Jumaat, 20 April 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


61 pelajar diserang histeria

Posted: 19 Apr 2012 03:55 PM PDT

KUALA LANGAT: Sebuah sekolah menengah di sini, terpaksa bercuti sehari, semalam, selepas lebih 60 pelajar sekolah itu mengalami histeria dalam dua kejadian berasingan dalam tempoh seminggu dengan kali terakhir, kelmarin.

Kejadian bermula apabila seorang perempuan diserang histeria pada Selasa lalu diikuti keesokannya 60 pelajar lain termasuk dua pelajar lelaki yang belajar sesi pagi dan petang sekolah berkenaan turut 'dijangkiti' histeria.

Difahamkan kejadian itu berlaku mungkin berpunca daripada aktiviti pembersihan hutan kecil yang terletak kurang 100 meter di belakang sekolah.

Seorang pekerja sekolah yang hanya mahu dikenali sebagai Ani berkata, tapak hutan terbabit milik persendirian yang dibersihkan seminggu lalu sebelum dijual kepada seorang individu bagi membina kilang dan membangunkan kawasan itu.


Katanya, sebelum ini tiada kejadian seperti itu berlaku di sekolah berkenaan sehingga kerja penebangan dan pembersihan pokok dilakukan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




MPSJ mohon ketepi injunksi halang kontraktor

Posted: 19 Apr 2012 03:52 PM PDT

SUBANG JAYA: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam proses mengetepikan permohonan injunksi sementara terhadap permohonan dikemukakan penduduk Bandar Puteri 9, dekat sini, yang menghalang kontraktornya menggunakan laluan alternatif bagi meneruskan kerja pembaikan cerun.

Timbalan Yang Dipertuanya, Abdullah Marjunid berkata, pihaknya bertindak sedemikian selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selasa lalu, membenarkan permohonan injuksi sementara yang dipohon penduduk dan pemilik rumah bagi menghalang MPSJ menggunakan tanah mereka.


"Berikutan perintah itu, kerja membaiki cerun terpaksa dihentikan dan kontraktor tidak dapat meneruskan kerja mereka. "Kami perlu menutup terus jalan mendap itu bagi memudahkan kerja pembaikan membaiki tembok berkenaan," katanya ketika sidang media selepas Program Bicara Tokoh bersama Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Menurutnya, Akta 133 (Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974) akan digunakan supaya empat pemilik kediaman merobohkan struktur pagar rumah mereka bagi membolehkan kerja pembinaan jalan sementara itu dilakukan.


"Kami sudah mengeluarkan notis kepada mereka mengenai perkara itu dan mula membina jalan alternatif pada 6 April lalu. Sepatutnya laluan itu dibuka, namun dihalang," katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan