Khamis, 19 April 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Jual bayi di bar

Posted: 18 Apr 2012 02:52 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan diselamatkan polis ketika dalam proses untuk dijual dengan harga RM4,000 oleh seorang lelaki Myanmar kepada seorang wanita tempatan di sebuah bar di Jalan Hang Kasturi, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, polis menahan lelaki Myanmar terbabit yang berusia 30-an untuk siasatan lanjut.

Sumber polis berkata, sebelum serbuan ke bar itu dilakukan, polis mendapat maklumat daripada seorang lelaki tempatan yang menerima tawaran untuk membeli bayi berusia empat bulan daripada lelaki Myanmar terbabit.

Menurutnya, sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur melakukan serbuan ke bar yang dikenal pasti pada waktu 'urus niaga' dirancang iaitu pada jam 4.30 petang.


"Sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui seorang lelaki Myanmar mendukung seorang bayi lelaki berusia empat bulan dan berunding dengan seorang wanita tempatan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tahan sakit 30 minit

Posted: 18 Apr 2012 02:52 PM PDT

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hanya mampu menangis dan menahan sakit selama setengah jam selepas tangan kanannya tersepit di dalam mesin permainan di sebuah kedai runcit di Kedai Mulong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa, Mohd Asyraf Mohd Huzaini dari Kampung Batu Lapan, Kadok, dekat sini, yang berkunjung ke kedai runcit itu bersama bapanya, Huzaini Yahya, 32, pada mulanya memasukkan syiling ke dalam sebuah mesin permainan, tetapi barang permainan tidak keluar menyebabkan dia memasukkan tangan kanannya di lubang mesin permainan itu.

Bagaimanapun, cubaannya mengeluarkan semula tangan gagal sehingga terpaksa ditenangkan ibunya, Rosnita Wahab, 28, dan dibantu anggota bomba.

Huzaini berkata, dia terkejut mendengar anaknya menangis ketika berada di kaunter pembayaran.


Katanya, sebelum kejadian, dia memberikan anaknya syiling 50 sen selepas diminta kanak-kanak itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan