efisien.

''Masing-masing memainkan peranan yang penting dalam hal ini, sebagai contoh JKKK di peringkat akar umbi perlu proaktif dalam membantu kerajaan mengenal pasti masalah rakyat.

''Jika ada masalah dan ia tidak dimaklumkan kepada kerajaan, pelbagai perkara negatif boleh terjadi, sebagai contoh rakyat pasti ingat mereka dipinggirkan sedangkan masalah itu tidak sampai di peringkat kepimpinan," ujarnya.

Katanya, keperluan atau sebarang masalah rakyat perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya perlu diambil bagi mencari jalan penyelesaian sekali gus menjamin kesejahteraan umum.

Dalam perkembangan lain, Abd. Samad memberitahu, jalan raya di pusat rekreasi, Ulu Bendul, dekat sini sedang menjalani proses menaik taraf.

''Kerja ini meliputi proses pelebaran jalan dari pusat rekreasi tersebut sehingga Tanjung Ipoh. Projek ini adalah bagi memberikan keselesaan kepada pengguna di laluan terbabit," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Promosi makanan, kebudayaan tarik minat pelancong

Posted:

Promosi makanan, kebudayaan tarik minat pelancong

Promosi makanan, kebudayaan tarik minat pelancong


MOHD. Khalil Yaakob menunjukkan bakatnya memasak sotong sumbat sebagai simbolik perasmian Pesta Makanan dan Kebudayaan Terengganu di Ayer Keroh, kelmarin.


MELAKA 26 Jun - Kerajaan negeri mengalu-alukan penyertaan pelbagai pihak untuk mempromosikan produk makanan tradisional dan kebudayaan sebagai usaha merancakkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik berkata, pelancongan berasaskan makanan dan kebudayaan merupakan salah satu cabang dalam industri pelancongan yang semakin diminati ramai.

Menurutnya, inisiatif Hotel Seri Malaysia Melaka bekerjasama dengan Primula Beach Hotel Terengganu menganjurkan Pesta Makanan dan Kebudayaan Terengganu di negeri ini merupakan langkah terbaik dalam merancakkan industri pelancongan kedua-dua negeri.

"Ini merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan di atas usaha progresif untuk memajukan lagi industri pelancongan negara," katanya semasa majlis perasmian Pesta Makanan dan Kebudayaan Terengganu di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, semalam.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Latiff berkata, pesta tersebut merupakan lanjutan kepada program sama yang diadakan di Terengganu pada 10 hingga 16 Jun lalu dan kini giliran Melaka pula menganjurkannya hingga 30 Jun ini.

Beliau berkata, penduduk negeri ini dan negeri berhampiran seperti Johor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur dialu-alukan untuk datang ke negeri ini bagi merasai dan menikmati keunikan makanan dan kebudayaan Terengganu.

Katanya, pihak hotel menyediakan pelbagai aneka juadah seperti sup ayam kentang, sambal ikan kering, serunding ikan, kerabu taugeh, kerabu daging, keropok lekor, nasi dagang dan banyak lagi.

"Selain makanan, orang ramai juga berpeluang untuk melihat hasil kraf tangan pengusaha batik serta songket Terengganu dan sebanyak 14 gerai jualan disediakan di lobi hotel ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bendung penyalahgunaan dadah

Posted:

Bendung penyalahgunaan dadah

Bendung penyalahgunaan dadah

MELAKA 26 Jun - Pendidikan awal dan pemantauan ibu bapa terhadap anak mereka antara langkah penting dalam membendung penyalahgunaan dadah di kalangan generasi muda yang semakin serius.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, masalah penagihan dadah mampu diselesaikan jika ibu bapa memain peranan dalam mendidik anak masing-masing mengikut ajaran agama.

"Saya ingin mengingatkan kepada semua ketua keluarga agar jangan pandang masalah dadah ini sebagai sesuatu yang remeh kerana ia mampu memusnahkan ketamadunan bangsa dan agama," katanya.

Mohd. Ali berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), di sini, malam tadi.

Beliau berkata, Pemadam juga disaran membuat cadangan ke arah tranformasi sosial yang membina modal insan ke arah jalan yang lurus dan benar.

"Mekanisme dan jentera Pemadam perlu diperincikan agar pelan tindakan yang sedia ada akan benar-benar mencapai matlamat, sekali gus dapat membantu kerajaan merealisasikan misi negara bebas dadah 2015," katanya.

Menurutnya, jumlah tangkapan berkaitan penyalahgunaan dadah mencatatkan peningkatan daripada 125,620 pada tahun 2009 kepada 157,765 orang tahun lalu.

Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, seramai 42,133 orang ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan salah guna dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Tambah beliau, sejak tahun 1983, kerajaan telah membelanjakan lebih RM2 bilion bagi menjalankan pelbagai program pemulihan melalui institusi, komuniti dan perubatan. Jumlah itu akan terus meningkat sekiranya masalah penyalahgunaan dadah ini tidak dapat dibendung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen