Selasa, 28 Jun 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Komitmen negara tangani isu makanan

Posted:

Komitmen negara tangani isu makanan

Komitmen negara tangani isu makanan


Najib Tun Razak berbual dengan delegasi dari India yang juga penulis buku, Profesor MS Swaminathan pada majlis pelancaran Pusat Penyelidikan Pusat Penyelidikan Tanaman Untuk Masa Hadapan Universiti Nottingham, Kampus Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Mohamed Khaled Nordin (tiga kiri) dan Tengku Ahmad Ritahuddeen Tengku Ismail (kiri).


KUALA LUMPUR 27 Jun - Malaysia membuktikan komitmen dalam menangani isu global berkaitan keupayaan menjamin sumber makanan berkekalan kepada rakyat apabila kerajaan dengan kerjasama sebuah universiti swasta hari ini melancarkan penubuhan Pusat Penyelidikan Tanaman Untuk Masa Hadapan (CFFRC).

Majlis pelancaran penubuhan pusat itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

CFFRC yang berperanan sebagai pusat penyelidikan tanaman bagi tujuan pemakanan, farmaseutikal serta biomaterial itu akan menggunakan segala kemudahan yang terdapat di Universiti Nottingham Kampus Malaysia di Semenyih dekat sini.

Perdana Menteri ketika berucap pada majlis pelancaran berkata, penubuhan CFFRC itu juga menunjukkan kesungguhan Malaysia untuk muncul sebagai hab penyelidikan pertanian serta pemindahan pengetahuan dalam bidang tanaman.

"Penubuhan CFFRC ini diharapkan mampu memberi sumbangan yang bermakna untuk jangka panjang kepada negara dan dunia dalam konteks bekalan makanan,'' katanya.

Hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Nottingham Kampus Malaysia, Tan Sri Tengku Ahmad Ritahuddeen Tengku Ismail dan Naib Canselor Universiti Nottingham, Prof. Alan Dodson.

Perdana Menteri pada majlis hari ini turut merasmikan simposium antarabangsa kedua mengenai spesies tumbuhan kurang digunakan bertemakan Tanaman untuk Masa Hadapan - Menjangkaui Keselamatan Makanan.

Selain itu kata Najib, kewujudan CFFRC sejajar dengan saranan misi Matlamat Pembangunan Millennium yang antara lain menetapkan masalah kebuluran dan kemiskinan mampu diatasi sepenuhnya menjelang 2015.

"Kita sememangnya amat mementingkan soal ini, malah di dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pertanian dan bidang keselamatan makanan telah diberi tumpuan sewajarnya antaranya seperti bekalan beras,'' ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan Najib berkata, kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi menjana satu lagi bentuk inovasi serta penyelidikan adalah selaras dengan program transformasi kerajaan.

"Usaha ini adalah selaras dengan program transformasi kerajaan di mana kita amat menggalakkan perkongsian di antara sektor awam dan swasta bagi menjana satu lagi bentuk inovasi dan kerjasama dalam bidang penyelidikan,'' ujarnya.

Sementara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti Nottingham, kerajaan Malaysia telah menyediakan peruntukan hampir RM120 juta (AS$40) untuk membiayai operasi CFFRC.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Muhyiddin promosi Malaysia hab bioteknologi

Posted:

Muhyiddin promosi Malaysia hab bioteknologi

Muhyiddin promosi Malaysia hab bioteknologi

Oleh Marhaini Kamaruddin


Muhyiddin Yassin dan isteri, Noorainee Abdul Rahman disambut oleh pegawai Kedutaan Malaysia semasa tiba di hotel penginapannya, semalam, untuk melakukan lawatan kerja selama empat hari ke Washington. – Bernama


WASHINGTON 27 Jun — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini semalam, dalam rangka lawatan kerja empat hari bagi mempromosikan Malaysia sebagai hab bioteknologi di rantau Asia Tenggara.

Untuk itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bioteknologi dan Biodiversiti dijadual menyempurnakan upacara pembuka tirai Bio-Malaysia 2011 dan Sidang Kemuncak Lingkaran Pasifik 2011 mengenai Industri Bioteknologi dan Biotenaga di Pusat Konvensyen Walter E. Washington pada Rabu ini.

Kedua-dua acara itu akan berlangsung di Kuala Lumpur pada November depan, malah yang menariknya, penganjuran sidang kemuncak berkenaan buat julung-julung kalinya diadakan di luar Amerika Syarikat (AS).

Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis menyifatkan pemilihan Malaysia sebagai hos sidang kemuncak itu kali ini, sebagai petunjuk yang penyertaan negara dalam

Konvensyen Antarabangsa Pertubuhan Industri Bioteknologi (BIO) sejak tujuh tahun lalu tidak sia-sia.

"Penglibatan kita bermula dari Konvensyen Antarabangsa BIO di Philadelphia, telah membolehkan kerajaan merangka strategi bagi menempatkan negara sebagai peneraju industri bioteknologi di rantau Asia Tenggara dan pemilihan Kuala Lumpur sebagai hos luar AS yang pertama mengesahkan kedudukan itu," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Selaras dengan rangka promosi itu, Timbalan Perdana Menteri juga dijadual merasmikan pameran sempena Konvensyen Bio Antarabangsa 2011, bersama-sama Gabenor Maryland dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif BIO, James C. Greenwood.

Malaysia menerusi Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) sering menyertai konvensyen tahunan ini, begitu juga pada penganjuran kali ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga akan menyaksikan beberapa acara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berkaitan industri bioteknologi dan bertemu tokoh-tokoh bioteknologi terkemuka.

Timbalan Perdana Menteri yang tiba kira-kira 3 petang (3 pagi Isnin, waktu Malaysia) di Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, dijadual mengunjungi University of Maryland College Park, esok.

Muhyiddin turut dijadual menghadiri majlis makan tengah hari meja bulat yang dihoskan oleh Majlis Perniagaan Amerika-ASEAN.

"Pertemuan beliau dengan kapten industri berkenaan akan membolehkan Malaysia merangka strategi ke arah menjadikan negara hab bioteknologi antaranya dengan membincangkan insentif-insentif baru yang berkaitan," katanya.

Beliau berharap kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke ibu negara AS ini khususnya dengan menghadiri perhimpunan terbesar pemain industri bioteknologi, dapat membantu memperkenalkan Malaysia dan seterusnya merealisasikan matlamat bergelar pangkalan boioteknologi serantau. – Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Agenda tersirat Bersih

Posted:

Agenda tersirat Bersih

Agenda tersirat Bersih

Oleh Norliza Abd. Rahman
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 27 Jun - Kementerian Dalam Negeri (KDN) percaya terdapat agenda tersirat di sebalik perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang kononnya berkisar kepada perhimpunan aman berkaitan pilihan raya umum.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, agenda tersebut mungkin tidak dapat dilihat secara jelas untuk dikaitkan dengan perkara-perkara yang dikhuatiri boleh menghuru-harakan negara.

Serentak itu, tegas beliau, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mungkin terpaksa digunakan untuk memastikan keadaan negara tidak porak-peranda gara-gara ideologi pihak tertentu.

''Bayangkan kalau perhimpunan seperti ini dicampur-adukkan dengan politik, maka ia akan jadi isu perkauman dan dicampur-adukkan lagi dengan idealogi tertentu, masa itu kita nak ralat (tidak menggunakan ISA) sudah terlewat.

''Tetapi supaya tidak dituduh (sebagai konspirasi oleh pihak tertentu) apabila saya menyatakan sesuatu, kita minta Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan tugas mereka secara profesional.

''Dan PDRM sudah nyatakan semua yang hendak buat perhimpunan pada 9 Julai ini tidak diberi permit, maka mereka semua terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Pameran dan Persidangan Kedua Peralatan Polis 2011 (GPEC Asia 2011) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula hari ini hingga 29 Jun.

Hadir sama timbalannya, Datuk Lee Chee Leong, Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Mengulas mengenai GPEC Asia 2011, beliau berkata, semua agensi penguatkuasaan seperti PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Bank Negara Malaysia (BNM) perlu bekerjasama dalam memantapkan pengurusan data dan maklumat.

''Tidak mungkin sesebuah agensi boleh duduk dalam kelompoknya sendiri, justeru kita perlu bekerjasama menggunakan teknologi perkongsian maklumat dan melihat teknologi terkini untuk memastikan jenayah merentasi sempadan seperti penyeludupan manusia dan penggubalan wang haram dibanteras habis-habisan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen