Isnin, 23 April 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Taja siswa protes jalanan

Posted: 22 Apr 2012 03:34 PM PDT

MukaDepan

Parti politik didakwa biaya pelajar kita jalani latihan demonstrasi di luar negara

BATU PAHAT: Dua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mendedahkan, sebuah parti politik menaja mahasiswa untuk mempelajari dan berlatih cara mengadakan demonstrasi jalanan yang dianjurkan pertubuhan di negara luar termasuk Indonesia.

Tujuan utama kumpulan itu adalah bagi menimbulkan kekacauan dan provokasi kepada pihak berkuasa seterusnya menarik perhatian media serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing.

Sebelum dihantar mengikuti kursus 'demonstrasi jalanan' itu, mahasiswa itu dipujuk bagi mengikuti perjuangan parti politik berkenaan. Mereka yang mendedahkan perkara itu kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi pada satu majlis pertemuan minggu lalu, berkata seorang pelajar IPTA yang digantung pengajian dan sering kelihatan pada setiap demonstrasi jalanan yang membabitkan parti politik itu, turut dihantar bersama mereka ke Indonesia.

Selain itu, mereka juga dihantar ke lapangan bagi memerhatikan bagaimana peserta demonstrasi melakukan provokasi dan menimbulkan kekacauan kepada ketenteraman awam serta pihak berkuasa selain diajar mengenai doktrin manipulasi bagi mendapat perhatian awam dan paling utama media dan NGO asing.

Difahamkan parti itu semakin giat menghantar mahasiswa untuk tujuan itu, sejak tahun lalu.

Mohd Puad berkata, dua mahasiswa itu juga berkata, mereka dijanjikan pelbagai habuan termasuk wang ringgit dan semua perbelanjaan ditanggung oleh parti politik itu.
"Mereka juga diberi jaminan akan dibela dan 'dijaga' jika dikenakan tindakan disiplin atau undang-undang daripada pihak universiti dan pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas menutup Program Mesra Rakyat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kawasan Batu Pahat 2012, di Kampung Sungai Jambi, Rengit, dekat sini, semalam.

Mohd Puad berkata, mahasiswa itu memberitahunya, provokasi yang dilakukan amat penting bagi mendapat perhatian media asing yang kemudian akan merakamkannya sebelum menyiarkan ke seluruh dunia.

"Mahasiswa itu turut ditanamkan dengan doktrin bahawa mereka dijulang sebagai wira jika gambar demonstrasi mereka disiarkan media antarabangsa," katanya.

Pendedahan mahasiswa ini katanya, memberi pengesahan dakwaan ada parti politik di negara ini menerima dana asing yang disalurkan NGO luar bagi menimbulkan kekacauan dalam negara.

"Jika tidak masakan mahasiswa bersetuju dengan arahan dan menerima ideologi mereka termasuk mengadakan demonstrasi jalanan jika tidak dijanjikan kemewahan hidup selain dihantar ke luar negara untuk dilatih berdemonstrasi dengan segala perbelanjaan ditanggung," katanya.

Difahamkan pelajar institusi pengajian tinggi ini dihantar secara berperingkat sekurang-kurangnya 10 orang setiap perjalanan dan tinggal di negara yang dipilih kira-kira dua minggu.

Ada juga di antara mereka yang pulang ini melatih pelajar lain termasuk dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Mawar Putih.

rakyat malaysia buka lah minda jangan jadi pak kadok..... ayam sabung menang..... x sedor kampung sudah tergadai.

Mohd Redzham Bin Salleh

Kalau gejala seperti ini dibiarkan berterusan, lama-kelamaan negara akan kehilangan generasi pelapis kepemimpinan yang berkualiti. Apa tidaknya, bukannya melahirkan mahasiswa berkualiti, sebaliknya golongan yang taksub dengan demonstrasi jalanan. Harap kerajaan bukan sahaja memantau, tetapi mengambil tindakan pencegahan lebih awal...

HJ SHARI

Baiknya jika pelajar diberi ilmu bangai mana sayangkan negara dan pertahankan daripada diroboh oleh pengaruh kurang bermaruah.

wanjeff

Mengapa harus mempergunakan pelajar2 ini? Mengapa harus mengorbankan masa depan mereka? Ibu bapa mereka berkorban menghantar anak2 mereka belajar demi utk masa depan pelajar itu sendiri dan keluarga mereka amnya. Kalau nak berpolitik, biarlah sesama kamu2 saja...apa kejadahnya membabitkan pelajar2 ini smua...

A Samad Said

Suara kecil bergema di padang kebanggaan,
Tiada makna hanya helah mereka,
Janji dimulut tidak dikotakan, langsung terjadi pergolakkan,
runtuhlah akhlak, runtuhlah bangsa,
anak muda yang pendek akalnya diperbodohkan begitu sahaja,

kita hidup aman sejahtera,
air yang tenang dikocak hingga berombak,
hancurlah akhlak, hancurlah bangsa,
anak muda gunalah akalmu, majulah negaraku.

ida

mana pi perisik2 tentera dan polis dlm ini. adalah elok jika dpt dibendung sblum jd parah

SADIS BIN DERAAN

Apakah dosa pelajar berkaitan, menghancurkan masa depannya dan memusnahkan harapan ibu bapa. Tumbanglah bunga bangsa dan harapan negara. Begitulah petualang bangsa dan pemimimpin politik yang boborok.

mhr

Baik dibendong awal,kalau tidak negara musnah disebabkan mahasiswa yg akalnya dirobek oleh pengaruh jahat dan dengki terhadap kemakmuran negara.

bekas siswa 80an,Padang Kota Lama

bukan nye elok asyik demonstrasi.Siswa lain struggle tak cukup masa, tak cukup tido siapkan assignment,coursework, report, design,thesis & mcm2 lagi.jgn bohong la klu kata byk masa. Lepas ni nak pressure hapus PTPTN pula ish..ish ni kena pi Pejabat Kaunseling.

Someone

Rosak anak anak kita. Penat penat kerajaan menjaga dan mengajar untuk jadi baik, kerana kuasa, ada pula pihak lain yang sanggup merosakkan anak anak ini. Cuba bayangkan generasi apa yang akan lahir nanti di Malaysia ni. Warga yang tidak lagi mematuhi undang undang. Kucar kacir.

pelajargila

sepatutnya zaman menjadi mahasiswa digunakan sebaik mungkin utk menimba ilmu yang bermanfaat...bermuzakarah ilmu dengan pensyarah2 ataupun menghabiskan masa di perpustakaan..kalau nak beraktiviti luar kampus pun berpadalah...zaman sekarang orang lebih mengutamakan nilai ilmu, pengalaman..ini tidak, lain pulak yang dibuat di universiti..tak hairanlah klau sifu diorang macam tu dulu di UM sibuk bermenstrasi jalan, tak graduat pun...jadi pencacai sahaja..

luqman

Inilah namanya pelajar yang kurang didikan, belajar untuk "kurang ajar". Saya nak tanya pembangkang dan pengikut-pengikutnya, apakah perkara paling bernilai di sesebuah negara? bagi saya ialah KEAMANAN DAN KEBEBASAN, kalau kerajaan tak bantu sekali pun saya masih ada tulang empat kerat cari rezeki di bumi bertuah ini sebab adanya ke amanan, saya tak akan mengharap dan tak akan meminta-minta subsidi yang kerajaan telah taburkan di bumi Malaysia ini, saya nak tanya juga siapa rasa tak BEBAS hidup di Malaysia ini, tapi kalau nak sex bebas itu bukan BEBAS namanya itu maksiat, tunggu saja balah dari Tuhan.

SALTMASIN

macam ni ka nak jadi pemimpin akn datang kalau dkt ngara sndri pun nak jadi pengganas. Ya Allah ampunkan dosa kami semua dan amankan la negara kami


Tiada ulasan:

Catat Ulasan