Isnin, 27 Jun 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


16 diberkas hasut orang ramai sertai perhimpunan haram

Posted: 27 Jun 2011 12:12 AM PDT

PETALING JAYA: Polis menahan 16 lelaki yang dipercayai menghasut orang ramai supaya menyertai perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini.

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata kesemua mereka yang ditahan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis, iaitu perhimpunan tanpa permit polis yang sah, dibebaskan dengan jaminan polis.


"Tangkapan kesemua mereka ini dilakukan di sekitar Shah Alam, Gombak, Klang Utara dan yang terbaru pagi semalam, iaitu lapan orang ditahan di Taman Kosas, Ampang," katanya kepada pemberita hari ini selepas menghadiri majlis penyerahan sijil kepada beberapa individu yang berjaya mematahkan kes ragut di sekitar Subang.

Tun Hisan berkata penahanan 16 individu terbabit adalah kerana polis mempunyai kuasa mengikut Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah iaitu tindakan pencegahan daripada berlakunya sebarang jenayah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

198 laman web digodam, 90 peratus dari dalam negara

Posted: 27 Jun 2011 12:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 198 laman web di dalam negara digodam oleh pelbagai pihak baru-baru ini di mana 90 peratus berpunca dari dalam negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata walaupun sebahagian daripada mereka dapat merosakkan beberapa laman web tetapi isiannya tidak dapat mereka atasi.


Kepada soalan Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) semasa sesi soal jawab, Rais berkata mereka yang mempunyai niat jahat itu tidak akan dibiarkan begitu sahaja.

"Seseorang itu tidak sepatutnya menyalahgunakan ilmu teknologi maklumat yang diperolehnya untuk aktiviti menggodam," katanya.


Rais juga berkata kerajaan sedang dalam usaha penambaikan akses internet terutamanya di kawasan perkampungan agar setanding dengan negara-negara maju di Asia seperti Korea, Jepun dan Taiwan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan