Khamis, 30 Jun 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Papan tanda mangsa vandalisme

Posted:

Papan tanda mangsa vandalisme

Papan tanda mangsa vandalisme

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Beginilah papan tanda Felda Lui Selatan 1, Jempol yang diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab.


JEMPOL 29 Jun – Papan tanda diletakkan di tepi jalan bagi memudahkan pengguna jalan raya mengetahui destinasi yang ingin dituju.

Kemudahan tersebut amat penting khususnya kepada mereka yang pertama kali tiba ke sesebuah kawasan.

Tanpa papan tanda, pemandu mudah tersesat jalan.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar daerah ini mendapati, papan tanda turut menjadi mangsa perbuatan vandalisme.

Ia terbukti apabila terdapat sebahagian papan tanda diconteng dengan pelbagai bentuk tulisan dan angka.

Pengguna jalan raya, Jalil Bakar, 55, dari Batu Kikir, Kuala Pilah berkata, masyarakat seharusnya menghargai kemudahan yang ada.

"Bayangkan jika tiada papan tanda, macam mana kita hendak mencari lokasi yang hendak di tuju. Sudah diberi kemudahan, ada orang enggan menghargainya," katanya.

Sementara itu, Norhanim Othman, 57, melahirkan rasa kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menconteng papan tanda.

"Tabiat ini harus dikikis kerana ia membawa kesan negatif terhadap pengunjung luar yang datang ke daerah ini.

"Daerah ini sangat cantik sehingga berjaya merangkul tempat kelima bagi gelaran Bandar Mampan tahun lalu.

"Imej Jempol akan tercalar apabila terdapat beberapa papan tanda yang diconteng," katanya.

Kakitangan kerajaan, Latifah Mohamad, 52, berharap masyarakat sama-sama menjaga harta benda awam di kawasan mereka.

"Lihat pada hari ini, bukan sahaja papan tanda menjadi mangsa, malah pondok telefon dan bangunan lama turut diconteng," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tindakan tegas pemaju gagal sedia rumah kongsi teratur

Posted:

Tindakan tegas pemaju gagal sedia rumah kongsi teratur

Tindakan tegas pemaju gagal sedia rumah kongsi teratur


Mohd. Yusof Abu Hassan menunjukkan air kumbahan yang melimpah di kawasan rumah kongsi pekerja binaan di Melaka, kelmarin.


MELAKA 29 Jun – Semua syarikat pemaju di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang gagal menyediakan tempat tinggal mengikut spesifikasi ditetapkan kepada pekerja binaan mereka akan dikenakan tindakan keras mulai 1 Julai ini.

Ketua Ahli Majlis MBMB, Mohd. Yusof Abu Hasan berkata, selaras dengan keputusan terbaru itu, MBMB kini giat melakukan pemantauan rumah pekerja binaan di beberapa tapak projek pembangunan terutamanya yang terletak berhampiran pusat bandar.

"Hasil pemantauan didapati, rumah kongsi pekerja binaan yang disediakan pemaju ini langsung tidak menepati kriteria ditetapkan dengan rekaan yang tidak teratur dan kotor selain tidak menggunakan kabin khas yang telah ditetapkan.

"Tandas yang digunakan juga bukan jenis mudah alih dan air kumbahan disalurkan sesuka hati sehingga menyebabkan persekitaran kotor yang dikhuatiri menjadi punca penyakit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau tapak projek asrama Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Jalan Tun Mutahir, di sini, semalam.

Tinjauan di penempatan yang memuatkan kira-kira 200 pekerja binaan projek itu mendapati, persekitarannya amat kotor apabila sisa sampah harian dibuang sekitar kawasan penempatan pekerja asing itu.

Mohd. Yusof berkata, pihak pemaju yang memulakan projek itu sejak tiga tahun lalu sepatutnya menyediakan rumah yang lebih selesa kepada pekerja mereka.

"Dengan keadaan yang kotor begini, ia bukan sahaja mendatangkan penyakit kepada pekerja mereka, malah, menjejaskan imej Melaka sebagai negeri maju di mata pelancong," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya telah mengeluarkan surat amaran kepada syarikat pemaju terbabit supaya mematuhi peraturan kemudahan tapak binaan yang telah ditetapkan dalam tempoh tiga hari bermula semalam.

Jika masih gagal, katanya, syarikat terbabit boleh dikenakan tindakan mahkamah dan MBMB akan membuat pemeriksaan sekali lagi di tapak tersebut bersama Jabatan Kesihatan negeri dan beberapa agensi kerajaan lain yang berkaitan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MPHTJ buka kaunter cukai, kompaun di lima lokasi

Posted:

MPHTJ buka kaunter cukai, kompaun di lima lokasi

MPHTJ buka kaunter cukai, kompaun di lima lokasi

MELAKA 29 Jun - Bermula 1 Julai ini, orang ramai yang tinggal di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) boleh menjelaskan pelbagai cukai dan kompaun di lima lokasi terpilih yang dibuka sehingga 31 Ogos ini.

Yang Dipertua MPHTJ, Sapiah Haron berkata, lima kaunter tersebut ialah di aras G dan B di pusat beli- belah Melaka Mall, kios serbaguna di Kota Fesyen Ayer Keroh, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan pasar raya Jusco Ayer Keroh.

Menurut beliau, pembukaan kaunter itu adalah bagi memudahkan orang ramai untuk membayar cukai di samping melakukan pelbagai urusan seharian di lima lokasi tersebut.

"Kami harap semua pembayar cukai dapat menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk menjelaskan tunggakan cukai dan kompaun mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kaunter kutipan hasil di Jusco Ayer Keroh dibuka dari Isnin hingga Ahad bermula pukul 10.30 pagi hingga 10 malam.

Di Melaka Mall katanya, kaunter aras B dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 8 pagi hingga 5 petang kecuali kaunter aras G yang dilanjutkan waktu perkhidmatan sehingga hari Sabtu dan Ahad pada pukul 8 pagi hingga 2 petang.

"Kaunter di MBMB pula dibuka pada pukul 8.30 pagi hingga 5 petang dan ditutup pada hari Sabtu dan Ahad," katanya.

Tambahnya, semua kaunter di empat lokasi tersebut akan ditutup pada hari kelepasan am.

"Kecuali kaunter di Kota Fesyen Ayer Keroh, ia akan dibuka setiap hari termasuk hari kelepasan am pada pukul 8 pagi hingga 8 malam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen