Selasa, 28 Jun 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Konsert Raksasa 2: Blues Gang & Sweet Charity ditangguhkan

Posted: 28 Jun 2011 03:12 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Khuatir kemungkinan berlaku sesuatu yang tidak diingini, Konsert Raksasa 2: Blues Gang & Sweet Charity pada 9 Julai depan di Stadium Merdeka, terpaksa ditangguhkan kepada 1 Oktober.

Penundaan itu tidak dapat dielakkan berikutan kemungkinan tunjuk perasaan besar-besaran daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang turut diadakan pada tarikh berkenaan.

Bahkan, penundaan itu dilakukan atas nasihat pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kekecohan berlaku ketika konsert itu berlangsung. Penerbit Eksekutif Netzah Production Sdn Bhd, Shirazdeen Karim berkata, sebagai penganjur Konsert Raksasa 2: Blues Gang & Sweet Charity, pihaknya harus memastikan keselamatan penonton menjadi keutamaan.

"Disebabkan lokasi konsert ini terlalu strategik di Kuala Lumpur, kami bimbang konsert ini akan mencetuskan suasana yang memudaratkan kepada penonton.

"Selepas mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa, kami mencapai kata sepakat bahawa konsert itu terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan yang sememangnya menjadi keutamaan selaku penganjur dan tarikh baru akan berlangsung pada 1 Oktober di Stadium Merdeka," katanya pada sidang media yang diadakan, hari ini.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pencalonan anugerah darjah dan bintang kebesaran WP dibuka

Posted: 28 Jun 2011 02:59 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar membuka pencalonan untuk penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPWP) bagi 2011 selama tiga bulan mulai 1 Julai ini.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ahmad Phesal berkata pencalonan itu terbuka kepada warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa dalam membangun dan memajukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dalam pelbagai bidang.

"Ini juga termasuk mereka yang bukan bermastautin tetapi memberi sumbangan dan khidmat yang cemerlang untuk Wilayah Persekutuan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata, pencalonan boleh dibuat menggunakan tujuh borang mengikut kategori seperti Perkhidmatan Awam (A), Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan/ Berkanun (B), Swasta/Persatuan/Sukarela/Sukan (C), Warganegara Asing (D), Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (E), Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (F) dan Pertubuhan Politik (G).

Ahmad Phesal berkata, semua pencalonan perlu mematuhi ketetapan dan syarat-syarat yang ditetapkan dan pencalonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi iaitu www.kwp.gov.my.

Senarai calon yang berjaya akan diumumkan pada awal Januari 2012 untuk dijemput hadir ke Majlis Istiadat Penganugerahan DKBPWP.

Sebarang pertanyaan mengenai pencalonan anugerah DKBPWP boleh dibuat kepada Urus Setia di talian 03-8889 7888 atau e-mel kepada dkbpwp@kwp.gov.my. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan