Kosmo Online - Negara |
- Tangkal Geng Buyong tak menjadi
- Terkejut air telaga bertukar merah
- Jangan terpedaya janji kosong pembangkang
Tangkal Geng Buyong tak menjadi Posted: Tangkal Geng Buyong tak menjadiOleh NUR AISHAH AMIN dan NOR SHAFAWATI YUP
KUALA LUMPUR – Dua lagi anggota Geng Buyong yang menjadi buruan kerana bermaharajalela melakukan jenayah di Kelantan ditembak mati di hadapan sebuah bank di Taman Datuk Ahmad Razali di Ampang malam kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, dua suspek yang terbunuh ialah Mohd. Hazwan Mat Buni dan Mohd. Nasrul Fadil Mat Nasir, kedua-duanya berusia lingkungan 20-an. Semasa pemeriksaan dibuat ke atas mayat Nasrul, suspek didapati memakai beberapa tangkal di leher dan jari dipercayai bagi mengelak dicekup atau ditembak mati. Dengan kematian dua penjenayah itu, seramai empat penjenayah Geng Buyong daripada 10 anggotanya telah ditembak mati. Sebelum ini, polis menembak mati dua anggota penjenayah itu di hotel bajet Kencana Lodge di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan pada 18 April lalu. Dua suspek itu ialah Elezulhelmie Ilias, 24, yang dikenali sebagai Emi Lias dan rakannya, Ahmad Izzudin Che Deraman, 24, yang dipanggil Din Billion. Berikutan kejayaan menumpaskan Mohd. Hazwan dan Mohd. Nasrul itu, polis memburu enam lagi anggota Geng Buyong termasuk ketuanya yang dikenali sebagai Buyong atau nama sebenarnya Nor Tarmimi Md. Salleh, 29. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Terkejut air telaga bertukar merah Posted: Terkejut air telaga bertukar merahOleh TOREK SULONG ORANG ramai mengambil air berwarna merah dari sebuah telaga di Pasir Puteh, Kelantan semalam. PASIR PUTEH – Sebuah telaga berusia lebih 10 tahun di Kampung Pintu Gerbang, Dalam Ru dekat sini kini menjadi tumpuan orang ramai apabila airnya yang jernih bertukar kepada warna merah seperti sirap. Pemilik perigi berkenaan, Ramli Mohd. Nor, 47, berkata, air telaga sedalam 3.65 meter itu yang selama ini digunakannya untuk menghasilkan keropok secara kecil-kecilan mengalami perubahan tersebut sejak dua minggu lalu. Lebih menakjubkannya, walaupun berubah warna sehingga dianggap aneh, air tersebut tidak berbau manakala rasanya tawar seperti air biasa. "Sudah lama saya gunakan air perigi ini yang sememangnya jernih dan sebab itu saya terkejut apabila warnanya tiba-tiba berubah. "Saya cuba menyedut telaga ini dengan pam untuk membuang air yang berwarna merah tetapi keadaan tetap tidak berubah," katanya kepada Kosmo! semalam. Berikutan kejadian itu, dia menggali telaga itu sedalam semeter lagi dengan harapan airnya akan kembali jernih tetapi ia tidak berlaku. Menurutnya, kerja-kerja menggali dan mengepam air perigi itu yang dilakukan sejak tiga hari lepas dengan bantuan penduduk kampung terpaksa dihentikan semalam kerana tiada perubahan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Jangan terpedaya janji kosong pembangkang Posted: Jangan terpedaya janji kosong pembangkangNAJIB bersalaman dengan orang ramai ketika mengadakan tinjauan mesra sempena majlis pemimpin bersama rakyat di pekan Kabong, Saratok semalam. KABONG (Sarawak) - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat tidak dapat hidup dengan harmoni jika terus terpedaya dengan pembangkang yang hanya pandai menabur janji bagi meraih sokongan undi setiap kali menjelang pilihan raya. Perdana Menteri berkata, pembangkang hanya mampu memperdagangkan janji kosong dan selepas mendapat apa yang dihajati, mereka tidak mampu menunaikan janji kepada rakyat. "Pembangkang mungkin boleh menjanjikan kita bermacam-macam. Pada pilihan raya umum 2008, mereka buat banyak janji di Selangor tetapi hari ini kebanyakan janji itu tidak ditunaikan," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat yang dihadiri oleh 5,000 penduduk pekan Kabong di sini semalam. Turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Najib berkata, sikap pemimpin pembangkang itu berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mana pemimpinnya sentiasa memastikan rakyat tidak kira di bandar mahupun luar bandar mendapat nikmat pembangunan secara adil dan saksama. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan