Jumaat, 27 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Kementerian nafi organ mayat penjenayah dijual

Posted:

Kementerian nafi organ mayat penjenayah dijual

Kementerian nafi organ mayat penjenayah dijual

27/04/2012 8:43pm

KUALA LUMPUR — Kementerian Luar menafikan laporan media yang mendakwa mayat tiga penjenayah warga Indonesia yang ditembak mati ketika merompak sebuah rumah di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 24 Mac lepas menjadi mangsa penjualan organ manusia.

Menurut kenyataan kementerian itu yang dikeluarkan di sini hari ini, hasil laporan daripada Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, proses bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat ketiga-tiga penjenayah itu dilakukan mengikut tatacara yang sewajarnya.

Pihak hospital turut memaklumkan bahawa mereka tidak pernah mengambil atau mengalih apa-apa organ dalaman ketiga-tiga subjek ketika proses autopsi dijalankan pada 26 dan 27 Mac lepas.

Dalam kejadian pada 24 Mac lepas, polis terpaksa melepaskan tembakan selepas penjenayah terbabit cuba menyerang anggota polis apabila menyedari kehadiran pasukan keselamatan itu.

Kenyataan itu turut menyebut kementerian berkenaan menghulurkan bantuan sepenuhnya kepada delegasi Wakil Khas Kementerian Luar Indonesia (Kemlu) untuk mengadakan perbincangan dengan pihak Polis Diraja Malaysia dan Hospital Tuanku Jafaar, Seremban.

"Ini termasuk menemui pegawai-pegawai kesihatan yang menjalankan bedah sisasat berkenaan bagi mendapatkan fakta-fakta yang perlu bagi kes ini," katanya.— BERNAMA

Warga asing cuba samun ditembak mati

Posted:

Warga asing cuba samun ditembak mati

Warga asing cuba samun ditembak mati

27/04/2012 8:40pm

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki rakyat asing ditembak mati ketika memecah masuk sebuah banglo di Taman Bukit Ledang, Jalan Duta di sini bersama tiga lagi rakannya, awal hari ini.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditembak oleh pemilik rumah berkenaan, manakala tiga lagi rakannya dapat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Brickfield, ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid berkata, empat lelaki yang memakai topeng muka memecah masuk rumah berkenaan dengan mengumpil pintu utama pada pukul 2.30 pagi.

"Pemilik rumah itu, seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 60-an yang menyedari kejadian itu bergegas untuk melihatnya dan menembak seorang daripada suspek.

"Suspek mati di tempat kejadian dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif kejadian sebenar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Wan Abd Bari berkata, polis kini mengesan tiga lagi lelaki yang melarikan diri dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, katanya.— BERNAMA

Tweet fitnah: Penulis diperintah bayar RM500,000

Posted:

Tweet fitnah: Penulis diperintah bayar RM500,000

Tweet fitnah: Penulis diperintah bayar RM500,000

27/04/2012 8:37pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan "Citizen Nades", penulis pojok akhbar The Sun, membayar RM500,000 sebagai ganti rugi kepada seorang ahli perniagaan berhubung tweetnya yang bersifat memfitnah, pada 2010.

Ini dipercayai kes Malaysia yang pertama menganugerahkan ganti rugi atas sebab fitnah di laman Twitter.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah memerintahkan Nadeswaran membayar sejumlah RM300,000 sebagai ganti rugi am dan RM200,000 ganti rugi teruk kepada Datuk Mohamad Salim Fateh Din.

Dalam keputusannya hakim itu berkata, mahkamah berpendapat amaun itu adalah adil dan wajar sebagai mencerminkan tahap kerosakan akibat penerbitan perkataan-perkataan yang memfitnah.

Beliau berkata mahkamah telah mengambil kira bahawa "defendan adalah seorang wartawan yang ruangannya 'Citizen Nades' menarik bilangan pengikuti yang ramai membincangkan isu-isu kepentingan awam, yang mengundang perbincangan dan pendapat di kalangan pembacanya dan beliau mempunyai lebih 4,000 pengikut di Twitternya.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan