Selasa, 28 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Komunis resapi Bersih

Posted:

Komunis resapi Bersih

Komunis resapi Bersih

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Jun – Ancaman terhadap keselamatan negara melalui gerakan komunis yang kini meresapi demonstrasi haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berada pada tahap membimbangkan.

Ini kerana, gerakan tersebut yang diketuai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikesan bersekongkol dengan ejen asing dari Filipina dan Korea Selatan untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan.

Hakikat itu terbukti selepas sekumpulan 29 ahli PSM bersama seorang lelaki Filipina, Romeo Castillo, 59, dan seorang warga Korea, Min Young Song, 24, ditahan di hadapan Kolej Matrikulasi di Ledang, Johor, Sabtu lalu.

Sumber memaklumkan kepada Utusan Malaysia, kedua-dua warga asing itu memasuki negara ini atas pembiayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing, yang berpangkalan di luar negara bagi memastikan Malaysia huru-hara.

"Kita tidak menolak kemungkinan Castillo ini mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Filipina yang banyak membunuh rakyat negara itu melalui gerakan bersenjata sehingga disenarai sebagai gerakan pengganas.

"Young Song ini pula yang memasuki Malaysia sejak 19 Mac lalu merupakan ahli pertubuhan 18 Mei, di Korea, dan dia hadir atas tajaan National Democratic Institute (NDI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

''Warga Korea itu kini ditahan di bawah Akta Imigresen dan akan diusir serta-merta.

"Kini semuanya jelas bahawa Bersih sebenarnya terlalu kotor, mereka bukan lagi berjuang untuk sistem pilihan raya yang adil tetapi sebenarnya bertujuan untuk memusnahkan keamanan negara," katanya.

National Democratic Institute adalah salah sebuah organisasi di bawah National Endowment of Democrasy (NED) yang dinaungi bekas Setiausaha Negara AS, Madeline Albright, iaitu sekutu Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika zaman reformasi.

Semalam, 31 penyokong Bersih yang diketuai pemimpin PSM, Dr. Jeyakumar Devaraj ditahan dan polis menemui baju T tertera gambar pemimpin komunis yang diangkat sebagai 'kesatria'.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perhimpunan Bersih tetap diteruskan - Ambiga

Posted:

Perhimpunan Bersih tetap diteruskan - Ambiga

Perhimpunan Bersih tetap diteruskan - Ambiga


AMBIGA Sreenevasan dan A. Samad Said ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 27 Jun - Perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2 tetap akan diadakan pada 9 Julai ini walaupun Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Ambiga berkata, Bersih tidak akan menukar pendiriannya untuk menganjurkan perhimpunan haram itu di sini meskipun dihalang pihak berkuasa dan pihak lain.

Menurutnya yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, beliau tidak terkejut dengan laporan polis yang mencecah lebih 1,500 daripada pelbagai pihak yang mahukan polis menghalang Bersih.

"Perhimpunan Bersih akan diteruskan juga kerana kami tahu polis tidak akan mengeluarkan permit kerana ia hanya demonstrasi aman untuk menuntut demokrasi.

"Kehadiran dua kumpulan lain iaitu Pemuda UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak mengugat hasrat kami itu dan mereka boleh bersama kami jika mahu," katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada polis di IPD Dang Wangi di sini hari ini.

Ambiga dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dipanggil polis untuk direkod keterangan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana cuba mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Mengulas mengenai penahanan 31 penyokong Bersih di Pulau Pinang yang cuba menghidupkan semula fahaman komunis bagi menjatuhkan kerajaan kelmarin, Ambiga mengecam tindakan polis itu.

Menurutnya, Seksyen 122 Kanun Keseksaan telah lama diguna pakai dan tidak relevan untuk digunakan ketika ini.

"Kerajaan tidak sepatutnya mengambil tindakan terhadap 31 orang itu kerana kisah komunis adalah cerita lama dan tidak difikirkan lagi ketika ini.

"Mereka adalah rakyat negara ini dan berhak bertindak demikian. Bersih juga tidak akan menghalang mereka hadir pada perhimpunan itu," jelasnya.

Sementara itu, A. Samad Said memberitahu, beliau enggan berfikir mengenai orang Melayu sahaja ketika ini kerana perlu berjuang menuntut demokrasi untuk semua.

"Kita perlu fikir tentang kaum lain juga iaitu Cina dan India kerana mereka juga rakyat negara ini," kata pejuang Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang pengenalan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

30% wanita pembuat dasar

Posted:

30% wanita pembuat dasar

30% wanita pembuat dasar

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak menerima tepukan gemuruh daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan ahli-ahli korporat wanita selepas mengumumkan dasar 30 peratus pembabitan wanita dalam sektor korporat di Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 27 Jun – Kerajaan hari ini meluluskan dasar penglibatan sekurang-kurangnya 30 peratus golongan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan dasar tersebut berkata, langkah berkenaan bertujuan meningkatkan bilangan wanita sebagai ahli lembaga pengarah.

Selain itu, dasar berkenaan juga jelas Najib, bagi memastikan kepakaran, daya saing serta kepimpinan wanita dapat dioptimumkan sekali gus menjurus kepada kepelbagaian dan perangkuman sektor korporat.

Bagi tujuan itu, beliau menjelaskan, pihak korporat khususnya syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia diberi tempoh lima tahun untuk memastikan sasaran tersebut tercapai.

"Dasar ini adalah bukti bahawa kerajaan mengiktiraf peranan wanita sebagai golongan yang amat penting dalam pembangunan dan kesejahteraan negara kerana kita tahu ramai wanita berbakat di negara ini.

"Kerajaan juga percaya dasar ini akan menjadi pemangkin kepada tindakan afirmatif ke arah mencapai kesaksamaan gender dalam sektor korporat," katanya kepada pemberita, di lobi Parlimen di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta beberapa tokoh korporat wanita tersohor di negara ini.

Perdana Menteri berkata, dasar baru itu merupakan kesinambungan kepada dasar serupa yang dilaksanakan di peringkat sektor awam sejak 2004.

Katanya, hasil pelaksanaan dasar serupa di sektor awam, peratusan wanita yang menyandang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) telah meningkat kepada 32.3 peratus pada 2010, berbanding hanya 18.8 peratus pada 2004.

Najib menambah, pada masa ini, hanya 91 orang (13 peratus) wanita dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di syarikat Kementerian Kewangan (diperbadankan).

Sementara itu, daripada 200 syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia pula jelas beliau, hanya 7.6 peratus wanita dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di syarikat-syarikat tersebut sehingga November 2010.

"Selain itu, maklumat Bank Negara menunjukkan hanya 45 orang (6 peratus) wanita dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di institusi kewangan sehingga April 2011," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan