Selasa, 28 Jun 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Sedari helah pembangkang

Posted:

Sedari helah pembangkang

Sedari helah pembangkang

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


MOHAMAD Hasan bersalaman dengan penduduk sambil menyampaikan buah tangan ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Taman Seremban Jaya, kelmarin.


RASAH 27 Jun - Rakyat diingatkan agar tidak terpedaya dengan helah pembangkang yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selaku penganjur perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau yakin bahawa rakyat memahami penganjuran perhimpunan haram itu sebenarnya bermotifkan politik.

Sedangkan, katanya, jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dalam menjalankan tugasnya, tidak mungkin beberapa negeri yang sebelum ini dikuasai Barisan Nasional (BN) rebah ke tangan pembangkang.

''Pada tahun 2008, sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, mereka melakukan perhimpunan mendesak SPR berlaku adil dan telus. Selepas PRU-12, negeri Barisan Nasional (BN) seperti Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor dimenangi pembangkang.

''Bukan sahaja negeri itu, malah Negeri Sembilan juga menerima kesan apabila kehilangan 15 kerusi kepada pembangkang. Adakah kekalahan ini menggambarkan SPR tidak adil," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Taman Seremban Jaya, di sini semalam.

Tambahnya, pada masa yang sama, kerajaan tidak pernah menuding jari dan menuduh sesiapa atas kehilangan lima negeri itu sebaliknya menerima dengan hati terbuka.

Jelasnya, perhimpunan haram Bersih itu tidak lain adalah untuk menarik perhatian rakyat berikutan suasana pilihan raya umum yang dijangka dalam waktu terdekat.

''Oleh sebab itu kita mahu supaya rakyat buka mata dan lihat perkara yang sebenar bahawa perhimpunan ini tidak mendatangkan apa-apa faedah sebaliknya hanya mengundang keresahan di kalangan masyarakat.

''Perkara ini dilakukan oleh pembangkang tidak lain adalah kerana untuk meraih sokongan rakyat yang kini masih berpihak dan berpegang teguh kepada BN dan kepimpinan sedia ada," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM2.1 juta bantu asnaf mualaf tahun ini

Posted:

RM2.1 juta bantu asnaf mualaf tahun ini

RM2.1 juta bantu asnaf mualaf tahun ini


MOHD. Ali Rustam diiringi isteri, Asmah Abdul Rahman menepung tawar para pengantin pada majlis perasmian persandingan beramai-ramai 15 pasangan pengantin saudara baru di Taman Rempah, Melaka, malam semalam. - utusan/GAIE UCHEL


MELAKA 27 Jun - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan RM2.1 juta bagi pelbagai mengadakan pelbagai program pembangunan dan kebajikan asnaf mualaf pada tahun ini berbanding RM1.7 juta tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, penambahan peruntukan sebanyak RM400,000 itu bagi memperkasakan lagi pengisian program-program yang dianjurkan.

Menurut beliau, ia termasuk mengadakan kelas fardu ain pada setiap minggu, kursus intensif, tilawah al-Quran, lawatan sambil belajar, hari keluarga dan majlis persandingan beramai-ramai.

"Sebagai seorang yang bergelar Muslim, kita bertanggungjawab bagi mengendalikan urusan saudara Muslim yang lain, apatah lagi mereka baru memeluk Islam yang tentunya memerlukan bantuan, bimbingan serta sokongan daripada semua pihak," katanya.

Beliau berucap pada majlis perasmian persandingan beramai-ramai 15 pasang pengantin saudara Muslim negeri Melaka 2011 di Taman Rempah di sini malam tadi.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Omar Kaseh dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md. Amin.

Mohd . Ali yang juga Pengerusi MAIM berkata, ikatan perkahwinan yang terjalin antara seorang Muslim dengan saudara Islam baru adalah bertujuan menjaga, membimbing dan mendidik saudara baru itu untuk lebih mendalami ajaran Islam dalam satu bentuk ikatan yang kuat.

"Perkahwinan ini bukanlah satu peluang untuk berkahwin campur semata-mata, bahkan ia merupakan salah satu uslub atau manhaj yang kita ambil untuk tujuan dakwah dan mengikat manusia dengan ajaran Islam," katanya.

Mengenai majlis persandingan itu, beliau berkata, ia merupakan program tahunan yang telah dianjurkan sejak 2005 dan mendapat kerjasama daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut beliau, antara NGO yang turut menjayakan program tersebut ialah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Persatuan Cina Muslim (Macma), Persatuan Tiong Hua Muslim Melaka (Pertim) dan Badan Kebajikan Persaudaraan Muslim (Bakpis).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Projek infrastruktur naik taraf Kampung Orang Asli Jeram Kedah

Posted:

Projek infrastruktur naik taraf Kampung Orang Asli Jeram Kedah

Projek infrastruktur naik taraf Kampung Orang Asli Jeram Kedah

SEREMBAN 27 Jun - Beberapa projek infrastruktur di perkampungan Orang Asli Jeram Kedah, Ulu Berang dekat sini akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat di pedalaman.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, antara projek yang diluluskan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) itu termasuk menaik taraf jalan kampung melibatkan kos sebanyak RM500,000.

Jelasnya, urusan pelantikan kontraktor telah diselesaikan dan dijangkakan ia dapat dimulakan pada awal bulan depan.

''Kita juga telah meluluskan projek mendalamkan sungai yang mana penduduk di kawasan ini seringkali menghadapi masalah banjir hingga menyebabkan sebahagian jalan bersebelahan runtuh.

''Pada masa ini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengeluarkan tawaran sebut harga bagi tujuan itu," katanya ketika ditemui pada Program Jelajah Sihat Orang Asli di Perkampungan Orang Asli Jeram Kedah, Ulu Beranang dekat sini, semalam.

Pada masa sama, Hasan memberitahu, projek kemudahan bekalan air juga telah siap dilaksanakan melibatkan 79 buah rumah dengan kos bernilai RM 2.3 juta.

Katanya, projek berkenaan merupakan salah satu inisiatif berterusan kerajaan dan kementerian dalam memastikan masyarakat Orang Asli turut menerima kemudahan asas seperti penduduk di bandar.

''Pada masa yang sama, usaha ini membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan Orang Asli sebaliknya mereka terus dibela dan diberi kemudahan yang setaraf seperti di bandar.

''Jadi kita berharap bahawa kemudahan yang diberikan ini dapat dinikmati oleh mereka sekali gus meningkatkan lagi kualiti hidup masyarakat ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan