Ahad, 26 Jun 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


40,000 kunjung hari terbuka TUDM

Posted:

40,000 kunjung hari terbuka TUDM

40,000 kunjung hari terbuka TUDM

26/06/2011 2:48pm

BESUT — Lebih 40,000 orang mengunjungi hari terbuka Pangkalan Udara Gong Kedak, di sini selama dua hari yang berakhir semalam.

Komandan Pangkalan, Brigadier Jeneral Mohd Faudzi Ahmad berkata, hari terbuka bersempena sambutan ke-53 TUDM itu merupakan satu kejayaan besar kerana telah menarik penduduk tempatan termasuk dari Terengganu dan Kelantan berbanding hanya 3,000 hingga 5,000 yang datang tahun lalu.

Selain membeli cenderamata yang ditawarkan pada hari terbuka itu, orang ramai berpeluang melihat persembahan udara yang membabitkan pelbagai jenis pesawat terutamanya Sukhoi SU30MKM dan aksi penerjunan yang menjadi tarikan utama pengunjung kali ini, katanya di sini, hari ini.

"Orang ramai yang datang bersama keluarga juga tertarik dengan persembahan sampingan seperti persembahan pancaragam TUDM dan kawad senyap serta pertunjukan tempur tanpa senjata yang diadakan," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosongkan tangki septik

Posted:

Kosongkan tangki septik

Kosongkan tangki septik

26/06/2011 2:45pm

MUAR — Hanya lima peratus atau 69,000 daripada 1.22 juta tangki septik individu di seluruh negara pernah dikosongkan tahun lalu, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Noriah Kasnon.

Beliau berkata, ini membimbangkan kerajaan kerana kegagalan mengosongkan tangki septik menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada pencemaran sungai yang telah meningkat daripada 48 sungai pada 2008 kepada 54 sungai pada 2009.

"Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyeru semua pengguna tangki septik individu supaya lebih prihatin terhadap pencemaran air kumbahan daripada tangki septik yang boleh menyebabkan menularnya penyakit pembawa air seperti Hepatitis A, taun, demam kepialu dan disentri yang boleh mengancam kesihatan orang awam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Pengosongan Tangki Septik Individu peringkat kebangsaan di Kampung Kenangan Tun Dr Ismail 2 di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemuda ke tali gantung

Posted:

Pemuda ke tali gantung

Pemuda ke tali gantung

26/06/2011 2:43pm

KUALA TERENGGANU — Seorang pemuda berumur 24 tahun hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh pengusaha ikan dalam sangkar empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Rahim Uda membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan ke atas Mohd Faizal Juhari.

Mohd Faizal yang berasal dari Kampung Gong Beris, Pulau Kerengga, Marang dituduh membunuh Tan Hai Peng, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Beris, Marang pada 30 Nov 2007, antara pukul 1.30 pagi hingga 1.53 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Abdul Rahim antara lain berkata keterangan tertuduh ketika membela diri yang tidak mengingati kejadian bunuh itu diragui memandangkan tertuduh mengingati apa yang berlaku sebelum dan selepas mangsa dibunuh. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen