Sabtu, 25 Jun 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Video seks tulen

Posted: 24 Jun 2011 06:36 PM PDT

MukaDepan

pix_gal0

Dua pakar sahkan pelaku adegan lucah mirip Anwar

KUALA LUMPUR: Dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) yang menjalankan analisis mengenal pasti wajah (Facial Recognition Analysis) terhadap pelaku seks lelaki dalam rakaman video seks didedahkan trio Datuk T Mac lalu, mengesahkan lelaki itu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Analisis dijalankan Profesor Hany Farid dan Profesor Lorenzo Torresani dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, AS itu juga mendapati rakaman video itu adalah tulen tanpa diubah suai atau menggunakan teknik 'super impose' dan berasal daripada alat perakam video digital (DVR) yang dirampas daripada ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah. Keterangan diambil polis daripada trio Datuk T yang mengaku bertanggungjawab menayangkan video itu iaitu Eskay, bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuaib Lazim dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, menunjukkan rakaman video mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan antara seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya berbogel.

Keterangan juga mendapati rakaman video itu diambil dalam sebuah bilik apartmen di Ampang, di sini dan selepas polis mendapatkan rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) diperoleh dari apartmen itu, mendapati kehadiran Anwar bersama Eskay di lobi apartmen berkenaan pada 21 Februari lalu.

Pada 21 Mac lalu, Eskay menayangkan video itu kepada 13 editor dan wartawan akhbar di Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru, di sini dan ketika penayangan beliau menerangkan gambarnya turut terakam sebelum rakaman hubungan seks antara seorang lelaki mirip Anwar dan perempuan warga China. Shuaib juga hadir sepanjang masa penayangan di bilik hotel itu.

Itu adalah fakta kes yang dibacakan jurubahasa Mahkamah Majistret kepada Eskay, Shuaib dan Abdul Rahim selepas masing-masing mengaku salah menayangkan dan bersubahat menayangkan secara terbuka bahan lucah berkenaan membabitkan perlakuan seks antara lelaki dan perempuan di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara di sini, antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari pada 21 Mac lalu.
Mereka semua memahami dan mengakui fakta kes yang dibacakan itu, bagaimanapun Eskay berkata: "Ia bukan menyerupai Anwar tetapi memang Anwar", merujuk kepada perenggan terakhir dalam fakta kes berkenaan.

Sehubungan itu, Majistret Aizatul Akmal Maharani mengenakan hukuman denda RM3,000 atau tiga bulan penjara terhadap Eskay dan denda RM1,500 atau dua bulan penjara ke atas Shuaib selepas mereka mengaku salah menayangkan video itu secara terbuka.

Sementara Abdul Rahim pula didenda RM1,000 atau sebulan penjara selepas mengaku salah bersubahat dengan Eskay dan Shuaib menayangkan video berkenaan.

Pertuduhan ke atas Eskay dan Shuaib mengikut Seksyen 292 (A) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 292 kanun sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Abdul Rahim pula didakwa mengikut Seksyen 292 (A) Kanun keseksaan (Akta 574) dibaca bersama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Aizatul berkata, mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam, pengakuan salah dan latar belakang ketiga-tiga tertuduh tetapi pada masa sama, faktor kepentingan awam perlu diseimbangkan.

Penayangan rakaman video selama 20 hingga 25 minit terbabit turut dilakukan dalam prosiding semalam selama kira-kira 10 minit selepas Aizatul membenarkan permohonan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Rahim.

Sementara itu, dalam hujah rayuannya, Muhammad Shafee berkata, walaupun ketiga-tiga tertuduh terbabit dengan penayangan bahan lucah, motif mereka bukan untuk menjejaskan moral awam tetapi mendedahkan perilaku Anwar selaku pemimpin politik pembangkang yang tidak bermoral.

Beliau berkata, sifat hipokrit Anwar selama ini yang sering kali dikaitkan dengan pemimpin politik kebangsaan dan Ketua Pembangkang yang pada satu ketika dulu 'secara bahayanya' hampir bakal menjadi Perdana Menteri.

"Saya menggunakan perkataan 'secara bahayanya' bukan untuk menyatakan sikap berat sebelah pada pihak saya terhadap pilihan pemimpin politik tetapi itulah yang diguna pakai oleh Hakim Lord Denning ketika menangani isu berkaitan keselamatan kebangsaan membabitkan bekas menteri England, John Profurmo.

"Pemimpin berprofil tinggi yang mendakwa dirinya sebagai pemimpin Islam negara tetapi menjalani kehidupan seperti 'Jekyl and Hyde' yang akan berkompromi mengenai apa saja dengan sesiapa supaya salah lakunya tidak didedahkan selepas penemuan oleh pihak ketiga, di situlah letaknya keselamatan negara yang saya maksudkan," katanya.

Muhammad Shafee berkata, orang ramai sepatutnya berterima kasih atas keberanian trio itu mendedahkan rakaman berkenaan, malah tidak mendapat keuntungan wang atau kepentingan lain, selain hanya golongan dewasa berfikiran matang saja diundang ketika pendedahan rakaman dilakukan.

"Kita tidak perlu mengingatkan mahkamah ini dengan laporan pakar di hadapan Yang Arif bahawa laporan polis oleh Anwar adalah satu kesalahan jenayah kerana ia adalah laporan palsu yang boleh dihukum mengikut Seksyen 192, 193 dan 199 Kanun Keseksaan, sebaliknya individu yang salah berada di mahkamah hari ini," katanya.

Muhammad Shafee ketika ditemui pemberita, berkata imej gambar Anwar dianalisis oleh dua pakar Amerika Syarikat menunjukkan 99.9 peratus persamaan dengan pelaku seks lelaki dalam imej rakaman video seks terbabit.

Peguam Zamani Ibrahim yang mewakili Eskay pula dalam hujahnya berkata, anak guamnya tidak mempunyai niat jahat dan tindakan itu adalah untuk kepentingan awam. Shuaib diwakili peguam Suhaimi Salleh.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

sang ewien

em, akhirnya kebenaran terungkai juga...

Zack

Rakyat nak tahu apa Anwar buat dgn Eskay pada 21 Februari di lobi apartment tu? Apa pula penjelasan Anwar? CCTV di'superimpose'?

Yamanie Azamie

memfitnah itu lbih bnyk dosany dri membunuh so fkr2x kn la ya??????

charlie delta

apa lagi yang hendak diperkata dan dipersoal oleh para penyokong DSAI...bukti dan fakta dah dipertonton di mahkamah, tak cukup pakar dlm negara nanti dikata berat sebelah...pakar luar juga diguna pakai. Dan jawapan nya tetap sama...lebih menjengkelkan apabila ada pula penyokong DSAI yg mempersoalkan penggunaan pakar luar tetapi tidak pula bersuara apabila Anwar mahu menggunakan pakar luar semasa tuduhan dia di racun dan sakit belakang nya dahulu!

safawi

ini bukan fitnah ini betul-betul....apalah korang nie masih lagi dibuai mimpi filem "seniman bujang lapuk" arahan Tan Sri P.Ramlee

Rosnida Md Desa

Wahai para pemimpin insaflah diri anda..jng sesekali berbuat jahat. kelak akan memakan diri anda sendiri.

uudukkk

u...fikir2 la sendiri keadan nee..dmana pmimpin atasn tlh mbuat 1 pkara dluar jnkaan rkyat.. tutmanya,pra pnyokong beliauu..tlh ttipu n tpdaya dgn hujah2 pnafian dr bliau...lu fkir2 la sndiiri...blum apa2 lg dh bt kja mcm tuu..klaw dh mmpin mgkin lbh dr tuuu.

DINO

Wahai rakyat Malaysia suadah terbukti dan telah terselah fikir - fikirlah yanag baik dan sangaat buruk untuk masa depan Negara Malaysia yang tercinta ini. Semoga Allah lindongi kita semua dari bala bencana yang tersurat dan nyata.Aminnnn

Bakar Najib

Pakar mengesahkan lelaki itu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mirip.... betul la tu.

roshyati

Semua orang tau video tu tulen x payah guna pakar luar buang wang rakyat bila nak tangkap pelaku dalam video tu.

MMYazan

hhmm..Sejarah mengajar kita mengenali mana satu intan dan mana satu sampah..

kadiology

kepada yg belum tengok video tu, sila tengok dulu dan nilai sama ada ia benar atau fitnah. kita bukan nak tengok bahagian lucah, kita cuma nak tahu siapa si polan dalam video itu.

Wany

berkata benar lah walaupun kita akan dicaci selepas itu..

Yangretibase

Video tulen; tetapi adakah pelaku tulen juga? Bukankah 'pelaku' boleh diubahsuai?

erin sahrina

istaghfiru..

buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali

sasa nyssa

wah! Trio datuk T. Hmm. NO KOMEN.

jhon kuala

3 Datuk telah di dakwa anuar belum siapa sebenar yang salah.

2 teraju JKR belum selesai.

1 perhimpunan haram akan di adakan 9 jul ni. 0 rakyat yang jadi pening dan keliru ini lah malaysia

cucu atok.

Baik hati Trio Datuk T ni..

kimaron usman

1.Masa umur saya 10 tahun, guru saya kata nak mengesahkan fitnah org kena ada saksi 3 org dan kena saksi tu org yg bole d percayai dan dorg betul2 nampak barang tu masuk atau d masukkan...tapi tu hak hakim ndak payah bagitau umum...

2.Kata guru sy lagi sebesar zarah kita sembunyikan keaiban org lain maka Allah akan sebunyikan sebesar dunia ini d akhirat kelak..

3.Kata guru sy lagi hidup d dunia ni sementara ja, klu ada sahabat peliharala persahabatan itu sampai ke syurga kelak klu ada musuh layanla ia sebagai sahabat yg bole bawa dia ke syurga kelak jgn jadikan ia musuh nanti dia semakin jauh dari kamu, jaga maruahnya nescaya dia akan jg maruah kamu...

4.Kata guru sy lgi tiada contoh yg paling sempurna di dunia ini selain nabi kita baginda MUHAMMAD RASULLULLAH S.A.W ingatlah ia bacalah Sirahnya nescaya kita akan mendapat syfaatnya nanti...

5.Terima kasih guru sy moga Allah mencucuri Rahmat keatas rohnya....Amin..

fitnah itu lbh truk dri membunuh..sama3 lah kte istighfar

Norazila binti Saad

PENGORBANAN YANG AMAT DISANJUNG TINGGI DEMI MERTABAT NEGARA TERCINTA,SEMOGA AKAN LAHIR KEKUATAN PADA PIHAK KITA.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen