Kosmo Online |
Kemalangan di tempat kerja masih tinggi - MTUC Posted: Kemalangan di tempat kerja masih tinggi - MTUC28/04/2012 1:22pm KUALA LUMPUR – Kemalangan di tempat kerja di Malaysia terus meningkat dengan 57,639 kes dilaporkan pada 2010 berbanding 55,186 pada 2009, kata Naib Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), A. Balasubramaniam. Katanya, angka itu yang berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dianggap tinggi jika dibanding dengan jumlah tenaga kerja yang ada. "Kita sebuah negara yang mempunyai jumlah penduduk yang kecil, justeru bilangan pekerja juga tidak ramai. Yang tinggi cuma kemalangan berkaitan kerja," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Kenyataan itu sempena hari memperingati pekerja yang cedera dan meninggal dunia peringkat antarabangsa yang jatuh pada hari ini. Kira-kira dua juta maut akibat kemalangan di tempat kerja di seluruh dunia sejak 17 tahun lepas, manakala 1.2 juta lagi cedera dan 160 juta jatuh sakit akibat terdedah kepada keadaan tempat kerja yang tidak selamat, tidak sihat dan tidak sesuai. – BERNAMA |
FAS, Johor FC kena hukuman berat FAM Posted: FAS, Johor FC kena hukuman berat FAM28/04/2012 2:42am PETALING JAYA — Nasib malang terus menimpa Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) apabila dikenakan denda berjumlah RM46,000 kerana kegagalan menyediakan keselamatan yang efektif ketika menentang Kelantan pada perlawanan Liga Super di Stadium Negeri Sarawak, Kuching pada 7 April lepas. Minggu lepas, FAS dikenakan denda RM29,500 oleh Jawatankuasa Disiplin FAM kerana gagal mematuhi arahan sama pada perlawanan Liga Super menentang Lions XII pada 17 Mac lepas di stadium sama. Selain hukuman denda, Sarawak perlu bermain di stadium kosong dalam empat perlawanan di gelanggang sendiri. Pengerusi Jawatankuasa Displin FAM, Datuk Taufek Abdul Razak berkata selain itu pasukan Johor FC turut dikenakan denda RM20,000, selain diberikan amaran keras, kerana kegagalan mengawal penyokong sendiri yang membaling botol air sehingga terkena kepala kapten Lions XII, Shahril Ishak ketika pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 7 April lepas. Perlawanan tersebut dimenangi oleh Lions XII menerusi jaringan tunggal penyerangnya, Khairul Nizam pada minit ke-42. Mereka sepatutnya tahu mengawal emosi penyokong sendiri selain memastikan tahap keselamatan yang baik ketika beraksi di gelanggang sendiri, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut yang berlangsung hampir tiga jam di Wisma FAM, di sini, semalam. "Hukuman yang kita kenakan ini tidak boleh dirayu kerana ia merupakan denda minimum yang dikenakan kepada kedua-dua persatuan itu. "Kita menjatuhkan hukuman ini bukan untuk menyusahkan mana-mana pasukan sebaliknya lebih memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat untuk meningkatkan kawalan di stadium pada masa depan," katanya. Taufek berkata FAS turut dikenakan hukuman bermain di laman sendiri tanpa kehadiran penyokong selama empat perlawanan dan hukuman itu dijangka bermula pada perlawanan Liga Super membabitkan pasukan yang digelar "Bujang Senang" itu menentang Kuala Lumpur pada 4 Mei ini. Selain gagal menyediakan kawalan keselamatan yang sepatutnya di stadium, FAS turut dikenakan tiga lagi pertuduhan iaitu penyokong menyerang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan menumbuknya sehingga pengsan. FAS turut dituduh dengan membiarkan penyokong mereka membaling botol air ke arah penolong pengadil Azman Ismail semasa perlawanan Sarawak menentang Kelantan, serta membiarkan penyokong mereka membaling botol air dan mercun ke arah penyokong Kelantan. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan