Khamis, 30 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Tidak rela BN menang tipu

Posted:

Tidak rela BN menang tipu

Tidak rela BN menang tipu

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM dan ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
utusansabah@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak diberi sambutan hangat oleh orang ramai ketika menghadiri Majlis Jamuan 1Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, malam tadi. - BERNAMA


KOTA KINABALU 29 Jun - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak rela melakukan penipuan dengan menggunakan taktik kotor demi mendapat kemenangan hampir 100 peratus dalam pilihan raya.

sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau mahukan kemenangan BN berpaksi dan berlandaskan kepada perasaan senang hati rakyat kepada parti dan bukan sebaliknya.

"Terdapat sesetengah kerajaan mendapat kemenangan sehingga 95 peratus dalam pilihan raya. Saya pun suka kalau dapat kerana jika boleh saya pun mahukan angka 95 peratus itu. Tetapi saya tidak rela dapat sokongan besar atas penipuan.

"Saya mahu BN menang kerana rakyat senang dengan kita, sebab itulah pada setiap masa kita sanggup berhadapan dengan pembangkang (setiap pilihan raya)," katanya ketika berucap sempena Jamuan 1Malaysia di Padang Merdeka di sini, malam ini, yang dihadiri lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum dan etnik.

Sambil menyelar tindakan pembangkang yang cuba merampas kuasa melalui demonstrasi jalanan, beliau berkata, BN setiap kali tiba pilihan raya akan menyerahkan sepenuhnya nasib untuk ditentukan oleh rakyat.

"Demonstrasi jalanan, rusuhan dan konflik dalaman bukan jawapannya kerana ia jelas tidak menghormati keputusan rakyat. BN serah nasib kepada rakyat.

"Kita tidak akan sama sekali menyerahkan nasib kepada demonstrasi jalanan atau sebarang usaha yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara," katanya.

Sementara itu, Najib mengingatkan rakyat supaya tidak mengambil mudah faktor keamanan, perpaduan dan kesejahteraan yang dinikmati sekarang kerana ia boleh berubah menjadi buruk dalam sekelip mata sekiranya tersilap percaturan.

Ini kerana, jelas Perdana Menteri, senjata utama pembangkang ialah menabur janji, bukan setakat bulan dan bintang, tetapi juga sistem galaksi kepada rakyat.

"Janji demi janji (dibuat) kerana mereka tahu ia tidak perlu ditunaikan. Amat senang tabur janji semasa tidak berkuasa, tetapi tengoklah apa yang dibuat setelah berkuasa.

"Jika kita buat penilaian yang betul, sudah tentu kita tahu bahawa tiada pihak lain yang boleh menjamin masa depan rakyat melainkan kerajaan BN," katanya

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Petronas bayar RM594.6b sehingga Mac lalu

Posted:

Petronas bayar RM594.6b sehingga Mac lalu

Petronas bayar RM594.6b sehingga Mac lalu

KUALA LUMPUR 29 Jun - Petronas telah membayar sebanyak RM594.6 bilion kepada kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri dalam bentuk dividen, cukai, duti eksport dan perolehan petroleum sejak penubuhannya sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada jumlah tersebut, RM65.7 bilion adalah pembayaran bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac tahun ini.

"Petronas juga sehingga Jun ini telah menyumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (Kwan) sebanyak RM3 bilion dan ia dilaburkan di dalam pelbagai instrumen kewangan. Saiz dana Kwan kini berjumlah RM5.43 bilion," katanya dalam jawapan bertulis kepada Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Kwan ditubuhkan bagi memastikan penggunaan optimum hasil sumber-sumber asli negara yang merosot supaya dapat memberikan sumber pendapatan yang berterusan dan stabil demi faedah generasi akan datang.

"Pengurusan dan pentadbiran hal ehwal Kwan dipertanggungjawabkan ke atas Bank Negara Malaysia (BNM) yang memastikan dana Kwan dilaburkan dengan wajar manakala operasi kumpulan wang ini diselia oleh Panel Kwan," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, kerajaan tidak bercadang menubuhkan tabung pendidikan baru seperti tabung pendidikan kebangsaan kerana pemberian biasiswa atau pinjaman adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

"Kerajaan pada masa ini juga telah menyediakan dana-dana bagi tujuan pendidikan negara di bawah agensi tertentu seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

300 sukarelawan AS ajar BI

Posted:

300 sukarelawan AS ajar BI

300 sukarelawan AS ajar BI

Oleh Marhaini Kamaruddin

WASHINGTON 29 Jun – Seramai 300 sukarelawan rakyat Amerika Syarikat (AS) akan dihantar di sekolah-sekolah luar bandar di bawah program Fulbright, bagi meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar mulai tahun depan.

Program itu dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Barack Obama semasa pertemuan mereka pada Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) September lalu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, program ala projek Peace Corps tajaan kerajaan AS itu, melibatkan siswazah rakyat negara itu yang akan membantu pengajaran bahasa Inggeris secara sukarela.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan Malaysia sendiri akan membiayai sebahagian kos seperti tempat tinggal dan imbuhan sukarelawan berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.4 juta.

"Untuk fasa pertama, seramai 50 orang sukarelawan akan dihantar ke negara ini bagi memulakan program itu pada Januari tahun depan.

"Kita akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mengenal pasti bentuk kerjasama dan rujukannya. Kita berharap penghantaran pertama dapat dibuat sebelum akhir tahun," katanya kepada wartawan Malaysia di Hotel Four Seasons selepas jamuan tengah hari yang dihoskan oleh anggota Majlis Perniagaan AS-ASEAN di sini.

Sebelum ditempatkan di mana-mana zon untuk membantu sekolah terlibat, menurut beliau, suatu program suai kenal akan diadakan selama seminggu supaya mereka lebih mengenali adat resam dan budaya tempatan.

"Selepas ditempatkan di zon tertentu, penyelia kita ada untuk memantau, mereka akan pergi ke sekolah-sekolah untuk memulakan pengajaran tanpa melibatkan waktu khusus.

"Biarpun dalam kurikulum pendidikan, yang mengajar guru kita tapi mereka (sukarelawan) akan membantu menokok tambah program yang diajar dalam bahasa Inggeris," ujarnya.

Berdasarkan makum balas yang diterima, katanya, program itu menerima sambutan amat baik, disukai pelajar malah sukarelawan yang menyertai Fulbright didapati bersungguh-sungguh dan bijak berinteraksi dalam bahasa Inggeris.

Beliau difahamkan yang tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar di Pahang bertambah baik sejak pelaksanaan program itu.

"Maka kita tidak perlukan projek perintis. Kita akan tetapkan sekolah-sekolah untuk menempatkan para sukarelawan ini termasuk di Sabah dan Sarawak, luar bandar dan kawasan pedalaman," tambahnya.

Bagi peringkat awal ini, selain kos tempat tinggal dan kemudahan mereka di sini, kementeriannya akan memohon peruntukan sebanyak AS$1 juta daripada Kementerian Kewangan untuk membayar sedikit imbuhan kepada sukarelawan berkenaan.

"Imbuhan ini adalah sumbangan kecil tetapi ikhlas daripada kita dan bukannya diminta oleh kerajaan AS," katanya.

Tambah beliau, pihaknya juga akan berbincang dengan para sukarelawan dan Kedutaan AS sebelum memutuskan sama ada menghantar mereka ke sekolah rendah atau menengah mengikut kecenderungan masing-masing.

Ditanya lebih lanjut mengenai program Fulbright itu, Muhyiddin menjelaskan ia berbeza dengan program 'under master teachers' membabitkan kerajaan British yang sedang berjalan kerana mereka tidak mengajar di bilik darjah sebaliknya hanya membimbing guru bahasa Inggeris serta memantau kaedah pengajaran secara dekat bagi mencari jalan untuk memantapkannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan