Khamis, 30 Jun 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


PDRM umum penstrukturan semula dengan pertukaran, kenaikan pangkat 12 pegawai kanan

Posted:

PDRM umum penstrukturan semula dengan pertukaran, kenaikan pangkat 12 pegawai kanan

PDRM umum penstrukturan semula dengan pertukaran, kenaikan pangkat 12 pegawai kanan

KUALA LUMPUR 29 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan penstrukturan semula dalam pasukannya dengan membabitkan pertukaran dan kenaikan pangkat 12 pegawai kanan termasuk jawatan tiga Ketua Polis negeri berkuat kuasa serta-merta.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan di sini hari ini memberitahu, antara pegawai kanan yang terlibat dalam penstrukturan baru itu ialah Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh yang ditukarkan ke jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur menggantikan Datuk Zulkifli Abdullah yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Logistik baru-baru ini.

Ramli berkata, kekosongan jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak diisi pula oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene yang merupakan anak jati Sarawak.

"Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd. Rahim Hanafi pula ditukarkan ke Bukit Aman bagi menggantikan Mortadza dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).

"Selain Abd. Rahim, seorang lagi pegawai kanan yang dinaikkan pangkat DCP ialah Ketua Polis Perlis, Datuk Tajudin Md. Isa yang ditukarkan ke jawatan baru sebagai Timbalan Pengarah 1, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman," ujarnya.

Ramli berkata, polis kontinjen Sarawak turut menyaksikan pertukaran jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayahnya apabila Senior Asisten Komisioner (SAC), Huzir Mohamed yang diberi jawatan baru sebagai Ketua Penolong Pengarah Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Bukit Aman.

Dalam pada itu, katanya, empat pegawai kanan berpangkat Asisten Komisioner (ACP) dinaikkan pangkat SAC dengan jawatan baru iaitu Timbalan Komander Unit Udara Polis (UUP) Operasi, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Bukit Aman, ACP Kamarulzaman Md. Jan menjadi Komander UUP, KDN/KA Bukit Aman.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Risikan/Operasi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Zulkifli Hassan ditukar ke Sarawak menggantikan Huzir.

Timbalan Pengurusan IPK Kedah, ACP Hasanuddin Hassan pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, manakala Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Haron menggantikan Tajuddin.

Sementara itu, Penolong Pengarah (D9) Siasatan Khas, JSJ Bukit Aman, Nor Azizan Anan dilantik sebagai Ketua Bahagian Kepolisan Am, Makmal Forensik PDRM (D10), JSJ Bukit Aman menggantikan ACP Fadzil Ahmat yang ditukarkan ke jawatan Timbalan Ketua JSJ Risikan/Operasi IPK Perak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

500,000 pekerja Bangladesh akan didaftar

Posted:

500,000 pekerja Bangladesh akan didaftar

500,000 pekerja Bangladesh akan didaftar


HISHAMMUDDIN Tun Hussein bersalaman dengan Atiqur Rehman pada sidang akhbar di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA 29 Jun - Kuala Lumpur dan Dhaka mencapai kata sepakat untuk mendaftarkan lebih 500,000 pekerja Bangladesh yang berada di negara ini secara sah dan tidak sah melalui program penyelesaian menyeluruh pendatang asing tanpa izin (PATI) atau Program 6P.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selain dapat menyelesaikan masalah PATI di negara ini melalui program pemutihan, kedua-dua negara secara serentak dapat menangani aktiviti haram penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang.

"Kerjasama antara kedua-dua negara ini penting untuk berkongsi rasa tanggungjawab dalam menguruskan migrasi secara berkesan kerana Bangladesh merupakan antara negara yang membekalkan sumber tenaga kerja asing ke Malaysia.

"Para pemimpin di peringkat tertinggi telah bekerja keras mewujudkan satu mekanisme untuk mengatasi isu-isu antarabangsa secara khusus terutama dalam menangani isu pekerja asing," katanya pada sidang akhbar bersama Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Atiqur Rehman di sini, hari ini.

Program 6P bertujuan mengumpul data mengenai PATI di negara ini seperti lokasi mereka bekerja, dengan siapa dan berapa gaji yang diterima serta beberapa maklumat lain yang diharap dapat membantu ke arah mengatasi isu sosial dan jenayah yang sering dikaitkan dengan kumpulan itu.

Hishammuddin berkata, selepas eksesais dijalankan, kerajaan akan dapat memperkemaskan rekod berkenaan pekerja-pekerja asing dalam negara sekali gus mengurangkan jumlah pekerja asing di negara ini.

Katanya, Program 6P yang meliputi aspek pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran itu bakal menyaksikan golongan itu direkodkan dengan kaedah biometrik.

"Objektif utama kita ialah menghenti dan memastikan bahawa manusia tidak dieksplotasikan sama ada oleh sindiket pengedaran manusia atau pihak ketiga kerana kami merasakan bahawa atas dasar kemanusiaan sahaja kita dapat menentang berlakunya perkara ini," katanya.

Justeru, ujar beliau, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam akan menyelaraskan program 6P dengan dibantu pegawai-pegawai Imigresen.

Selain itu, pasukan polis dan agensi-agensi perisikan dari kedua-dua negara juga telah diminta bekerjasama dan bertukar-tukar maklumat untuk memantau pergerakan sindiket antarabangsa.

Sementara itu, Atiqur berkata, asas utama yang mendorong negaranya bekerjasama dengan Malaysia kerana mahu membantu rakyatnya yang datang ke sini mengekalkan disiplin dan masuk menggunakan dokumen secara sah agar tidak dieksploitasi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jutaan ringgit keluar ke Indonesia

Posted:

Jutaan ringgit keluar ke Indonesia

Jutaan ringgit keluar ke Indonesia

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Jun – Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan hari ini mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah 'raja' kepada segala aktiviti pengubahan dan pengaliran wang haram di negara ini.

Ia bersandarkan dakwaan bahawa Anwar melalui 'orang tengah' telah membawa keluar ratusan juta ringgit dalam not RM500 dan RM1,000 untuk disimpan di Indonesia dengan menggunakan jet peribadi milik syarikat judi.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu, Gobalakrishnan berkata, semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu, sebanyak RM13.2 bilion wang dalam not RM500 dan RM1,000 telah dicetak.

Sehubungan itu, beliau menuntut Kementerian Kewangan menyiasat secara terperinci penglibatan Anwar dalam aktiviti tersebut dan berjanji akan membantu siasatan pihak berkuasa jika beliau diberi imuniti (kekebalan).

"Anwar 'raja' segala aktiviti penggubahan dan pengaliran wang haram di negara ini. Berbeg-beg wang dalam not RM500 dan RM1,000 diterbangkan ke Indonesia," katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan Anwar terbabit dalam aktiviti pengaliran wang haram berjumlah RM888 bilion seperti yang dilaporkan oleh Integriti Kewangan Global (GFI).

Ini kerana, kata Gobalakrishan, Anwar adalah pengamal nepotisme dan kronisme tegar dan beliau percaya, duit tersebut jugalah diguna sewaktu ketua pembangkang itu 'mengguling' Allahyarham Tun Ghafar Baba dahulu.

Selain itu, beliau juga mendakwa Anwar bersama Azmin Ali (PKR-Gombak) mengarahkan agar dana RM50 juta untuk Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelidikan Felda di Selangor, dialirkan secara haram kepada pemimpin pembangkang.

Tidak cukup dengan semua pendedahan itu, bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin serta seorang ahli perniagaan berbangsa Cina melaburkan jutaan ringgit dalam syarikat modal, tanpa diketahui dari mana datangnya wang berkenaan.

Sementara itu, bimbang lebih banyak rahsia dalaman mereka 'dilondehkan', Azan Ismail (PKR- Indera Mahkota) dan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) cuba menghentikan Gobalakrishnan daripada terus membuat pendedahan.

"Padang Serai ini dah makan tengah hari ke belum? Saya kagum dengan keberanian Padang Serai tetapi setuju atau tidak sebelum persidangan setiap ahli Parlimen perlu menjalani ujian air kencing untuk dipastikan dia mabuk atau tidak," kata Azan.

Kemudian Siti Mariah pula bangkit membantu: "Bila Padang Serai buat tuduhan, kenapa tak lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kalau berlaku salah guna, saya harap begitulah, tolong bawa kepada SPRM."

Namun, percubaan Azan dan Siti Mariah itu gagal menghentikan tindakan berani Gobalakrishnan apabila beliau secara bersahaja dan sinis berkata: "Saya sudah makan tengah hari dan sekarang sedang makan PKR."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan