Sabtu, 25 Jun 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

Kosmo Online - Rencana Utama


Menangis lihat penyu bertelur

Posted:

Menangis lihat penyu bertelur

Menangis lihat penyu bertelur

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my



KELIBAT wanita muda ini tidak lagi asing bagi penduduk Pulau Redang di Terengganu. Ketika remang senja mencipta pemandangan menakjubkan di kaki langit pulau pelancongan terkenal itu, Dr. Juanita Joseph sebaliknya leka mencari sarang penyu bertelur di tepi pantai sebelum mengorek pasir dan mengutip telurnya untuk dikaji.

Pada hari yang lain pula, beliau serius memberi penerangan mengenai penyu secara 360 darjah kepada beratus-ratus pelajar sekolah.

Juanita, 37, kini bagai tidak dapat dipisahkan lagi daripada sang penyu. Beliau mengetuai sebuah institusi penyelidikan penyu yang terkenal di Malaysia iaitu Unit Penyelidikan Penyu (Seatru), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Redang.

Semasa unit itu ditubuhkan pada tahun 1993, Juanita sedang mengikuti pengajian Ijazah Perikanan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Terlibat dengan penyelidikan penyu dan dunia marin belum ada dalam fikirannya ketika itu.


PENGALAMAN melihat penyu bertelur menjadi momen yang tidak dapat dilupakan Juanita.


Satu-satunya perkara berkaitan air yang diingati Juanita ialah peristiwa dia menyelam di dalam sungai di kampung halamannya di Penampang, Sabah.

"Dalam keluarga saya, bapa mewajibkan kami adik-beradik belajar berenang dan menyelam. Dia mahu kami menyesuaikan diri dengan kehidupan di darat dan di laut," kenang anak kepada bekas guru besar Joseph Chin Sang, 69, dan suri rumah, Agnes Majamin, 65, ini.

Pengalaman itulah, kata Juanita, yang mendekatkan dirinya dengan kehidupan sungai dan laut khususnya penyu.

Bagaimanapun, hanya pada tahun 1995 Juanita dapat melihat sendiri spesies itu dari dekat.

"Pada masa itu, saya menjalani latihan amali selama dua bulan di Pulau Taman Penyu yang terletak 40 kilometer dari utara bandar Sandakan.

Pantai

"Pada satu hari sekitar pukul 9 malam, buat pertama kali saya melihat seekor penyu agar bertelur. Perasaan ketika itu biasa sahaja sehinggalah saya nampak ada cecair keluar dari mata penyu tersebut.

"Dalam hati saya berkata, betulkah penyu itu menangis dan kenapa? Tiba-tiba saya teringat lirik lagu 'Penyu menangis siapa yang tahu' nyanyian Sudirman.

"Perasaan saya jadi sayu dan benarlah seperti kata orang tua-tua penyu memang menangis. Sejak itu, saya jatuh cinta dengan penyu dan ingin tahu lebih mendalam mengenainya," cerita beliau.


SUDAH 15 tahun Juanita terlibat dalam bidang penyelidikan penyu di negara ini.


Enggan impiannya hilang begitu sahaja, Juanita menyambung pengajian di peringkat Sarjana di UPM dengan memberi tumpuan kepada populasi penyu di Malaysia pada tahun 1998.

Tidak cukup dengan itu, beliau meluaskan kajiannya, kali ini di peringkat doktor falsafah (Ph.D) di Royal Holloway, Universiti London dalam bidang pemuliharaan genetik penyu di Asia Tenggara.

"Kesempatan melengkapkan ijazah Ph.D telah membuka lebih banyak peluang kepada saya menjelajah dan melawat pantai persarangan penyu di rantau ini. Malah, saya pernah tinggal di pulau terpencil seperti Pulau Con Dao di Vietnam.

"Bukan setakat kajian di daratan, saya juga merupakan penyelam skuba dan telah menjelajah hampir semua pantai di Malaysia dengan membuat kajian berkaitan hidupan dasar laut," tambah anak kelima daripada enam beradik ini.

Sekarang, sudah 15 tahun Juanita terlibat dalam bidang penyelidikan penyu.

"Kadangkala orang lebih suka bertanya tentang kesihatan penyu yang saya jaga berbanding kesihatan saya sendiri," katanya kepada Jurnal.

Pulau Redang pula ibarat rumah kedua Juanita. Bermula sebagai pembantu penyelidik di Seatru pada tahun 2000, Juanita dilantik sebagai Ketua Projek unit itu sejak Mei 2009.

"Saya menjejakkan kaki di Pulau Redang pada tahun 1993 ketika mengambil lesen skuba.

"Tak sangka pula selepas hampir 15 tahun, saya kembali lagi ke pulau ini.


JUANITA menerima anugerah Khidmat Komuniti Cemerlang 2011 daripada Universiti Malaysia Terengganu.


"Walaupun sibuk dengan tugasan sebagai pensyarah di kampus UMT di Kuala Terengganu, saya akan berkunjung ke Pulau Redang sebanyak tiga atau empat kali dalam sebulan," kata pensyarah di Institut Oseanografi UMT ini.

Tidak dinafikan, Seatru popular dalam kalangan sukarelawan pemuliharaan hidupan marin. Menurut Juanita, dalam setahun pihaknya menerima penyertaan kira-kira 300 sukarelawan.

"Dalam seminggu, kami hanya boleh mengambil lapan sukarelawan untuk membantu kami. Program sukarelawan itu dimulakan Seatru di Chagar Hutang.

"Pantai terpencil itu merupakan salah satu daripada tiga kawasan penyu bertelur di Pulau Redang dan isytiharkan sebagai santuari penyu pada tahun 2005.

Si Kudung

"Pada tahun-tahun awal operasi Seatru, kami terpaksa membeli telur penyu daripada pengutip telur berlesen pada harga RM120 sesarang.

"Namun, sumbangan daripada syarikat korporat dan rakyat Malaysia yang prihatin membolehkan kami membeli telur-telur itu dan menetaskannya menerusi kaedah inkubator," kata Juanita.

Tambah beliau, Seatru yang kini mempunyai lebih 4,000 ahli sukarelawan dari Malaysia, Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah berperanan untuk mengkaji semua aspek berkaitan biologi dan ekologi penyu termasuk ancaman kepada populasi spesies ini.

"Walaupun pantai Chagar Hutang hanya sepanjang 350 meter, kawasan ini adalah satu-satunya lokasi paling sesuai bagi penyu agar dan karah bertelur.

"Bila tiba sahaja waktu malam, kami akan bersiap sedia dan menanti kehadiran penyu yang datang bertelur. Dengan cara ini sahaja populasi penyu dapat diselamatkan daripada ancaman pengutip telur penyu haram," ujarnya.

Difahamkan, sejumlah RM500,000 diperuntukkan dari tahun 1993 hingga 2004 untuk membeli sarang berkenaan.

Sejak itu, sebanyak 5,261 sarang penyu agar dan 111 sarang penyu karah dilindungi menerusi program Seatru. Daripada jumlah itu, sebanyak 350,000 ekor penyu agar dan 7,000 ekor penyu karah menetas dan dilepaskan ke laut.

Menurut Juanita lagi, perasaan sedih dapat dirasainya setiap kali melihat peniaga memperdagangkan telur penyu terutamanya di Pasar Payang di Kuala Terengganu.

Namun, beliau mengakui situasi itu amat sukar untuk diatasi selagi wujudnya permintaan daripada pihak tertentu.

"Telur penyu hanya akan menetas dalam tempoh dua bulan. Jika diusik sebelum tempoh itu, kemungkinan ia akan rosak. Ini bermakna seekor penyu telah mati," katanya.

Berkongsi cerita, Juanita berkata beliau amat merindui seekor penyu bernama Si Kudung.

Jelas beliau, Si Kudung ditemuinya buat kali pertama pada tahun 1996 ketika penyu agar itu mendarat di Pulau Redang untuk bertelur.

"Keadaan Si Kudung yang berumur antara 30 hingga 50 tahun amat menyedihkan. Kaki sebelah kirinya telah terputus.

"Untuk menggali lubang, spesies ini perlu menggunakan keempat-empat kakinya dan Si Kudung tidak mampu melakukannya. Jadi kami terpaksa membantu Si Kudung menggali lubang," ujarnya lagi.

Istimewanya tentang Si Kudung ialah kesungguhannya untuk naik ke pantai dengan hanya berkaki tiga.

"Memang kasihan melihatnya. Kini kami sentiasa menanti bilakah Si Kudung akan datang ke sini lagi," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Misteri pohon beringin Jogja

Posted:

Misteri pohon beringin Jogja

Misteri pohon beringin Jogja


SESIAPA yang berjaya berjalan melepasi dua batang beringin ini, permohonan mereka dipercayai akan dimakbulkan.


BARU-BARU ini ketika berkunjung ke Jogjakarta, Indonesia, bersama seorang teman, pengayuh beca kami, Mas Adi bercerita serba sedikit tentang misteri beberapa lokasi suci di sekitar wilayah itu.

Antara yang disebutkan kepada kami ialah misteri beringin kembar yang terletak di Alun-Alun Selatan atau lebih dikenali dengan panggilan Alun-Alun Kidul yang terletak di dalam wilayah Keraton Ngayogyakarto.

Ia bukanlah binaan lama seperti kompleks istana sultan atau keraton, apatah lagi candi yang menjadi tempat pemujaan kuasa agung seperti Borobudur atau Prambanan, sebaliknya ia cuma dua batang pohon beringin merimbun yang usianya mencecah ratusan tahun.

Jika dilihat dari mata kasar, tiada apa yang menarik tentang pokok beringin kembar yang ditanam di kawasan istana sultan ini.

Namun, setelah melaluinya beberapa kali, tidak salah kalau penulis katakan ia adalah titik tumpu kepada kehidupan malam penduduk Jogjakarta.

Masangin

Tumbuh merimbun di sebuah kawasan lapang yang membentuk seakan-akan bulatan besar, ia dikelilingi oleh jalan raya yang sentiasa padat dengan manusia.

Menjelang pukul 5 petang, tanah datar Alun-Alun Kidul atau nama singkatannya Alkid, mula menjadi tumpuan ramai.

Gerai-gerai jualan makanan turut dipasang. Paling terkenal di sini ialah minuman ronde, ia seperti laicikang namun rasanya lebih pedas dan berangin, hasil ekstrak halia yang dijadikan ramuan utama.

Selain duduk bersila di atas hamparan tikar sambil menikmati hidangan malam dari gerai di seberang jalan, ramai juga yang berkunjung ke sini untuk bermain bersama anak-anak. Tidak ketinggalan, pasangan muda-mudi yang menjadikan dataran ini sebagai lokasi untuk bertemu janji.

Di satu sudut lain pula, ada yang mahu menimba pengalaman mengayuh basikal serta menaiki kereta kuda dan beca yang dihias indah dengan lampu warna-warni.

"Itu hanya aktiviti sampingan di sini. Ramai yang datang ke Alkid bukan sekadar untuk mengisi waktu malam, tetapi ramai yang datang ke sini untuk mencuba nasib," ujar Mas Adi.

Usai meladeni gastronomi ala Jawa, penulis mencuba acara yang dinamakan Masangin iaitu berjalan di antara dua beringin yang ada di tengah Alkid dengan mata tertutup dengan kain hitam.


KAIN penutup mata boleh disewa pada harga Rp3,000.


Jaraknya tidak terlalu lebar, kira-kira lima meter. Namun, tidak ramai yang boleh melepasi laluan angin tersebut. Bahkan, ramai yang akan melencong ke tempat lain atau melanggar konkrit yang memagari pokok berkenaan.

Menurut Mas Adi, mengikut kepercayaan orang tua-tua, jika ada orang yang mampu berjalan lurus melepasi laluan di antara dua pohon beringin itu, hajatnya akan tercapai.

"Namun, jika anda berhajat untuk melakukan acara ini, jangan sekali-kali mengintai keluar kerana ia boleh membawa anda akan masuk ke dunia lain.

"Anda akan merasakan Alkid begitu sepi malah sering ada yang mengadu mereka berjalan dalam satu kawasan yang kuat berangin, sedangkan persekitaran sebenar tidak begitu," jelasnya yang belum pernah bertemu dengan kejadian pelik di situ.

Penulis cuba mencari logik daripada kata-kata Mas Adi. Dalam hati terdetik, masakan boleh melencong sedangkan laluan itu lurus dan lebar?

Dengan sewaan kain penutup mata sebanyak Rp3,000 (RM1), penulis mula berjalan dari jarak 50 meter menuju ke laluan di antara pohon beringin itu.

Langkah diatur cermat, gerakan juga perlahan kerana mahu memastikan kaki lurus ke hadapan. Rakan pengembara bertindak menjadi pengawal lalu lintas demi memastikan tiada orang yang melanggar dan dilanggar.

Dengan mata yang ditutup rapat, penulis hanya mendengar sekali sahaja suara daripada rakan yang meminta diberi laluan. Selebihnya, penulis merasakan kawasan itu sunyi sepi.

Enggan memikirkan yang bukan-bukan, langkah diteruskan. Minda kuat mengatakan kaki mampu berjalan lurus.

Kira-kira 100 langkah kemudian, rakan menyuruh penulis membuka mata. Alangkah terkejutnya, kaki yang diatur lurus tadi melencong hingga menghimpit ke arah pokok beringin yang ada di sebelah kiri.


SUASANA di Alun-Alun Kidul yang terletak di wilayah Keraton Ngayogyakarto, Jogjakarta meriah pada waktu malam.


Mungkin betul kata Mas Adi, ramai yang merancang langkah dengan betul tetapi kaki tetap juga menuju ke arah lain.

Syarat puteri

Berborak sebentar dengan pemilik kain hitam, Albertus Harjo Suwito yang telah menjadikan Alun-Alun Kidul sebagai tempat mencari nafkah selama 30 tahun, dia berkata ritual melewati dua pohon beringin yang disebut sebagai Ngalah Berkah itu bukan perbuatan tahyul.

"Ia sekadar acara untuk melestarikan budaya dari zaman dahulu. Di samping itu, ia juga merupakan ritual biasa untuk memohon sesuatu kepada Tuhan. Sama ada dimakbulkan atau tidak, ia ketentuan Yang Maha Kuasa," katanya.

Bertanya lanjut mengenai kisah di sebalik acara Masangin ini, Albertus membuka cerita.

"Pada zaman dahulu, ketika Sultan Hamengkubuwono pertama memerintah, puterinya mahu dirisik oleh seorang pemuda namun empunya diri tidak menyukainya.

"Lalu tuan puteri meletakkan syarat kepada baginda sultan jika ingin mencarikan jodoh untuknya.

"Jika ada lelaki yang ingin menikahi tuan puteri, dia harus berjalan dengan mata tertutup dari balai penghadapan melalui pohon beringin kembar di tengah-tengah Alun-Alun dan tamat di balai penghadapan yang terletak di bahagian selatan.

"Apabila pemuda itu gagal melalui pohon beringin berkenaan, mereka menganggapnya berhati busuk.

"Selepas detik itu, sultan menitahkan kepada sekalian rakyat bahawa hanya pemuda yang hatinya bersih dan tulus mampu melalui laluan tersebut dan diberi peluang untuk menikahi puterinya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rosnani doktor Zhulian

Posted:

Rosnani doktor Zhulian

Rosnani doktor Zhulian

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my



MELIHAT wajahnya yang putih bersih tanpa sebarang kedutan dan solekan tebal, pasti ramai yang tidak menyangka wanita ini sudah berusia 47 tahun.

Bukan hanya wajah yang putih bersih, susuk tubuhnya yang tinggi lampai turut menyerlahkan lagi personaliti Dr. Rosnani Sabtu.

Pemilik Pusat Rawatan An-Nur di Gangsa Melaka ini mungkin sudah mencapai segala yang diimpikannya. Beliau mempunyai kerjaya yang bagus sebagai doktor perubatan, keluarga yang bahagia bahkan mampu memandu kereta mewah sendiri.

Namun, semua itu tidak datang bergolek. Baginya, kebahagiaan dan kekayaan perlu dicari dan digali.

Lantaran itulah, semasa masih menjadi pegawai perubatan di Hospital Melaka lagi beliau menceburkan diri dalam perniagaan pemasaran berbilang peringkat (MLM) Zhulian Marketing Sdn. Bhd.

Menerusi Zhulian, Rosnani menjual produk kecantikan, barang kemas bahkan produk penjagaan rumah. Ia sangat berbeza daripada kerjaya seorang doktor yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

Menurut Rosnani, walaupun beliau boleh merawat berpuluh orang pesakit dalam satu hari tetapi untuk mencari seorang pelanggan Zhulian dalam tempoh 24 jam pada awal perniagaannya dahulu bukanlah perkara mudah.

Positif

"Bukan senang untuk meyakinkan seseorang supaya menyertai perniagaan ini. Silap-silap kita pula akan dilabel penipu," kata pemilik agensi Zhulian di Batu Berendam, Melaka ini.

Ditambah pula ketika itu tiada kemudahan telefon bimbit dan Internet.

"Jadi saya akan pergi ke rumah kenalan dan kawan-kawan untuk memberi penerangan.

"Saya masih ingat semasa memulakan perniagaan ini pada tahun 1993, suami kepada salah seorang wanita yang saya jumpa itu menentang habis-habisan perniagaan Zhulian ini.

"Mujurlah peristiwa itu tidak pernah mematahkan semangat saya. Saya sentiasa berfikiran positif," katanya lagi.

Menurut anak kelahiran Parit Jawa, Muar, Johor ini, sejak dahulu lagi beliau berpegang pada satu prinsip iaitu berfikiran positif dalam apa jua keadaan sama ada susah mahupun senang.


WANITA ini bukan sahaja berjaya dari segi perniagaan malah dalam masa yang sama menyandang status doktor dan Pengarah Urusan, Pusat Rawatan An-Nur di Melaka.


Dengan kerjaya sebagai pegawai perubatan pada masa itu mungkin ramai yang bertanya adakah wanita ini tidak cukup wang sehingga terpaksa melakukan dua kerja dengan berniaga Zhulian?

Kata Rosnani, beliau melakukan dua kerja bukan disebabkan tidak cukup wang tetapi lebih kepada untuk menimba ilmu dan memajukan diri sendiri.

"Saya begitu seronok apabila melihat individu berjaya dan mempunyai pendapatan yang baik atas usaha mereka sendiri. Jadi saya fikir saya juga mampu melakukannya" tambah beliau.

Ujar Rosnani lagi, pada waktu itu, beliau menanamkan sifat yakin dan mampu menjadi seorang usahawan dan dalam masa yang sama menjadi doktor yang dapat menabur khidmat bakti kepada masyarakat.

Ternyata usaha selama 18 tahun itu tidak sia-sia. Rosnani kini boleh dikatakan selesa dengan pendapatan yang diraihnya.

Bagaimanapun bagi anak keenam daripada tujuh beradik ini, walaupun sudah mengecapi kejayaan, beliau tidak sekali-kali alpa dengan kesenangan yang dimilikinya.

"Sebab itu saya perlu bekerja lebih keras, dan saya tidak akan sesekali mengaku kalah dengan apa jua kerja yang dilakukan," katanya yang menganggap dirinya sebagai seorang yang gila bekerja.

Rosnani bagaimanapun berkata, kesibukan sebagai doktor dan ahli perniagaan bukan alasan untuk beliau mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada Siti Amalina, 23, Mohd Afiq, 21, dan Muhamad Aiman, 18, dan isteri kepada Mohamad Hashim Mohd. Shah.

Ujarnya, beliau akan sedaya upaya meluangkan masa dengan keluarga setiap hari.

"Oleh itu, saya jadikan tempat kerja sebagai rumah kedua untuk kami berjumpa. Sebagai contoh, di kedai Zhulian ini, anak kedua saya akan berada di kedai manakala anak sulung saya bekerja di klinik.

"Dengan itu kami boleh berjumpa dengan lebih kerap," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen