Isnin, 27 Jun 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Dua maut kereta bertembung di Yan

Posted:

Dua maut kereta bertembung di Yan

Dua maut kereta bertembung di Yan

27/06/2011 9:34pm

YAN — Dua lelaki maut dalam satu kemalangan yang melibatkan dua buah kereta yang bertembung di Batu 14, Sungai Daun, Jalan Sungai Petani-Alor Setar di sini hari ini.

Jurucakap polis berkata, kejadian itu berlaku pukul 2.47 petang apabila kereta jenis Daihatsu Charade yang dipandu oleh Azhar Ahmad, 40, berlanggar dengan sebuah kereta Toyota LE yang datang dari arah bertentangan.

"Sewaktu kejadian kereta jenis Daihatsu Charade ini datang dari arah Alor Setar sedang menghala ke arah Yan bertembung dengan kereta Toyota LE ini yang dinaiki empat orang iaitu tiga lelaki dan seorang wanita yang dipercayai masuk ke laluan bertentangan sehingga mengakibatkan kemalangan ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Yan di sini hari ini.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan Azhar dan penumpang yang duduk di bahagian belakang kereta Toyota LE, Harun Othman, 58, meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Yan dan Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk mendapatkan rawatan lanjut. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Logo ‘Transformer’ Hazzim diiktiraf dunia

Posted:

Logo 'Transformer' Hazzim diiktiraf dunia

Logo 'Transformer' Hazzim diiktiraf dunia

27/06/2011 9:21pm

ALOR GAJAH — Seorang pelajar Malaysia muncul sebagai pemenang utama dalam peraduan 'Iridescent Artwork' iaitu mencipta logo bagi edisi kelima siri filem blockbuster Hollywood - 'Transformer'.

Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said di sini berjaya menewaskan peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan tersebut.

"Saya tidak menyangka kerana ia kemenangan pertama saya lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa bagi mencipta logo bersempena jelajah konsert Linkin Park di Moscow bermula Jumaat lepas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Saujana Heights, di sini, petang ini.

Beliau berkata, logo tersebut adalah sebagai latarbelakang lagu latar filem 'Transformers: Dark Of The Moon' yang dinyanyikan oleh kumpulan antarabangsa itu.

Katanya, proses menyiapkan logo tersebut hanya memakan masa selama setengah hari dan kemenangan itu merupakan satu kebanggaan bagi diri dan keluarganya. —Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

POLIS tahan 8 terlibat samun, ragut

Posted:

POLIS tahan 8 terlibat samun, ragut

POLIS tahan 8 terlibat samun, ragut

27/06/2011 6:42pm

PETALING JAYA — Polis dapat menumpaskan tiga kejadian samun dan ragut di Subang Jaya dan Puchong antara Rabu lepas sehingga semalam berikutan penahanan lapan lelaki di sekitar daerah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid berkata, polis menahan lapan lelaki termasuk seorang pembeli barangan hasil samun itu, yang berumur antara 16 dan 40 tahun.

Penahanan mereka dibuat hasil maklumat orang ramai, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada empat pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membantu polis dalam kejadian samun itu. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen