Selasa, 28 Jun 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Cawangan UiTM di Lipis

Posted:

Cawangan UiTM di Lipis

Cawangan UiTM di Lipis

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUALA LIPIS 28 Jun - Kerajaan Pahang merancang pembinaan sebuah kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UITM) di sini tidak lama lagi dalam usaha merancakkan pembangunan modal insan di kalangan pelajar luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, projek berkenaan bakal direalisasikan di tapak seluas 480 hektar di Bukit Sarang berdekatan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Kuala Lipis-Merapoh, di sini.

Beliau berkata, kerajaan negeri berusaha menjadikan daerah ini sebagai pusat ilmu di Pahang Barat terutama peluang untuk pelajar luar bandar termasuk Orang Asli menimba pengetahuan dan kemahiran bagi melahirkan lebih ramai tenaga profesional pada masa akan datang.

''Jika kampus cawangan UiTM ini direalisasikan, ia bakal menempatkan sebuah fakulti seramai 700 penuntut dan pensyarah termasuk pihak pengurusan institusi berkenaan.

''Peluang pekerjaan juga dapat diraih oleh penduduk tempatan," katanya pada majlis perasmian Persidangan UMNO Bahagian Lipis yang dirasmikan oleh Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak, Timbalan Ketua UMNO Lipis, Datuk Suhaimi Ibrahim dan Ketua Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Samat.

Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis berkata, selain menyumbang peluang pekerjaan, projek berkenaan dijangka menjana pendapatan penduduk tempatan menerusi pemborong makanan, kontraktor kecil penyelenggaraan dalaman dan pengurusan lain.

''Kampus cawangan UiTM merupakan lonjakan pembangunan selaras dengan aspirasi untuk memajukan kawasan luar bandar sebagai pusat pertumbuhan baharu berasaskan pendidikan dan ekonomi," ujarnya.

Katanya, daerah Lipis kini membangun sebagai pusat ilmu di Pahang Barat kerana kedudukannya agak strategik disokong dengan kemudahan perhubungan jalan raya antara Lembah Klang dengan Kelantan.

''Lipis kini mempunyai Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan (IPGTAA) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang menempatkan ramai penuntut luar bandar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kolej Antarabangsa IKIP tubuh gimnasium

Posted:

Kolej Antarabangsa IKIP tubuh gimnasium

Kolej Antarabangsa IKIP tubuh gimnasium


Wan Adnan Wan Mamat (berdiri, tengah) bergambar dengan kakitangan IKIP Training Sdn. Bhd. di IKIP Gym dekat Kampus Utama, Kuantan, Pahang, baru-baru ini. – utusan/Khairatul Ainal Abdul Karim


KUANTAN 28 Jun - Pusat gimnasium Kolej Antarabangsa IKIP (IKIP) yang ditubuhkan baru-baru ini mampu menjadi pusat latihan fizikal kepada golongan atlet dan yang mementingkan gaya hidup sihat.

Gimnasium yang diuruskan oleh IKIP Training Sdn. Bhd. itu bertujuan menggalakkan pelajar dan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah IKIP, Datuk Ahmad Munawar Abd. Jalil berkata, penglibatan belia dalam aktiviti kecergasan mampu membendung masalah gejala sosial yang merugikan negara.

Selain itu, kata beliau, pusat gimnasium itu turut dijadikan bengkel latihan kepada kursus-kursus berasaskan latihan sukan dan kesihatan untuk persatuan serta persendirian.

"Dengan peruntukan tahunan yang disalurkan Yayasan Pahang, kita dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri (MSN) Pahang akan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi membantu persatuan dan badan-badan sukan meningkatkan kemahiran serta pengetahuan.

"Di pusat gimnasium ini juga, program dan latihan yang lebih efisien bersesuaian dengan masyarakat setempat contohnya ceramah pemakanan, kesihatan, senamrobik dan ujian kesihatan turut boleh diadakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelancaran IKIP Gym dengan temanya Gym for Life, Health is Wealth di Kampus Utama Kolej Antarabangsa IKIP, Kubang Buaya baru-baru ini.

Majlis pelancaran program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Datuk Wan Adnan Wan Mamat.

Hadir sama, Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Saariah Saad.

Terdahulu dalam ucapannya, Wan Adnan berkata, penubuhan IKIP Gym merupakan satu usaha IKIP membantu kerajaan membudayakan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat di sini.

Dengan kemudahan yang selesa dan mesra pengunjung, kata beliau, ia dapat menyemai minat masyarakat untuk menjaga kesihatan.

Orang ramai yang berminat ke IKIP Gym boleh datang pukul 7.30 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Shahmin, Nurul juara merentas desa

Posted:

Shahmin, Nurul juara merentas desa

Shahmin, Nurul juara merentas desa


Mohamad Shahmin Saharuddin (empat dari kanan) dan Nurul Afiqah Adawiyah Mat Rozai (tiga dari kiri) bersama para pemenang kategori lain pada Kejohanan Merentas Desa di UiTM Pahang, Bandar Jengka, baru-baru ini.


KUALA KRAU 28 Jun – Penuntut jurusan Diploma Agroteknologi, Mohamad Shahmin Saharuddin, 18, dan penuntut Diploma Sains Sukan dan Rekreasi, Nurul Atiqah Adawiyah Mat Rozai, 20, muncul juara dalam kategori masing-masing pada kejohanan merentas desa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang, Bandar Jengka dekat sini baru-baru ini.

Mohamad Shahmin menjuarai larian bagi kategori mahasiswa manakala Nurul Atiqah Adawiyah muncul juara bagi kategori mahasiswi.

Kejohanan merentas desa itu diadakan sempena Festival Siswa di universiti tersebut yang turut disertai seramai 200 penuntut.

Kejohanan tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kategori mahasiswa seramai 150 peserta dengan jarak larian sejauh 8.7 kilometer dan mahasiswi (50 peserta) pada jarak 7.4 kilometer.

Pengerusi penganjur, Nurul Nadira Shamsuliani berkata, acara merentas desa itu diadakan untuk mengisi kalendar program festival berkenaan yang berlangsung pada 24 hingga 26 Jun lalu.

"Acara itu juga diadakan bertujuan membudayakan amalan bersukan dan hidup sihat di kalangan warga kampus UiTM selain mencari jaguh pelari jarak jauh.

"Pada masa sama, ia dapat memberi peluang kepada penuntut yang tidak berminat dan berkemahiran dalam sukan lain untuk beriadah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kejohanan tersebut dianjurkan oleh Unit Sukan UiTM dengan kerjasama Majlis Sukan Pelajar.

"Kami akan menganjurkan banyak lagi aktiviti kesukanan terutama penglibatan penuntut baharu bagi mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan warga kampus," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen