Rabu, 25 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


59 sertai cabaran jetski dunia di Terengganu

Posted:

59 sertai cabaran jetski dunia di Terengganu

59 sertai cabaran jetski dunia di Terengganu

25/04/2012 7:50pm

KUALA TERENGGANU — Seramai 59 pelumba jetski akan bersaing dan merebut hadiah keseluruhan bernilai RM180,000 dalam kejohanan Cabaran Jetski Jemputan Dunia Terengganu yang akan berlangsung di Pantai Batu Buruk mulai Jumaat ini.

Kejohanan jetski bertaraf dunia itu akan berlansung selama tiga hari dan disertai pelumba-pelumba dari Australia, Perancis, Thailand, Britain, Jepun, Brunei, Finland, Greece dan Singapura.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, kejohanan jetski yang masuk tahun ketiga itu melibatkan sembilan kategori pertandingan.

"Selain kategori Pro-AM Runabout, Expert Runabout dan Master Runabout, perlumbaan kelas Endurance satu acara lasak dengan hadiah kejohanan tertinggi, RM18,000.

"Peserta akan melalui cabaran di kawasan litar terbuka antara Pantai Batu Buruk dan perairan menghala ke Pulau Kapas dengan meredah ombak, arus dan angin laut," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Abdul Rahin berkata, kejohanan itu turut menerima beberapa juara dunia sukan jetski yang dapat memberi suntikan semangat seperti juara dari Perancis, Mehdi Menad, Seth Wilkinson (Britain), Toshi Ohara (Jepun) dan Supak Settura (Thailand).— BERNAMA

Senarai 18 pemain piala remaja Asia diumum

Posted:

Senarai 18 pemain piala remaja Asia diumum

Senarai 18 pemain piala remaja Asia diumum

25/04/2012 7:43pm

MELAKA — Malaysia akan menamakan senarai 18 pemain bagi menggalas cabaran negara pada Kejohanan Hoki Piala Remaja Dunia Zon Asia selepas berakhir siri tiga perlawanan persahabatan menentang Australia County esok.

Jurulatih, Dharmaraj Abdullah berkata, tiga perlawanan persahabatan itu akan menjadi kayu pengukur kemampuan sebenar skuad negara yang disandarkan sasaran juara pada kejohanan bermula 3 hingga 13 Mei ini.

Pada perlawanan persahabatan pertama di StadiuM Hoki Bukit Serindit di sini, pasukan Malaysia membenam Australia County 7-1 manakala perlawanan kedua dan ketiga akan berlangsung malam ini dan esok.

"Keseluruhan saya berpuas hati dengan dengan skuad 19 pemain ini yang telah menjalani beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum ini termasuk menentang Korea Selatan dan Pakistan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebelum ini menyasarkan skuad hoki negara meraih tempat ketiga terbaik kejohanan dalam misi melayakan diri ke Piala Dunia Remaja di India tahun depan.— BERNAMA

Halang pegawai DBKL bertugas: 4 didakwa

Posted:

Halang pegawai DBKL bertugas: 4 didakwa

Halang pegawai DBKL bertugas: 4 didakwa

25/04/2012 7:40pm

KUALA LUMPUR — Empat pemuda hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan menghalang empat pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari menjalankan tugas di Dataran Merdeka, Jalan Raja, di sini pada 12.50 tengah hari semalam.

Muhammmad Karim Abdullah, 24; Muhammad Aliff Hafiz Zainuddin, 21; Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, 21; dan Shaiful Buhari Ramlan, 25; didakwa dengan sengaja menghalang pegawai-pegawai itu dari memindahkan khemah yang didirikan tanpa kebenaran di dataran itu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Majistret Nur Azura Murah membenarkan Muhammmad Karim dan Muhammad Alif Hafiz masing-masing diikat jamin RM900 dengan seorang penjamin manakala Shaiful Buhari dan Ekhsan Bukharee diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 10 Mei depan untuk sebutan kes.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan