Ahad, 26 Jun 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Pemuda ke tali gantung

Posted:

Pemuda ke tali gantung

Pemuda ke tali gantung

KUALA TERENGGANU 26 Jun - Seorang pemuda yang membunuh bekas majikannya, seorang pengusaha ikan dalam sangkar empat tahun lalu dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Mohd. Faizal Juhari, 24, dari Kampung Gong Beris, Pulau Kerengga, Marang kelihatan gelisah ketika keputusan dibacakan oleh Hakim Datuk Abd. Rahim Uda dan menitiskan air mata apabila ibunya mendekati dan menciumnya ketika dibawa keluar.

Tertuduh yang merupakan bekas pekerja di sebuah pusat penternakan di Marang disabitkan dengan tuduhan membunuh Tan Hai Peng, 59, di sebuah rumah di Kampung Gong Beris antara pukul 1.30 pagi hingga 1.53 pagi pada 30 November 2007.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Doktor minta suapan cuti sakit diberkas

Posted:

Doktor minta suapan cuti sakit diberkas

Doktor minta suapan cuti sakit diberkas

SETIAP hari selepas keluar rumah untuk ke tempat kerja, Yunus (bukan nama sebenar) akan memandang ke arah sebuah rumah tiga tingkat yang telah diubahsuai dengan rekaan terkini milik rakan baiknya, Amri.

Persahabatan yang bermula sejak bersama-sama mengikuti pengajian dalam bidang perubatan semakin erat setelah kedua-duanya membeli kediaman di kawasan yang sama.

Bagaimanapun, Yunus yang bekerja sebagai pegawai perubatan di jabatan kerajaan hanya memperoleh gaji bulanan sekadar mencukupi untuk menyara hidup isteri dan empat anaknya.

Dengan gaji sebanyak itu, Yunus tidak mampu mengubah suai kediaman yang didiami sejak 15 tahun lalu atau menukar kereta kepada yang lebih selesa untuk keluarganya.

Perasaan cemburu mula singgah di hatinya tatkala melihat Amri menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada isterinya sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Pada satu hari, Amri menghubungi Yunus menawarkan jawatan doktor sambilan di sebuah klinik yang baru dibuka di kawasan berhampiran kediaman mereka.

Dengan hati yang gembira, Yunus menerima tawaran itu dan bercita-cita untuk mendapat sebuah kediaman impian dan mewah seperti rakannya itu.

Hampir setiap hari Yunus meninggalkan hospital satu atau dua jam lebih awal untuk bekerja lebih awal di klinik Amri.

Setiap hari pula, ramai pesakit yang datang mendapatkan rawatan malah ada yang hanya datang mengambil cuti sakit sahaja.

Yunus telah mengenakan bayaran yang tinggi sehingga RM50 bagi sehari cuti sakit sehingga pada satu hari, kegiatannya berjaya dihidu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Impian Yunus untuk membina sebuah kediaman impian musnah selepas ditahan SPRM di klinik berkenaan atas aduan dia meninggalkan tugas untuk melakukan pekerjaan lain dalam masa yang sama dan melanggar etika perubatan kerana meminta suapan bagi mengeluarkan cuti sakit tanpa pemeriksaan.

Kes Yunus dirujuk kepada Lembaga Tatatertib dan akhirnya dibuang kerja. Kejadian yang menimpa Yunus ini perlu menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak mengambil rasuah ketika bertugas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen