Khamis, 30 Jun 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


BERSIH cetus anarki

Posted: 29 Jun 2011 09:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, semalam mendedahkan hasil risikan dan penilaian polis mendapati perhimpunan haram yang dirancang beberapa pihak pada 9 Julai ini bukan saja boleh mencetuskan huru-hara serta kemusnahan harta benda dan kecederaan, malah mungkin membabitkan kehilangan nyawa.

Beliau berkata, polis menerima maklumat ada pihak tertentu dan anasir asing cuba mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi situasi itu bagi mencetuskan anarki di negara ini.

"Berdasarkan fakta serta keadaan semasa, situasi kini mempunyai potensi dan kebarangkalian yang dominan untuk mengganggu kehidupan masyarakat.

"Situasi demikian jika tidak ditangani segera dan berkesan, boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Berikutan perkembangan terbaru itu, Ismail semalam memanggil pemimpin kumpulan terbabit di pejabatnya bagi menerangkan mengenai kesan perhimpunan haram itu terhadap keselamatan negara.

Pemimpin yang dipanggil semalam ialah Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali mewakili Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, yang tiba jam 10 pagi. Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan pula hadir pada jam 3 petang.
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk S Ambiga, dijangka dipanggil ke Bukit Aman, hari ini.

Perhimpunan haram anjuran BERSIH itu menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak kerana PERKASA dan Pemuda UMNO juga merancang mengadakan perarakan pada hari sama bagi menentang tindakan BERSIH.

Ismail menegaskan pada peringkat ini polis mengambil tindakan berhemah dengan memanggil pihak terbabit.

"Saya panggil semua pihak tanpa mengira siapa, tetapi jangan hingga kita terpaksa melaksanakan peringkat seterusnya.

"Saya tidak akan benarkan segala bentuk perhimpunan, kita tahu ratusan ribu orang dipanggil ke Kuala Lumpur dan ini membuka ruang untuk mencetuskan pergaduhan, huru-hara dan mungkin kehilangan nyawa.

"Kita juga sudah menerima laporan sesuatu hendak berlaku (kekacauan), ini tanda-tanda menunjukkan keamanan boleh tergugat, polis kena bertindak cepat," katanya.

Ditanya tindakan seterusnya yang akan diambil polis jika pihak terbabit masih berdegil, Ismail berkata: "Tunggu sajalah kalau ada yang berani nak melanggar undang-undang, kita akan bertindak berlandaskan undang-undang sedia ada."

Ismail bagaimanapun menafikan dakwaan pembangkang kononnya polis akan mengisytihar darurat pada 9 Julai ini.

Beliau juga menegaskan polis akan menahan sesiapa saja yang mempamerkan apa-apa perkataan atau lambang yang menghasut orang ramai menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

"Bukan saja baju, kereta, bas, kasut, seluar dan apa saja yang berbau hasutan akan ditangkap di bawah undang-undang yang boleh diguna pakai," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

rakyat prihatin

perhimpunan bersih.. konon jer tu..padahal sampai kat sana ha gaduh...Ni Politik kotor punya permainan..jadi penyokong yg fanatik ni..ikut jer apa yg pemimpin dorg cakap..gunalah otak pikiaq...padahal klu tertangkap korang jugalah yang masuk lokap..ada dorg kisah..hello orang2x kat luar sana...jgn jadi bodoh2x nak ikut suma tu...sebenarnya perhimpunan ni di buat untuk membuatkan pihak yang tertentu melupakan seketika kes kes yang berat dalam negara kita ni...napa lah xbuang jer sampah masyarakat tu dari negara kita ni...korg ramai kena kawal emosi..jgn ikutkan perasaan nanti sendiri yang binasa...klu binasa ada dorg nak tolong ker...? klu susah ada tak dorg datang membantu??? ngkorang sokong habis habisan..last last korang yang binasa...ha bila dah binasa..ada dorg kisah? ada dorg datang tolong? hampeh...buka lah mata tu wahai rakyat malaysia...jgn jadi bodoh...klu binatang pun boleh fikir inikan manusia...so renung renungkan..

Ekin

BODOHLAH!! ORANG MELAYU BERGADUH SESAMA SENDIRI.BANGSA2 LAIN MESTI BERSORAK DAN BERTEPUK TANGAN.TAK FIKIR KE.....

Man

Bodohnya org melayu krn rela diperkudakan bangsa lain demi mencapai hasrat mereka melihat melayu hilang kuasa dimalaysia..ni semua krn manusia ni tak pernah syukur dgn apa yg ada..

ratu hantu

daripada dok berarak kot jalan tu..lebih baik kita pakat ramai2x p stadium bg sokongan kat pasukan bola sepak kita nanti.

TEBUAN PANDAN

keamanan telah diujudkan sejak merdeka lagi.cuma ujian 13 mei 1969 sebagai pengajaran pada rakyat ertinya keamanan. namun dengan ada nya usha2 pihak tertentu untuk mengugat kemamanan ini patut dihindarkan dengan apa cara jua. walau kekerasan terpaksa diguna. kerana kelembutan selama ini yang ajukan kerajaan tidak dihargai. kerajaan kena buat apa jua demi kesejahteraan rakyat malaysia.

elle

kenapa perlu buat perhimpunan mcm ni..if kita/pembangkang xpuas ati dgn pemimpin sekarang, then kita ubah dgn cara yg bijak..kepada pembangkang, just tunjuk n buktikan pada masyarakat yg anda mampu untuk memimpin negara dgn cara majukan negeri2 anda sampai ke tahap yg membanggakan..dgn cara ni akn buka mata2 masyarakat Malaysia yg anda berkemampuan daripada terus membuat perhimpunan yg bakal merugikan banyak pihak..moga dgn cara ni, membolehkan anda untuk rule negara kita..fikir2 kan lah..

TerunaIdaman

Kenapa ada hadas dengki sesama Islam? Kenapa perlu bergaduh sesama sendiri? Tak boleh ke berganding bahu sama-sama bangunkan negara? Melayu bergaduh, yang lain tepuk tangan. Tunggu masa nak masuk line. Drpd diaorg sebuk2 gaduh sini sana, baik pegi kejar pahala. Buat pahala banyak2. Jangan lupa, dunia ni makin tua. Kejar benda yang pasti. Islam mesti bersatu, Malaysia negara Islam!

mohd nazri

kepada bangsa melayu,jgn kita terlalu taksub dan mudah pecaya dengan agenda mereka yang sememangnya berniat jahat dalam manggangugugatkan kedaimaian negara kita. Kita kena ingat kisah sebelum kita merdeka dan kisah selepas kita merdeka dengan pelbagai peristiwa hitam dan cukup tragis.Jangan pula kira kerana inginkan buah di atas pokok,buah yg dikendong dibuang begitu sahaja...Jadi kita harus tahu,bila kita kaum melayu bergaduh sesama sendiri,siapa yang akan untung dan beginikah sikap kita sebagai ummat islam...Jadi dlm perkara begini,wajarlah kita menilai ia dari sisi agama yang inikah yang dituntut dlm agama islam..pikirlah dengan berhemat sebelum melaung dan memekik dlm hal yg kita tahu ia tidak berasas dan berbaur jahat..

mohd nazri

saya berharap agar pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang drastik dan bijak agar perhimpunan bersih ini tidak akan berlaku krn ia mnyebabkan hura hara.saya juga berharap agar perancang utama dlm perhimpunan bersih ini di ambil tindakan yang berat jika ia berlaku juga.Saya menyeru kpd semua pihak agar tidak menyertai perhimpunan tersebut kerana ia ada agenda yang tidak baik dan tentunya boleh mengugat kententeraman orang awam dan negara. Bagi pihak polis,saya pecaya mereka boleh menyelesaikan dengan cara yang berhemat dan tegas.

~frustrated~

kenapa perlu membuat sesuatu perkara yang tidak mendatangkan faedah??? Perlu ke buat semua ini???..Zaman sekarang semakin lama semakin maju...tapi pemikiran org semakin lama semakin cetek...Fikirlah sendiri...semua dah besar panjang..ingatla anak bini suami sume...

rosizrasazni

wahai melayu..sudah sampai masanya untuk kita bersatu...Mengapalah kita harus berbalah, sama sendiri berpecah -belah,kenyanglah yu bila jong pecah, hitamlah tanda dalam sejarah...

sonia

Tq KPN, jgn smpi jd huru hara br nak kawal, org Melayu jgn perbodohkan diri dijalanan, igt...bangsa kita yg rugi. Melayu jgn mudah lupa,jdlah bangsa yg berjaya & disegani.Bersih/ambiga bertujuan merosak & memecahbelahkan bangsa Melayu...awasssssss...

Apalah jahanamnya kerana nak tamakkan kuasa..tak payah la buat perhimpunan seperti itu...negara kita dah merdeka buat apa kita nak porak peranda..hanya org yg bodoh sukakan kacau bilau di dalam negara!!!!!

zan

Elok buat Perhimpunan Bersih nie dkt Zoo Negara lagi bagus.. sebab otak pemimpin bersih pun sama dgn dalam kandang zoo.. AKU SOKONG BOSS PDRM..

MATHEW JOE

Apa dah jadi dgn rakyat kita sekarang,timbul rasa tidak puas hati teruskan adakan perhimpunan haram. Setahu saya 9 julai ialah tarikh yang sama Si Anuar Ibrahim membela diri bagi kes liwat beliau. Saya rasa perhimpunan ini diadakan bagi mengalih mata rakyat malaysia mengenai kes liwat Anuar....

nurul

Jom semua ke perhimpunan Pesta Flora di Putrajaya pada 9hb Julai 2011.

dani

kalo rasa diri tu MELAYU dan ISLAM, fikir2kanlah sebanyak yang mungkin. selawat, dzikir, istighfar dan istikarah byk2, terang2 si penganjur bukan orang ISLAM. ada agenda yahudi disebaliknya. agenda ni pun da bejaya kat TANAH ARAB. sekarang disini pula. jadi fikir2kanlah.

fyrus

Kenapalah perlu dilakukan semua ini sedangkan negara dalam keadaan aman. takkan nak jadikan negara kita ini sebagai negara yang berkucar kacir seperti negara mesir?tak terfikirkah di minda yang negara kita ne jauh lebih aman nak dibandingkan dgn negara asing yang lain..Inikah dikatakan Slogan 1MALAYSIA????

Zam

Hindari perpecahan kaum... kekalkan keamanan negara tercinta...

ASMA

WAHAI RAKYAT MALAYSIA.. DALAM KEADAAN SEKARANG SEPATUTNYA KITA BANGKIT MEMEJUKAN NEGARA SEJAJAR DENGAN WAWASAN 2020.. JIKA ANDA SEMUA MASIH INGAT TAHUN 1969 DIMANA BERLAKU RUSUHAN KAUM DI SEBABKAN PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB YANG HANYA MAHU MELAGA-LAGAKAN RAKYAT MALAYSIA YANG SUDAH AMAN DAN MAKMUR.. SEDARLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA.. ANDA SEMUA HARUS BANGKIT DENGAN SEMANGAT BERSATU PADU.. BAGI MEMASTIKAN KEMAKMURAN BANGSA YANG SUDAH BERPULUH TAHUN KEKAL MENJADI NEGARA AMAN. TRANSFORMASI SEHARUSNYA BERLAKU UNTUK MEMAJUKAN LAGI NEGARA SUPAYA DISEGANI SEANTERO DUNIA.. MALAHAN BUKAN MENJATUHKAN NEGARA YANG MAKMUR INI HANYA DALAM MASA 24JAM SAHAJA.. INGAT INSAN TERSAYANG YANG ADA DISAMPING KITA.. ADAKAH ANDA INGIN MELIHAT MEREKA MENDERITA SEPERTI WAKTU ZAMAN PENJAJAH DAHULU. FIKIRKAN RAKYAT MALAYSIA SEKALIAN.

heroMalaya

Oleh kerana ramai pihak ingin bertembung 9 Julai ini... KDN perlu sekat semua laluan masuk bermula malam 8hb Julai. maklumkan kepada semua warga kerja KL tempat yg terlibat 9hb Julai OFF. Pejabat2/Kedai2 pun disarankan tutup demi keselamatan. 1 hari tu je. Pihak berkuasa perlu bertindak pantas!

Alhaimi Adam

Dulu bergaduh lain bangsa, sekarang, sesama Melayu bergaduh. Sepatutnya pemimpin jadi contoh kepada rakyat, bukan tunjuk contoh tak senonoh pada generasi muda. Buat malu je!

nurul baharuddin

Tolong lah bangsa melayu....bersatu lah...jgn biar kan musuh mengambil peluang ini....jgn jadi IRAQ seagama tapi berbunuhan....

eye

tp cuba tgk dari segi positif..klu tak wat perhimpunan camne rakyat nk bersuara..Harga minyak naik, harga brg naik, hrg ikan naik, hrg ayam naik, korang sume senyap..yg kaya xpe la, yg duk kg duk kt pedalam amcm? bila nk permit tak bagi, bila cite kt blog kena sekat.

sweetnotty

nih bukan je melayu...tp bangsa lain pon ada....apa nak jadik...elok2 malaysia nih aman damai...ada juga pihak lain yg nk mengucar kacir...kite kan dok bwh 1 negara...bersatu lar...kang merugikan negara kite jugak...dibuatnye dlm perhimpunan tuh ada yg jadik arwah...x ke naya....byk kn mengucap ye...

HAN

Tidak melayu hilang didunia.......pertahan kan maruah kita....hidup melayu!!!!!!!!!!!!!

zam

betul2 buang masa dan budaya macam nie memang tak relevan langsung dgn malaysia, sebyk 4 negeri telah dapat kat pihak bersih@pakatan rakyat, apa lagi yg tak telus?,baik buat sesuatu yg baik utk rakyat supaya rakyat lebih yakin dgn mereka.bayangkan sekiranya pihak pro dan pembangkang berdemo serentak ,takkan huru hara namanya. tahniah kpd PDRM yg senantiasa menjaga keamanan pihak majoriti.

anislibou@yahoo.com

SYABAS POLIS DAN SELURUH PASUKAN KESELAMATAN NEGARA MALAYSIA,KAMI RAKYAT YG AMAT MENGHARAPKAN PERLINDUNGAN DARI KEKACAUAN ANGKARA ORANG KOTOR2 INI,KAMI TAHU PIHAK KESELAMATAN SUDAH BERSEDIA LEBIH AWAL....SEBELUM APA2 BERLAKU...TQTQTQ......TQ.

anislibou@yahoo.com

Syabas PASUKAN KESELAMATAN NEGARA,TUNJUKKAN KEPADA PENGANJUR KOTOR INI BAHAWA NEGARA KITA ADALAH NEGARA YG AMAN DAN DAMAI,PERLU DI PELIHARA DAN TIDAK MEMBENARKAN SESIAPA YANG MENGANGGU GUGAT KEHARMONIAN BERBILANG KAUM INI....TABIK POLIS..POLIS..POLIS..KEKALKAN KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGARA...TANGKAP KETUA DAN SEMUA DALANG2 PERHIMPUNAN INI...

mohd zamri zamri

melayu oh melayu...melayu abad 21..kecelaruan n peni dgn hala tuju..politik semata2..dalam parlimen x kecoh pun...semangat nak berguling2, terpekik terlolong je lebih...pemimpin bangsa lain bersatu dalam isu2 hak bangsa masing..

///kalam///

lor... duk umah lagi bgus pastu bykkan ibadat... mudah2x terbuka hati sume owg... bru kenal yg mane bersih dan kotor...
aduhai ape pun x boleh dorang ni... kan lagi bgus berdebat dari perhimpunan yg x beri kepentingan pada negara...

faziatul syaheeda

melayu oh melayu.....bersatu hati lah....=,(

zmie

Orang-orang Melayu adalah tunggak keamanan negara Malaysia.Dengan rasa rendah diri saya ingin menyeru sekalian umat Melayu Islam di Malaysia agar menjauhi perhimpunan haram BERSIH/Ambiga.Usah kita menjadi bangsa yang terjerit-jerit dijalanan.Percayalah tiada apa kesan baik untuk masa depan kita dan keturunan kita yang akan datang.Tidak mustahil ini bakal menjadi titik permulaan runtuhnya bangsa.Usah di ikut apa yang berlaku dinegara-negara lain.Walau apa yang terjadi, mereka tetap dari satu bangsa yang sama.Berbeza dengan negara Malaysia.Kita punya saluran yang boleh diguna untuk menyatakan pendirian,bukan dengan mengadakan demonstrasi jalanan.Apa yang dilaporkan bahawa perhimpunan ini telah diresapi oleh anasir asing,ini sangat membimbangkan.Kepada pihak berkuasa, jika didapati ada rakyat asing yang mendapat taraf pemastautin/penduduk tetap yang turut terlibat, kelayakan mereka hendaklah ditarik semula serta-merta.Mereka tidak memahami susur galur atau sejarah terbentuknya negara ini.Termasuk juga rakyat tempatan sendiri.Mereka enggan mempelajari sejarah.Mereka enggan belajar tentang asal usul keturunan mereka.Percayalah perhimpunan ini takan kemana tanpa penyertaan orang-orang Melayu.Kepada pemimpin-pemimpin Melayu dari apa jua pertubuhan yang ingin menyertai perhimpunan BERSIH/Ambiga tolong ambil masa yang masih terluang untuk muhasabah diri demi agama,bangsa dan negara yang tercinta ini.Dikala banyak negara lain berlumba-lumba mengambil Malaysia sebagai negara contoh,Idola mereka kenapa kita sendiri ingin merobohkanya.Ya ALLAH selamatkan Malaysia, Kekalkan keamanan Malaysia hingga ke penghujung usia dunia ini.Aminn..

addam usman

Syabas kepada KPN, Ini menunjukkan hemah dan ketegasan PDRM dalam menangani sebarang keadaan yang menguggat keamanan negara. Rakyat Malaysia yang sentiasa inginkan kedamaian tidak mahu melihat gejala buruk berlaku. Jangan jadikan contoh yang berlaku di negara luar menjadi ikutan masyarakat yang tidak bertanggongjawap. Jangan diulang sejarah 13 MEI 69 kerana ini akan lebih buruk jangkaan kiranya 'Bersih 2' terus mengadakan tunjuk perasaan jalanan, Ini akan melibatkan semua kaum, politik dan NGO's, ditambah pula dengan kehadiran pendatang tanpa izin yang sering menganggu-guggat penduduk setempat. Gunakan Perundangan yang sedia ada supaya mereka tidak mencabar Perlembagaan dan Kedaulatan Malaysia...

PandanYgIndah

kami sbg rakyat malaysia sentiasa berterima kasih kpd polis malaysia. harap pihak polis akan bertindak tegas kepada pihak yg cuba mengganggu ketenteraman negara.

aman

Diharap pihak yg berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya.Perkara yg boleh mengganggu gugat keamanan dan keharmonian masyarakat dan rakyat MESTI DIHENTIKAN.Lebih banyak kesan negatif dari positif..TIADA KOMPROMI jika ia melibatkan keamanan negara !

Shahrul

Kepada semua terutama orang (BERSIH), tak perlulah nak buat perhimpunan. Kami yang berkecuali ni tidak suka kepada kekacauan yang akan dicetuskan nanti. Jika ada yang tidak bersih dalam sistem pilihanraya negara,pihak pembangkang sila letak jawatan dahulu..

Mohd Nazri

Tahniah PDRM...

claire

tak sukakan perhimpunan haram...tolonglah kekalkan keamanan m'sia demi rakyat dan paling penting generasi kita...apalah yg akan kita dapat dgn keadaan negara yg huru hara?....yg buat huru hara tu dia ok sja sebab dia ada banyak duit utk berhijrah ke negara lain,yg miskin macam kami ni bagaimana?...org yg jahat macam tu tak kan pedulikan nasib org lain...tapi d akhirat nanti taulah ko nasib ko tu...because Lord Is A Great!!!!!............

kucing93

jgn bahayakan nyawa rakyat hanya kerana politik ini...

Hapisah Yusoh

Rakyat Malaysia sepatutnya sedar dan jadikan iktibar dari kekacauan yang berlaku di negara lain agar tidak berlaku di Malaysia yang dicintai.KEAMANAN ADALAH NIKMAT DARI ALLAH BUAT RAKYAT MALAYSIA.

luqman

ambiga siapa? yang datang perhimpunan itu adalah orang2 politik bukan orang ambiga, ambiga mana ada penyokong ramai. Orang yang datang perhimpunan itu adalah orang2 dari pati pembangkang, yang tahu mereka tak akan menang pada pilihan raya akan datang. Ambiga itu adalah penyokong pembangkang atau salah satu pemimpin pembangkang. Tapi saya percaya perhimpunan tersebut akan merugikan semua terutama umat melayu.

amli sulaiman

bersyukurlah dengan Rahmat Yang ALLAH kurniakan yang kita kecapi selama ini keamanan dan ketenteraman.

Azam Prihatin

Memang betul tindakan polis negara mengambil langkah tersebut.... kita selaku umat Islam dan warga malaysia seharusnya tahu lebih mendalam tentang keselamatan orang awam... Jangan kita gunakan dan hasut orang awam yang tidak tahu apa-apa...Sedangkan keadaan aman ini pun pihak asing luar cemburu dan berusaha untuk mengganggu gugat negara kita dgn pelbagai taktik seperti eksploitasi, hasutan, fitnah,menyamar, risikan dll lagi dalam semua bidang ekonomi, ict,pendidikan, pembangunan dll...Fikirkanlah.. Terbuka bebas bukan bermakna bebas melakukan yang haram dan yang batil.... Ayuh prihatinlah, jadilah kita umat yang bermuhibbah antara satu sama lain...InsyaAllah

rohana bt. taib.

ambil tindakan cepat, supayakejadian tak diingini,tak berlaku.biar putih tulang, jangan putih mata.

azri

Terima kasih kepada pihak polis kerana memberi amaran untuk bertindak kepada kumpulan yang akan mencetuskan huru-hara.

brian

Salam sejahtera...Tak ada orang berani nak komen. Takut salah saluran..Itu sahaja..

pelajar universiti

Tuhanku!!! selamatkanlah negara kami ini...

syida

bukankah lebih baik berkumpul ramai2 di masjid lakukan usrah daripada buat demonstrasi bukan2 yang mengganggu ketenteraman org lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan