Sabtu, 25 Jun 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Tapak pelupusan dinaik taraf

Posted:

Tapak pelupusan dinaik taraf

Tapak pelupusan dinaik taraf

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

RAUB 25 Jun - Penduduk daerah ini tidak lagi menghadapi masalah untuk melupuskan sampah apabila kerajaan memperuntukkan RM3.4 juta bagi menaik taraf tapak pelupusan sampah di Cheroh dekat sini, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, kerajaan mengambil keputusan untuk mengekalkan kawasan pelupusan sampah itu dengan menaik taraf kemudahan sedia ada supaya lebih sistematik.

Menurutnya, antara kemudahan yang disediakan adalah bangunan konkrit bagi proses pengasingan kitar semula sisa pepejal yang mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan sebelum boleh beroperasi.

"Proses kitar semula itu akan mengasingkan sisa pepejal yang boleh digunakan semula untuk dijual dan bagi sisa yang perlu dilupuskan akan ditanam di tapak pelupusan sampah tersebut.

"Bagi proses menaik taraf tapak pelupusan sampah, Jabatan Sisa Pepejal Negara (JSPN) melantik dua kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan, bangunan dan pengasingan sampah," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Shahiruddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Raub memberitahu, pusat pelupusan sampah yang bersistematik dijangka dapat menampung pembuangan sampah sehingga 2016.

Beliau turut mengingatkan penduduk daerah ini supaya tidak terlalu mengharapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membersih kawasan taman atau perumahan mereka.

Katanya, walaupun mereka membayar pelbagai cukai kepada PBT, tetapi tanggungjawab menjaga kebersihan terutama bagi mengelakkan longkang tersumbat atau timbunan sampah adalah tanggungjawab bersama.

"Amalan gaya hidup sihat dan mementingkan kebersihan boleh menghindarkan wabak penyakit terutama pembiakan nyamuk aedes. Begitu juga dengan budaya bergotong-royong dan bermuafakat dapat meringankan beban dan pembersihan boleh dilakukan dengan pantas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Belia berpendidikan, negeri maju, stabil - Sultan

Posted:

Belia berpendidikan, negeri maju, stabil - Sultan

Belia berpendidikan, negeri maju, stabil - Sultan


Sultan Ahmad Shah melancarkan Portal Belia Pahang di Kuantan,baru-baru ini.


KUANTAN 25 Jun - Golongan belia perlu mempunyai asas pendidikan kukuh seiring dengan akhlak mulia dalam usaha melahirkan generasi berdaya saing dan berkaliber.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, kepimpinan negeri memerlukan pemimpin berilmu, memiliki daya strategik yang tinggi dan mampu menjadi tonggak yang dapat mengemudi pentadbiran pada masa hadapan.

Sehubungan itu, baginda menyeru kepimpinan belia negeri ini membangunkan potensi golongan muda secara menyeluruh dan seimbang supaya pendekatan tersebut dapat menjadikan Pahang negeri yang maju dan stabil.

''Saya berharap golongan belia dan remaja negeri ini mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan tinggi bagi mempertingkatkan kecemerlangan diri dan dimanfaatkan untuk keperluan masyarakat dan negara," titah baginda pada majlis Malam Menjunjung Kasih Belia Negeri Pahang, di sini, malam kelmarin.

Turut berangkat Sultanah Pahang, Sultanah Khalsom dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Presiden Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP), Norol Azali Sulaiman.

Pada majlis tersebut, Sultan Ahmad Shah berkenan melancarkan Portal Belia Pahang sebagai medium komunikasi dan sumber maklumat untuk belia dan masyarakat negeri ini.

Baginda turut berkenan mengurniakan sijil penghargaan kepada bekas pemimpin tertinggi MBNP.

Terdahulu dalam ucapannya, Norol Azali berkata, portal interaktif yang diusahakan MBNP itu menyediakan pelbagai maklumat berkaitan pertubuhan dan persatuan, aktiviti, forum serta peluang kerjaya dalam pelbagai bidang.

''Portal ini juga dapat menghubungkan belia dengan jabatan kerajaan dan secara tidak langsung sebagai laluan khas belia mendapatkan maklumat serta perkhidmatan lain yang disediakan agensi kerajaan menerusi Internet," jelasnya.

Menurut Norol Azali, orang ramai khususnya belia boleh mengunjungi portal tersebut di alamat www.beliapahang.org.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan sertai perhimpunan isu Lynas

Posted:

Jangan sertai perhimpunan isu Lynas

Jangan sertai perhimpunan isu Lynas

KUANTAN 25 Jun - Polis Pahang mengingatkan orang ramai supaya menjauhi perhimpunan haram berhubung bantahan isu Lynas yang dirancang akan diadakan di pekarangan Stadium Darul Makmur esok.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Zulkifli Taha menegaskan, penganjuran perhimpunan itu kini telah tersebar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Setakat ini, tiada sebarang permohonan permit untuk mengadakan perhimpunan atau perarakan oleh mana-mana pihak dibuat.

"Dengan penyebaran SMS berkenaan, kami menjangkakan lebih 300 orang akan menghadiri perhimpunan yang dipercayai dianjurkan oleh Persatuan Save Malaysia yang belum didaftarkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Projek pembinaan kilang Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) yang bakal beroperasi di Gebeng dekat sini dibantah penduduk tempatan kerana dikatakan mengeluarkan bahan radioaktif yang menjejaskan kesihatan.

Zulkifli memberitahu, pihaknya telah bersiap sedia untuk menghadapi perhimpunan itu bagi mengelak sebarang masalah yang akan timbul.

Katanya, dua laporan polis berhubung perhimpunan itu telah diterima dan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyertainya.

Kata Zulkifli, polis akan menguatkuasakan Seksyen 27(5) Akta Polis 1957 yang membolehkan polis menghentikan perhimpunan tanpa sebarang waran manakala Seksyen 27(6) akta sama yang memberi kuasa kepada polis menangkap mana-mana individu yang terlibat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan