Isnin, 27 Jun 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


PERKASA sedia batal perhimpunan

Posted: 27 Jun 2011 03:08 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bersedia membatalkan rancangannya mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini sekiranya penganjur perhimpunan haram turut melakukan perkara sama pada hari berkenaan.

Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, berkata PERKASA tidak akan menghalang anggotanya mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan jika perhimpunan haram itu tetap diadakan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada polis mengenai perhimpunan PERKASA di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, tengah hari tadi. Beliau tiba di IPD Dang Wangi pada 12 tengah hari bersama beberapa anggota PERKASA dan memberi keterangan kepada polis selama kira-kira dua jam.

Ibrahim menjelaskan bahawa PERKASA mahu mengadakan perhimpunan itu bagi menunjukkan bahawa orang ramai tidak menyokong perhimpunan haram itu.

Beliau turut turut menyokong ketegasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang akan mengambil tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap individu yang terbabit dalam penganjuran perhimpunan haram itu. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cubaan KDSB selesai saman LPK menerusi timbang tara gagal

Posted: 27 Jun 2011 03:04 AM PDT

Mutakhir

PUTRAJAYA: Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) gagal dalam percubaan terakhirnya bagi membolehkan dua saman terhadapnya oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) menuntut ganti rugi RM920 juta, diselesaikan menerusi timbang tara.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, yang mempengerusikan panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan KDSB untuk kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan bahawa kedua-dua saman didengar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hakim Arifin yang bersidang bersama Tan Sri Md Raus Sharif dan Datuk Suriyadi Halim Omar, sebulat suara menolak permohonan KDSB dengan kos sebanyak RM30,000. Pada 25 September 2009, LPK memfailkan saman terhadap KDSB, kontraktor pemaju Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) berhubung pertikaian tuntutan bagi kerja yang dilaksanakan di projek kontroversi itu.

Menerusi saman pertama terhadap KDSB, LPK memohon satu pengisytiharan bahawa peningkatan kadar faedah tahunan berkaitan kerja-kerja pembangunan dalam perjanjian tambahan yang ditandatangani pada April 2006 adalah batal dan tidak sah.

LPK turut menyaman KDSB dan konsultan projek tersebut, BTA Architect, berhubung perjanjian utama serta tambahan yang ditandatangani antara Februari 2003 dan November 2006.

Menerusi saman itu, antara lain, LPK memohon pengisytiharan dan ganti rugi daripada kedua-dua defendan.
Pada 7 Jun tahun lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan KDSB bagi menggantung prosiding mahkamah dan merujuk perkara itu untuk timbang tara.

Pada 1 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan itu selepas membenarkan rayuan LPK dan memerintahkan kedua-dua sama diselesaikan menerusi perbicaraan penuh di mahkamah. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan