Sabtu, 21 April 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Bahasa jadikan kita warga global berjaya

Posted: 21 Apr 2012 04:08 PM PDT

Nasional

  NAJIB   bersalaman dengan warga tua  sebelum bersarapan bersama mereka  di Pasar Bandar Kim Fung, Sandakan, semalam.

NAJIB bersalaman dengan warga tua sebelum bersarapan bersama mereka di Pasar Bandar Kim Fung, Sandakan, semalam.

Rakyat digalak kuasai Mandarin, Arab

SANDAKAN: Rakyat, terutama pelajar digalakkan menguasai lebih daripada bahasa Melayu dan Inggeris bagi memastikan mereka berdaya saing ketika memohon pekerjaan atau memulakan perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata antara bahasa yang perlu dikuasai termasuk Mandarin dan Arab kerana ia bukan saja digunakan komuniti antarabangsa, malah memudahkan persaingan mendapatkan pekerjaan dan menceburi perniagaan.

Sekarang Mandarin sudah jadi bahasa pertuturan antarabangsa. Jika kita menguasai bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin, ia menjadikan kita hebat untuk bersaing pada peringkat antarabangsa. - Najib Razak, Perdana Menteri

"Saya menggalakkan pelajar menguasai pelbagai bahasa, terutama sejak di bangku sekolah kerana ia memberi kelebihan kepada kita untuk menjadi warga global yang berjaya seantero dunia.

"Sekarang bahasa Mandarin sudah jadi bahasa pertuturan antarabangsa. Jika kita menguasai bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin, ia menjadikan kita hebat untuk bersaing pada peringkat antarabangsa," katanya pada majlis pecah tanah Bangunan Serba Guna Sekolah Menengah Yu Yuan di sini, semalam.

Hadir bersama 2,000 hadirin adalah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Timbalannya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Ahli Parlimen Sandakan, Datuk VK Liew; dan Pengerusi Lembaga Pengelola sekolah berkenaan, Ramona Lai Ai Fong serta kira-kira 2,000 hadirin.

Ditubuhkan pada 1963, ia adalah sekolah persendirian pertama di bandar ini dan menyediakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), iaitu peperiksaan khas untuk pelajar aliran Cina, selain Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mengambil contoh dua anaknya mempelajari bahasa Mandarin dan Arab, Najib berkata, seorang daripada mereka yang menuntut di sebuah universiti di Amerika Syarikat turut mengambil satu kertas pilihan, bahasa Mandarin.

Pada cuti semester musim panas lalu, anak Perdana Menteri dihantar ke Beijing University of Foreign Studies di China untuk mendalami bahasa Mandarin, manakala seorang lagi mengambil kertas bahasa Arab.

Sambil memuji dua pelajar perempuan fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin yang mengacara majlis pecah tanah itu, Perdana Menteri berkata, penguasaan bahasa ketiga selain bahasa Melayu dan Inggeris membolehkan pelajar bersaing dengan lebih yakin ketika memasuki alam pekerjaan.

Najib turut mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi membantu membina bangunan serba guna bernilai RM5 juta di sekolah itu kerana percaya sekolah sedemikian mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan komuniti setempat.

Penyenaraian FVGH terus dapat sokongan

Posted: 21 Apr 2012 04:05 PM PDT

Nasional

  PENDUDUK FELDA  Chalok Barat dan FELDA Selasih mengadakan bantah perhimpunan  dan sokongan kepada FGVH secara aman di FELDA Chalok Barat, Setiu,  semalam.

PENDUDUK FELDA Chalok Barat dan FELDA Selasih mengadakan bantah perhimpunan dan sokongan kepada FGVH secara aman di FELDA Chalok Barat, Setiu, semalam.

PERMAISURI: Tiga lagi kumpulan warga FELDA tampil menyuarakan sokongan mereka terhadap usaha kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FVGH) di Bursa Malaysia, Jun depan.

Semalam, lebih 800 warga FELDA Chalok, FELDA Chalok Barat dan FELDA Selasih di sini, mengadakan demonstrasi secara aman di FELDA Chalok Barat, bagi menyatakan sokongan mereka kepada rancangan penyenaraian FGVH dan membantah perhimpunan BERSIH 3.0, Sabtu ini.

Perhimpunan disertai sebahagian besarnya generasi kedua penempatan FELDA berkenaan berlangsung hampir sejam bermula pada 11 pagi apabila kumpulan berkenaan mula melaungkan 'Hidup masyarakat FELDA, Hidup 1Malaysia' sambil memegang sepanduk 'Kami warga FELDA menolak perhimpunan BERSIH 3.0' selain sepanduk 'Kami sokong FGVH'. Ketua Peneroka FELDA Chalok Barat, Wan Mohd Nawi Awang, berkata seluruh warga FELDA menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kepemimpinan FELDA serta membantah sekeras-kerasnya perhimpunan 0 yang disifatkan sebagai melunaskan agenda politik parti pembangkang.

"Kepemimpinan Perdana Menteri banyak membela nasib orang Melayu khususnya peneroka FELDA kerana kehidupan peneroka semakin terbela, malah tidak lama lagi Perdana Menteri nak umum durian runtuh kepada seluruh warga FELDA," katanya.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Rancangan FELDA Chalok Barat, Sidek Salleh, berkata penyenaraian FGVH adalah satu usaha kerajaan membantu ekonomi masyarakat FELDA untuk terus berkembang terutama untuk generasi akan datang.

"Kami bersyukur kerana nasib masyarakat FELDA semakin terbela sejak pentadbiran Najib terutama menerusi peluang pekerjaan yang bertambah untuk generasi kedua dan ketiga selain pinjaman membina rumah sebanyak RM40,000 dan biasiswa kepada anak yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) sebanyak RM2,000," katanya.
Setiausaha Gerakan Wanita FELDA Chalok Barat, Semek Mat Lela, berkata sesudah mendapat penerangan jelas daripada pengurusan tertinggi FELDA, kalangan peneroka tidak nampak apa-apa kerugian jika FGVH disenaraikan.

Peneroka, Hassan Abdul Rahman, 63, yang sudah 30 tahun di FELDA itu berkata, beliau amat bersyukur kerana perhimpunan secara aman dapat dilaksanakan bagi menzahirkan pernyataan sokongan peneroka kepada penyenaraian FGVH, sekali gus seharusnya menjadi petunjuk kepada pemimpin pembangkang untuk berhenti daripada mempolitikkan isu itu.

Kelmarin lebih 200 peneroka FELDA Belara Kuala Terengganu turut berhimpun di penempatan itu menyokong penyenaraian FGVH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan