Rabu, 29 Jun 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


16 tukang cuci kena cekup

Posted: 28 Jun 2011 04:09 PM PDT

Wilayah

SEBAHAGIAN daripada 16 warga asing yang disyaki bekerja tanpa permit ditahan di Pejabat Imigresen Kangar.

SEBAHAGIAN daripada 16 warga asing yang disyaki bekerja tanpa permit ditahan di Pejabat Imigresen Kangar.

Warga asing disyaki kerja tanpa permit dengan syarikat tempatan

KANGAR: Seramai 16 wanita tukang cuci warga Indonesia ditahan kerana disyaki bekerja secara haram dengan sebuah syarikat pencucian milik seorang wanita tempatan, di sini, pagi semalam.

Semua 16 wanita berusia antara 20 dan 42 tahun itu ditahan di sebuah kediaman di Taman Mutiara, di sini, yang dipercayai digunakan majikannya, iaitu seorang wanita berusia sekitar 40-an sebagai asrama pekerja terbabit. Berdasarkan maklumat, semua wanita terbabit bekerja sebagai tukang cuci dengan syarikat berkenaan dan mereka akan dihantar ke kediaman atau pejabat sekitar bandar ini.

Difahamkan, jumlah bayaran dikenakan adalah mengikut jam iaitu kira-kira RM10 sejam dengan jumlah minimum lima jam sehari.

Ketua Unit Penguatkuasaan Jabatan Imigresen negeri, Othman Hamzah, berkata semua 16 wanita Indonesia terbabit ditahan selepas mereka gagal mengemukakan dokumen sah untuk membuktikan status mereka di negara ini.

Berdasarkan maklumat, katanya, ada di antara wanita terbabit sudah hampir dua tahun bekerja dengan syarikat pencucian berkenaan, namun status mereka diragui.
"Mereka mengaku tidak mempunyai dokumen diperlukan. Malah, majikan mereka gagal mengemukakan bukti dengan alasan segala dokumen milik 16 wanita terbabit berada di Negeri Sembilan.

"Justeru, semua 16 wanita itu kemudian ditahan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan sewajarnya," katanya.

Difahamkan, ini adalah kes kedua syarikat yang mengguna pakai khidmat wanita warga Indonesia di Perlis diserbu selepas sebuah agensi pembantu rumah warga asing milik bekas guru di Taman Perlis, di sini, Julai tahun lalu.

Bekas guru yang juga pengarah agensi pekerja asing berkenaan kini dalam proses pendakwaan di mahkamah atas 102 pertuduhan jenayah membabitkan tindakan mengeksploitasi amah warga Indonesia, termasuk 17 daripadanya membabitkan ancaman dan kekerasan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sindiket seludup petrol, diesel tumpas

Posted: 28 Jun 2011 04:08 PM PDT

Wilayah

GUNASELAN (kiri) yang dibantu penguat kuasa KPDNKK memeriksa diesel dalam  tangki lori di Juru, Bukit Mertajam.

GUNASELAN (kiri) yang dibantu penguat kuasa KPDNKK memeriksa diesel dalam tangki lori di Juru, Bukit Mertajam.

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang mematahkan satu sindiket penyeludupan petrol dan diesel ke negara jiran selepas menahan lima lelaki di Bukit Tengah, di sini dan Simpang Ampat, Nibong Tebal, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 30-an dan 50-an itu ditahan dalam operasi bermula jam 6 pagi yang disertai 10 penguat kuasa KPDNKK, diketuai Ketua Penguat Kuasa KPDNKK negeri, M Gunaselan.

Dalam operasi itu, penguat kuasa turut merampas 61,110 liter bahan api itu bernilai RM200,000, iaitu 42,000 liter petrol dan 19,110 liter diesel bersubsidi. Gunaselan, berkata empat lori tangki dan sebuah lori diubah suai yang digunakan untuk membeli diesel dan petrol di sekitar Seberang Prai Tengah (SPT) turut disita.

"Semua lori itu digunakan untuk membeli minyak sebelum dibawa ke sempadan," katanya ketika ditemui selepas operasi itu.

Lokasi yang diserbu di Bukit Tengah dipercayai beroperasi beberapa bulan lalu dan dijadikan transit sebelum diesel atau petrol yang dibeli dibawa ke sempadan.

Kes disiasat mengikut Akta Bekalan 1961 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau tiga tahun penjara untuk individu atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat pula boleh didenda tidak melebihi RM250,000.
Gunaselan berkata, pihaknya akan terus mengadakan operasi bagi membanteras penyelewengan subsidi diesel dan petrol oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan