Sabtu, 25 Jun 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Sindiket seleweng gas LPG subsidi tumpas

Posted:

Sindiket seleweng gas LPG subsidi tumpas

Sindiket seleweng gas LPG subsidi tumpas


Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyerbu kegiatan penyelewengan gas memasak subsidi di Hulu Langat, semalam.


HULU LANGAT 25 Jun - Serbuan pasukan penguat kuasa di sebuah kawasan kuari di Kajang Pertama hari ini berjaya membongkar kegiatan penyelewengan gas memasak subsidi yang dijual pada harga industri.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi, sejumlah 1,100 tong gas LPG muatan 12 dan 50 kilogram dianggarkan bernilai RM230,000 dirampas.

Serbuan dilakukan sepasukan 10 anggota dan pegawai Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hasil maklumat dan intipan yang dibuat selama 18 hari.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Iskandar Halim Sulaiman berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan tiga pekerja warga Myanmar yang sedang menjalankan kerja-kerja pemindahan gas tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan, kaedah pemindahan gas yang digunakan sindiket adalah secara manual tanpa bantuan teknologi moden.

"Proses pemindahan gas itu hanya menggunakan kiub ais, air panas dan paip khas yang mengambil masa 25 minit untuk memindahkan muatan satu tong gas 12 kilogram ke tong gas industri muatan 50 kilogram.

"Dianggarkan setiap hari, mereka boleh memindahkan sebanyak 300 tong gas LPG 12 kilogram pada harga RM1.80 sekilogram dan dijual pada harga RM3.50 sekilogram untuk tong LPG muatan 50 kilogram.

"Ini bermakna, sindiket itu mampu mengaut keuntungan sebanyak RM1.70 bagi setiap kilogram gas subsidi itu dijual pada harga industri," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan itu.

Menurutnya, mereka menjalankan proses pemindahan pada waktu pagi manakala proses pengedaran gas dilakukan pada waktu petang," jelasnya.

Iskandar memberitahu, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pengusaha dan pemilik tanah berkenaan yang dipercayai melakukan penyelewengan barangan subsidi itu sejak tiga bulan lalu.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sebanyak RM100,000 dan tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis akan panggil penganjur

Posted:

Polis akan panggil penganjur

Polis akan panggil penganjur

IPOH 25 Jun – Polis akan bertindak memanggil semua pihak yang merancang untuk menganjurkan perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai ini, setelah menerima lebih daripada 1,000 laporan yang membantah perhimpunan tersebut sehingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, sehingga semalam, polis telah menerima sejumlah 1,248 laporan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan pertubuhan yang membantah perhimpunan tanpa permit itu.

Berikutan itu, kata beliau, pihaknya akan memanggil penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pergerakan Pemuda UMNO untuk hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada minggu depan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertemakan Warga Kreatif Pasukan Berinovatif di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengingatkan orang ramai supaya tidak melibatkan diri dalam perhimpunan haram anjuran kumpulan pengacau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu nanti.

"Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, keamanan negara tidak seharusnya dibiarkan tergugat dengan terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram seumpama itu.

"Perhimpunan ini boleh mengundang ketegangan dan ketenteraman awam. Justeru, kita harap semua pihak faham dan tidak turut serta dalam perhimpunan haram ini.

''Saya memantau perkara ini, lagi pun sudah banyak laporan yang tidak menyokong penganjuran perhimpunan Bersih ini diterima," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Pembangunan Wanita dan Bengkel Pencegahan Jenayah di Bandar, di Kuala Lumpur hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen