Selasa, 28 Jun 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Harga ikan naik sekali ganda

Posted: 27 Jun 2011 03:46 PM PDT

Wilayah

HASIL tangkapan ikan di Kuala Kedah berkurangan sejak beberapa hari lalu berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

HASIL tangkapan ikan di Kuala Kedah berkurangan sejak beberapa hari lalu berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

Cuaca tak menentu termasuk ombak besar halang nelayan ke laut

KUALA KEDAH: Faktor cuaca tidak menentu termasuk ribut dan ombak besar sejak seminggu lalu menyebabkan harga ikan kembung dan hasil tangkapan laut di negeri ini meningkat hampir sekali ganda berbanding harga biasa.

Difahamkan, harga borong ikan kembung naik daripada RM2 hingga RM3 sekilogram sebelum ini kepada RM4 hingga RM5, manakala harga pasaran mencecah sehingga RM7 hingga RM8 sekilogram. Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah, Mohd Noor Had berkata, masalah kekurangan hasil tangkapan yang berlaku ketika ini menyebabkan harga ikan meningkat sejak seminggu lalu.

"Harga pasaran ikan di pasar besar dan pasar di sekitar negeri ini meningkat berikutan nelayan sukar memperoleh hasil tangkapan yang banyak seperti biasa," katanya sambil menjangkakan harga ikan akan stabil dan pulih seperti sedia kala apabila keadaan cuaca beransur baik.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Kedah, Abdul Hamid Bahari berkata, hanya bot pesisir pantai di kawasan itu tidak turun ke laut, manakala bot laut dalam seperti Zon B dan C serta C2 turun seperti biasa.

Katanya, walaupun bot besar turun ke laut menangkap ikan, hasil tangkapan tetap berkurangan sehingga menyebabkan berlaku kekurangan ikan di kawasan itu.
"Jika keadaan cuaca baik sekalipun, kita percaya hasil tangkapan tetap kurang daripada biasa kerana musim ini ialah musim ikan kurang dan berharap keadaan kembali pulih dalam waktu terdekat ini," katanya.

Tinjauan Berita Harian di pelantar ikan Seberang Kota dan Tandop Kubang Rotan di sini mendapati, kawasan itu yang sebelum ini sibuk dengan aktiviti nelayan mengasingkan hasil ikan yang baru ditangkap, kini lengang sejak seminggu lalu, malah banyak bot pesisir pantai tersadai di tepi kuala.

Nelayan, Che Omar Osman, 54, berkata, faktor cuaca dan ribut yang berlaku di tengah laut menyebabkan nelayan terpaksa berpatah balik dengan membawa hasil pulang yang tidak sampai 10kg sejak seminggu lalu.

"Walaupun terpaksa membeli petrol sendiri kerana tidak memiliki lesen sah dari Jabatan Perikanan, kami bersama beberapa rakan yang lain tetap turun ke laut untuk menyara keluarga dengan hasil pendapatan sekitar RM20 hingga RM30 sehari," katanya.

Peniaga ikan, Salmiah Ramli, berkata sebelum ini mereka menjual antara 300 hingga 400kg ikan tetapi sekarang hanya kira-kira 10kg sehari.

"Kami tidak boleh menurunkan harga lebih rendah berbanding biasa untuk mengelak rugi kerana kebanyakan nelayan pantai di sini tidak dapat membeli minyak subsidi dan terpaksa menggunakan wang sendiri," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kajian stadium runtuh tak siap

Posted: 27 Jun 2011 03:44 PM PDT

Wilayah

AHMAD dan Datuk Bandar, Datuk Azlan Dagang (kanan) melawat Kompleks Sukan Terengganu Equestrian Resort (TER), di Kuala Terengganu, semalam.

AHMAD dan Datuk Bandar, Datuk Azlan Dagang (kanan) melawat Kompleks Sukan Terengganu Equestrian Resort (TER), di Kuala Terengganu, semalam.

Menteri Besar kesal siasatan Kompleks Sukan Gong Badak tertangguh

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, semalam secara terbuka melahirkan kekesalan kerana kajian struktur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berharga RM292 juta di Kompleks Sukan Gong Badak, yang sebahagian bumbungnya runtuh lebih dua tahun lalu masih belum siap.

Beliau berkata, sepatutnya Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengemukakan keputusan laporan kajian mengenai struktur stadium itu yang dibuat syarikat perunding awal bulan ini, tetapi sehingga kini belum siap. Katanya, lebih mengecewakan perkembangan terbaru yang dimaklumkan oleh JKR negeri bahawa laporan kajian perunding itu dijangka siap pada September pula.

"Saya sebenarnya rasa dukacita dan kecewa sebab dulu JKR beritahu kita bahawa menjelang Jun (bulan ini) kajian perunding akan siap.

"Tetapi, bila mesyuarat rasmi, saya dimaklumkan oleh JKR sendiri jadi September pula," katanya kepada pemberita selepas melawat Stadium Negeri dan Terengganu Ekuestrian Resort (TER) di sini yang akan digunakan untuk program sukan tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (SERIKANDI) selama lima hari mulai 5 Julai ini.

Pada Februari lalu, Setiausaha kerajaan negeri (SUK), Datuk Mazlan Ngah berkata, kerajaan negeri melantik sebuah firma perunding dari Kuala Lumpur bagi menjalankan kajian khusus berkaitan struktur bangunan stadium itu sejak awal tahun ini.
Katanya, firma itu dipilih berdasarkan cadangan dikemukakan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur daripada senarai nama enam syarikat perunding yang dikemukakan kepada kerajaan negeri akhir tahun lalu.

Beliau berkata, jika kajian mendapati bahagian struktur bangunan stadium itu tidak selamat, kerajaan negeri akan meneliti alternatif sama ada membina baru dengan mengekalkan identiti asal atau menggunakan reka bentuk lain yang difikirkan munasabah.

Ditanya apakah alasan JKR sehingga laporan kajian struktur stadium itu dijangka siap September ini, Ahmad sekadar berkata, beliau amat kecewa.

"Saya tak tahulah apa alasan dia, you (wartawan) tanya dia (JKR) sendirilah, saya kecewa," katanya.

Mengenai program sukan SERIKANDI itu, Ahmad berkata, lebih 500 isteri wakil rakyat terbabit dalam dua permainan iaitu badminton dan bowling.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka hadir pada hari terakhir kejohanan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan