Rabu, 29 Jun 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Latar jana ekonomi K. Selangor

Posted:

Latar jana ekonomi K. Selangor

Latar jana ekonomi K. Selangor

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


LATAR yang tidak mengenakan bayaran tol selma dua bulan sehingga 31 Ogos depan, dijangka membantu menjana ekonomi di kawasan pantai barat Selangor.


SELAYANG 29 Jun - Pembukaan Lebuh raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) baru-baru ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan lebih pesat di koridor antara ibu negara dan Kuala Selangor sehingga ke Sabak Bernam.

Lebuh raya itu juga dijangka menjadi pintu masuk ke beberapa lokasi pelancongan menarik di kawasan pantai barat Selangor yang kini kurang menjadi pilihan orang ramai kerana 'sukar' untuk dikunjungi.

Ketua Pegawai Eksekutif Latar, Amran Amir berkata, lebuh raya sepanjang 33 kilometer yang dimulakan pembinaannya pada Oktober 2008 dengan kos sebanyak RM958 juta itu akan melalui beberapa kawasan yang sedang membangun.

Antara kawasan yang pasti mendapat manfaat, katanya, adalah seperti Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Bestari Jaya, Kota Puteri, Puncak Alam, Bukit Jelutong dan Sungai Buloh.

Menurutnya, dengan adanya Latar, pembangunan di situ akan bertambah rancak kerana kesemua kawasan itu kini mempunyai akses lebih mudah, selesa dan cepat ke ibu negara serta bandar utama lain seperti Petaling Jaya dan Shah Alam.

"Penduduk di sekitarnya adalah yang paling banyak menerima manfaat terutama di empat persimpangan utama iaitu di Ijok, Puncak Alam, Kuang dan Taman Templer yang sebelum ini mengambil masa yang panjang untuk tiba," katanya di sini, baru-baru ini.

Amran berkata, lebuh raya yang mempunyai tiga buah plaza tol dan dua hentian rehat dan rawat itu menawarkan perjalanan yang lebih pantas dan selamat kepada pengguna dengan mengambil masa hanya 18 minit dari hujung ke hujung.

"Sebelum ini, perjalanan menggunakan jalan utama Sungai Buloh-Kuala Selangor akan mengambil masa lebih daripada 60 minit pada hari yang lancar.

"Lebuh raya ini juga akan memberi akses kepada Guthrie Expressway, Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) dan akan datang, Lebuh raya Pantai Barat, sekali gus menjadi penjana kepada pertumbuhan koridor Pantai Barat Selangor," ujarnya.

Dari segi pelancongan, beliau berkata, pihaknya memasang papan tanda khas bagi memastikan pelancong serta pelawat tidak akan terlepas destinasi yang hendak dituju.

Katanya, antara lokasi menarik yang terdapat berhampiran Latar termasuk habitat kelip-kelip, ladang buah-buahan, sawah padi, destinasi memancing, Taman Rimba Komanwel dan beberapa padang golf.

Jelasnya, Latar merupakan sebahagian daripada perancangan untuk mewujudkan Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) bagi menyuraikan kesesakan lalu lintas sepanjang Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (JLT2) tanpa melalui pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Beliau berkata, lebuh raya yang dilengkapi dengan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) dengan pusat kawalan trafik 24 jam itu mempunyai 17 kemudahan kamera litar tertutup (CCTV).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kaji semula KLORR

Posted:

Kaji semula KLORR

Kaji semula KLORR

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Jun - Syarikat konsesi projek Lebuh raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR), Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) akan mengadakan perbincangan semula sebelum memutuskan sama ada projek tersebut bagi laluan Hulu Langat akan diteruskan atau sebaliknya.

Penasihat UMNO Bahagian Hulu Langat, Abdul Jalil Mohd. Nazir berkata, wakil syarikat terbabit telah turun ke lokasi laluan terbabit semalam untuk meninjau lokasi yang bakal terlibat dengan projek berkenaan.

Ujarnya, pihak pemegang konsesi itu juga akan mencari cadangan laluan alternatif supaya dapat mengelak daripada mengambil tanah yang melibatkan 80 peratus milik penduduk Melayu di kawasan Hulu Langat.

"Pada minggu lalu, penduduk membantah sekeras-kerasnya tindakan untuk mengambil tanah di kawasan mereka kerana ia dilihat tidak membawa banyak kebaikan kepada penduduk, sebaliknya akan lebih menyusahkan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Khamis lepas, syarikat konsesi terbabit mengadakan taklimat mengenai projek itu dan ternyata ia mendapat bantahan daripada penduduk Hulu Langat kerana ia akan melibatkan pengambilan tanah orang Melayu.

Pada majlis tersebut, satu memorandum bantahan turut diserahkan kepada pihak syarikat AZRB oleh Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Aziz yang mewakili penduduk.

Tambah Jalil, jika projek itu diteruskan dengan cara mengambil tanah orang kampung, ia bakal melenyapkan banyak hak milik penduduk tempatan dan menyusahkan mereka.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimaklum mengenai bantahan penduduk itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MPPPP Titiwangsa akan ditubuh

Posted:

MPPPP Titiwangsa akan ditubuh

MPPPP Titiwangsa akan ditubuh


Johari Abdul Ghani (tengah) tertarik melihat hasil gubahan hantaran ketika melawat gerai pameran pada Program Komuniti Harmoni 1Malaysia di Pangsapuri Anggerik Desa Pandan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 29 Jun - Majlis Permuafakatan Persatuan Penduduk Parlimen (MPPPP) Titiwangsa akan diwujudkan tidak lama lagi dalam usaha untuk menyatukan persatuan-persatuan penduduk di kawasan Parlimen itu supaya menjadi lebih aktif.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, majlis yang dijangka ditubuhkan sebelum bulan Ramadan ini dapat menjadikan persatuan penduduk yang hambar menjadi aktif hasil dorongan daripada persatuan yang lain.

Beliau yang merangkap Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Titiwangsa berkata, terdapat 21 persatuan penduduk di kawasan itu, namun hanya 12 daripadanya sahaja didapati bergerak aktif.

"Persatuan penduduk jadi begini kerana tidak mempunyai ahli jawatankuasa yang aktif. Jika ia hanya mempunyai pengerusi sahaja, segala aktiviti tidak dapat dijalankan.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan saya akan bersama-sama membawa jawatankuasa persatuan penduduk yang aktif ini berjumpa dan memberi dorongan kepada jawatankuasa tersebut supaya lebih aktif dalam persatuan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Komuniti Harmoni 1Malaysia anjuran Persatuan Permuafakatan Penduduk Pangsapuri Anggerik Desa Pandan, Kampung Pandan di sini, baru-baru ini.

Johari berkata, kebanyakan persatuan penduduk yang kurang aktif itu terdiri daripada persatuan di kawasan kampung seperti di Kampung Baru.

Menurutnya, perkara itu berlaku kerana penduduk di kawasan itu lebih aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berbanding persatuan penduduk.

"Persatuan penduduk di kawasan bandar amat penting kerana ia boleh menjaga kebajikan penduduk di kawasan itu di samping membina hubungan yang erat.

"Biasanya persatuan penduduk di kawasan berkelompok di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) mempunyai persatuan yang aktif dengan pelbagai aktiviti," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan