Sabtu, 25 Jun 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Kerajaan Selangor didakwa tipu

Posted:

Kerajaan Selangor didakwa tipu

Kerajaan Selangor didakwa tipu

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
kota@utusangroup.com.my

SHAH ALAM 24 Jun – Kerajaan negeri jelas menipu apabila gagal memastikan 30 peratus daripada ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) terdiri daripada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak menganggotai mana-mana parti seperti yang dijanjikan.

Timbalan Ketua Pembangkang negeri, Wong Koon Moon berkata, sebaliknya kerajaan negeri melantik wakil NGO itu dalam kalangan ahli DAP, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memenuhi kuota tersebut dengan yang benar-benar tidak berparti hanya kira-kira lima peratus sahaja.

"Justeru, janji-janji yang ditaburkan untuk memastikan 30 peratus ahli majlis PBT dilantik di kalangan pemimpin NGO yang berkecuali hanyalah helah untuk menang pilihan raya.

"Mereka sebenarnya tidak berniat pun untuk memberikan kerusi ahli majlis kepada NGO. Pemimpin NGO yang menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan kuota ahli majlis ini nyata ditipu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang memetik rasa tidak puas hari Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Ahli Majlis Profesional (Conpac), Tan Jo Hann berhubung perkara itu.

Koon Moon, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu, bimbang amalan kerajaan negeri mungkin boleh mengundang pelbagai masalah lain termasuklah salah tadbir urus.

"Ini seperti mana dakwaan bahawa wujudnya proses pengeluaran tender tidak mengikut prosedur untuk projek-projek PBT di Selangor melibatkan jumlah keseluruhan RM140 juta," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Loji rawatan air disenggara oleh Splash

Posted:

Loji rawatan air disenggara oleh Splash

Loji rawatan air disenggara oleh Splash

HULU LANGAT 24 Jun - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menjelaskan bahawa kerja penyenggaraan, yang menyebabkan gangguan bekalan air selama tiga hari bermula Rabu lalu, adalah dilakukan oleh Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) dan bukan pihaknya.

Syabas turut menegaskan bahawa gangguan bekalan air itu juga telah dimaklumkan kepada pihak berkenaan, termasuk kerajaan negeri Selangor menerusi surat, dan juga notis di akhbar-akhbar.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporatnya, Abdul Halem Mat Som berkata, Splash telah beberapa kali mengemukakan cadangan kepada Syabas bagi menjalankan kerja-kerja penyenggaraan serta menaik taraf Loji Rawatan Air SSP1 sebelum ini tetapi Syabas terpaksa menangguhkan permohonan tersebut memandangkan keadaan bekalan air yang sangat kritikal ketika itu, yang akan melibatkan gangguan bekalan air secara besar-besaran kepada para pengguna.

"Namun, loji rawatan air ini perlu disenggara dan dinaik taraf dari semasa ke semasa bagi mengelakkan berlakunya masalah teknikal yang boleh menyebabkan terhenti tugas loji secara tidak berjadual dan secara langsung mengakibatkan gangguan bekalan air yang lebih menyukarkan para pengguna.

"Jadi, kenyataan beberapa pihak yang mendakwa bahawa gangguan bekalan air tersebut berpunca daripada kerja penyenggaraan pihak Syabas selain tuduhan mengatakan bahawa Syabas gagal menjalankan kerja menaik taraf loji rawatan air sejak tahun 1997 juga tidak benar," katanya.

Beliau mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak menerusi portal berita Internet bahawa Syabas menyusahkan rakyat Selangor apabila menutup bekalan air kerana membuat kerja-kerja penyenggaraan.

Abdul Halem ditemui hari ini pada program Kelab Briged Penyelamat Sungai di Loji Pembersihan Air Sungai Langat.

Menurutnya, loji rawatan air bukan di bawah tanggungjawab Syabas, tetapi di bawah tanggungjawab operator loji masing-masing.

"Dalam kes penyenggaraan loji SSP1, ianya adalah di bawah tanggungjawab Splash selaku selaku operator Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) tersebut," jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa notis makluman berkenaan gangguan tersebut telah disiarkan di beberapa akhbar seminggu sebelum gangguan berjadual berkenaan berlaku, iaitu bermula 15 hingga 17 Jun 2011.

Syabas juga telah mengiklankan gangguan berkenaan dan notis turutan pada 21 Jun lalu.

"Syabas telah memberitahu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Kerajaan Negeri Selangor dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui surat kami bertarikh 15 Jun 2011 serta memberi notis makluman kepada wakil-wakil penduduk," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PNSB, Syabas belanja RM1 juta setahun untuk program kesedaran

Posted:

PNSB, Syabas belanja RM1 juta setahun untuk program kesedaran

PNSB, Syabas belanja RM1 juta setahun untuk program kesedaran


Norainee Abdul Rahman serta sebahagian pelajar mendengar taklimat daripada Rozali Ismail mengenai sampel air yang diproses pada majlis pelancaran Kelab BPS ke-25 di Loji Pembersihan AIr Sungai Langat, Hulu Langat, Selangor, semalam.


HULU LANGAT 24 Jun - Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memperuntukkan lebih RM1 juta setiap tahun bagi menjalankan program-program kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman berkata, program tersebut dijalankan oleh Kelab Briged Penyelamat Sungai (BPS) dalam memberi penerangan kepada generasi muda tentang kepentingan memelihara khazanah alam untuk kesejahteraan manusia.

Katanya, jumlah peruntukan tersebut adalah besar dan beliau menyeru semua pihak terutamanya sekolah rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang menjadi ahli kelab BPS untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang disediakan.

"Tanggungjawab memelihara alam sekitar dan melaksanakan teknologi hijau tidak harus dibebankan kepada kerajaan sahaja, malah syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu memainkan peranan.

"Kalau semua pihak dapat mempraktikkan apa yang diperoleh daripada program ini, maka saya yakin, kita dapat melahirkan generasi yang sentiasa prihatin," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan program Kelab BPS kali ke-25 di Loji Pembersihan Air Sungai Langat, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad, Tan Sri Rozali Ismail.

Pada majlis itu, sebanyak 600 ahli Kelab BPS dari lapan buah sekolah rendah dan menengah di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah berjaya dikumpulkan.

Objektif utama program tersebut adalah untuk mendidik generasi muda supaya peka terhadap kebersihan sungai serta menjadi pemangkin kepada matlamat mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan sungai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan