Rabu, 25 April 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Isteri muda pilihan hati

Posted: 24 Apr 2012 11:26 AM PDT

PETALING JAYA: Malang nasib si isteri tua kerana suami yang membuat kejutan dengan membawa pulang isteri muda, mengugut untuk menikamnya dengan pisau selepas dia bergaduh dengan madunya itu.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Desaria, di sini, jam 12.30 tengah hari kelmarin, isteri pertama yang berusia 52 tahun sebelum itu marah apabila suaminya yang sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah muncul bersama isteri muda yang juga warga Indonesia berusia 20-an.

Menurut sumber, isteri pertama yang juga tukang cuci itu marah dengan tindakan suaminya dan berlaku perang mulut dengan lelaki berusia 53 tahun terbabit.

"Dalam perang mulut itu, isteri tua mempersoalkan tindakan suaminya membawa pulang isteri muda dan memarahi suaminya supaya jangan balik ke rumah mereka.

"Tindakan isteri tua itu menyebabkan madunya berang dan menerkamnya sebelum kedua-duanya bergomol di ruang tamu rumah," katanya.

Sumber itu berkata, apabila melihat kedua-dua isterinya bergaduh persis ahli gusti, si suami menjerit supaya kedua-dua isterinya menghentikan pergaduhan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Gadai nyawa demi abang

Posted: 24 Apr 2012 11:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki nekad merempuh kepungan kira-kira 30 lelaki bagi menyelamatkan abangnya yang parah akibat dibelasah dan ditetak dengan parang oleh kumpulan lelaki itu dan terpaksa memapah abangnya sejauh lebih 20 meter untuk keluar dari tempat kejadian.

Kejadian berlaku depan sebuah premis perniagaan di Desa Melawati, di sini, pada jam 1 pagi Ahad lalu selepas abang lelaki itu parah diserang kumpulan lelaki terbabit.

Sumber berkata, sebelum itu mangsa berusia 40-an melihat berlaku pergaduhan membabitkan sekumpulan kira-kira 30 lelaki dan dia berniat ingin menyuraikan pertelingkahan terbabit kerana mengenali seorang daripada mereka yang terbabit dalam insiden itu.

"Bagaimanapun niat baiknya mengundang padah apabila mereka yang tidak berpuas hati menyerangnya, malah mengepung sebelum membelasah mangsa bertubi-tubi dengan parang.


"Mangsa cuba melawan untuk menyelamatkan diri, namun gagal malah dia ditetak di tangan dan kepala bertubi-tubi," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan