Ahad, 1 April 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


BN kena tawan balik Selangor

Posted:

BN kena tawan balik Selangor

UTUSAN : Bagaimanakah Datuk Seri melihat perkembangan Selangor di bawah pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas?

NOH: Ini kerajaan cacamerba. Tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain. Kita lihat janji-janji mereka sewaktu kempen pilihan raya dulu, masih banyak belum dilaksanakan. Hari ini rakyat sudah nampak dan mula sedar penipuan yang dibuat ini. Saya rasa rakyat sudah mula kembali menyokong Barisan Nasional (BN).

Kalau kita tengok, bukan sahaja rakyat sudah mula sokong, malah wakil-wakil rakyat daripada PKR pun sudah ramai lari. Jadi ini menunjukkan pemimpin mereka sendiri pun tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dalam PKR. Di Selangor dua orang sudah lompat, satu PKR lompat di Pelabuhan Klang dan kemudian baru-baru ini (wakil rakyat) Pas pula kena pecat.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Jangan yang dikejar dapat, dikendong pula keciciran

Posted:

Jangan yang dikejar dapat, dikendong pula keciciran

Oleh Hassan Mohd. Noor

UMNO Pulau Pinang sudah menyenarai pendek calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Senarai itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak tidak lama lagi.

UMNO Pulau Pinang sudah bersedia untuk menghadapi PRU. UMNO negeri itu juga yakin dapat 'mengambil' semula kerusi yang dimenangi pakatan pembangkang pada PRU lalu. Sekurang-kurangnya, kerusi Parlimen Balik Pulau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung dan Sungai Bakap. Mungkin angin perubahan yang berlaku akan turut membantu UMNO memenangi semula kerusi Penanti yang disandang PKR dan kerusi tunggal Pas di Permatang Pasir. Menjadi satu bonus jika UMNO mampu mengambil semula Permatang Pauh yang suatu masa dulu pernah dikuasainya. Pas juga pernah menguasai kerusi Permatang Pauh ini.

Pada PRU lalu, UMNO menang 11 daripada 15 kerusi yang ditandingi. UMNO juga parti tunggal dalam komponen Barisan Nasional (BN) yang menang kerusi sama ada di peringkat Parlimen atau DUN di negeri itu. Di peringkat DUN, Gerakan yang diperuntukkan 13 kerusi, MCA (10) dan MIC (2) gagal menyumbang sebarang kerusi. Calon-calon berkenaan tewas kepada DAP dan PKR. Apakah kali ini rakan-rakan UMNO di Pulau Pinang itu sudah mendapat keyakinan baru untuk membantu BN mendapatkan semula Pulau Mutiara itu? Pastinya masing-masing mempunyai keyakinan walaupun di atas kertas, ada yang berkata, laluannya teramat sukar. UMNO pula jangan terlalu yakin untuk menambah kerusi. Walaupun ada desas desus mengenai kemungkinan Anwar Ibrahim beralih kerusi tetapi jika ia berlaku adakah ia strategi PKR mahu menambah kerusi atau PKR sudah terasa Gelombang Biru di Permatang Pauh? Tugas mempertahankan kerusi dan merampas kerusi yang terlepas sama-sama penting.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan