Rabu, 29 Jun 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


'BN serah nasib, masa depan kepada rakyat'

Posted: 29 Jun 2011 11:04 AM PDT

Nasional

NAJIB diiringi Musa Aman disambut orang ramai ketika menghadiri majlis jamuan rakyat 1Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, semalam.

NAJIB diiringi Musa Aman disambut orang ramai ketika menghadiri majlis jamuan rakyat 1Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, semalam.

Perhimpunan haram tidak hormati resolusi: PM

KOTA KINABALU: Datuk Seri Najib Razak menegaskan, perhimpunan haram dirancang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), adalah sikap tidak menghormati keputusan dibuat rakyat, selain mendorong kepada rusuhan, demonstrasi dan konflik dalaman.

Perdana Menteri berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) menyerahkan nasib dan masa depannya kepada rakyat, bukan kepada demonstrasi atau usaha yang boleh menggugat keselamatan serta kestabilan negara. "Apabila tiba masanya, kita akan menyerahkan bulat-bulat kepada rakyat dan bersaing dengan parti pembangkang. Jika kita tidak berpuas hati dengan sesuatu keadaan, ada saluran untuk dibawa ke pihak berkenaan.

"Jika tidak puas hati dengan pilihan raya, bawa ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau hantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Kita tidak menghalang mereka berbuat demikian.

"Jika pilihan raya di negara ini tidak bersih dan adil, kenapa BN boleh hilang majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum 2008? Justeru, perkara penting adalah keharmonian kaum dan memelihara perhubungan supaya keadaan terus aman dan sentosa bagi mengelak tragedi dalam negara.

"Saya amat menghargai sikap rakyat Sabah menentang perhimpunan haram pada 9 Julai ini," katanya pada majlis Jamuan 1Malaysia di Padang Merdeka di sini, malam tadi.
Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin serta barisan menteri kerajaan negeri dan Persekutuan.

Najib berkata, Malaysia tidak wajar dibanding dengan keadaan negara tertentu di Asia Barat yang mana parti pemerintah mendapat sokongan hingga 95 peratus dalam pilihan raya.

Tegas beliau, BN tidak rela mendapat sokongan hingga 95 peratus jika asasnya ialah penipuan pilihan raya.

"Kita mahu BN menang pilihan raya kerana rakyat senang dengan BN. Kita bukan macam pembangkang yang bukan sekadar menjanjikan bulan bintang, malah galaksi. Kita mampu berdepan dengan pembangkang yang hanya pandai berjanji," katanya.

Perdana Menteri turut menyentuh kerjasama erat antara kerajaan negeri dipimpin Musa dengan Kerajaan Persekutuan yang membolehkan Sabah mengecap pelbagai nikmat pembangunan.

Kira-kira 10,000 rakyat pelbagai kaum di Sabah menghadiri jamuan itu yang bermula seawal jam 5 petang. Antara pengisiannya ialah persembahan paluan gendang 24 musim, persembahan kebudayaan 1Malaysia dan tarian tradisi masyarakat Cina.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Siasat aktiviti aliran wang haram Anwar'

Posted: 29 Jun 2011 11:04 AM PDT

Nasional

pix_gal0
Gobala dakwa RM888b untuk parti, beli senjata api

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas Padang Serai, N Gobalakrishnan meminta Kementerian Kewangan menyiasat pembabitan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti pengubahan dan pengaliran wang haram yang didakwanya bernilai RM888 bilion.

Gobalakrishnan mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu melakukan aktiviti berkenaan ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan mencetak RM13.2 bilion wang dalam bentuk wang kertas RM500 dan RM1,000. Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat, semalam beliau berkata wang itu adalah yang dilaporkan Integriti Kewangan Global (GFI) dan digunakan oleh Anwar sehingga kini untuk menaja aktiviti parti, termasuk membeli senjata api.

"RM888 bilion ini adalah rentetan sistem kronisme dan nepotisme dibawa Permatang Pauh. Satu dunia tahu wang haram ini digunakan untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri (Allahyarham Tun Ghafar Baba) suatu ketika dulu.

"Saya juga tidak nafikan kemungkinan wang itu digunakan untuk demonstrasi BERSIH. Dengan wang haram ini senjata boleh disediakan dan ada tuduhan Permatang Pauh bekal senjata untuk pengganas.

"Duit RM500 dan RM1,000 dicetak ketika beliau jadi Menteri Kewangan, saya minta Kementerian Kewangan siasat dan saya sedia membantu sekiranya diberi imuniti (kekebalan)," katanya.
Gobalakrishnan yang sebelum ini keluar daripada PKR turut mendakwa Anwar melalui orang tengah membawa keluar wang haram dalam jumlah besar ke luar negara.

"Kalau kementerian beri status imuniti, saya boleh berunding dengan pihak yang pernah membawa keluar RM500 dan RM1,000 bagi pihak Permatang Pauh. Banyak beg wang dibawa keluar dari Malaysia ke Indonesia melalui jet peribadi milik dua individu kepunyaan syarikat judi di negara ini," katanya.

Beliau juga mendakwa Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) turut terbabit dengan aktiviti mengumpul wang secara haram membabitkan nilai RM100 juta.

"Saya percaya wang RM100 juta ini dilabur oleh isterinya, Shamsidar Taharin bersama ahli perniagaan berbangsa Cina dalam syarikat modal. Saya mahu Kementerian Kewangan siasat dari mana duit itu datang dan dilaburkan," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan