Harian Metro: Setempat |
Tujuh kereta terperangkap dalam air Posted: 18 Apr 2012 02:25 PM PDT KUALA LUMPUR: Hujan lebat lebih satu jam menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara dinaiki air terutama di Segambut Dalam dan Kepong menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kereta terperangkap, semalam. Kejadian pada jam 5.30 petang itu menyebabkan tujuh kereta terperangkap di Segambut Dalam dibawa keluar dengan menggunakan trak penunda.
Katanya, hanya dalam lima minit kereta Nissan Serena miliknya dinaiki air separas tayar dan enjin mati.
Dia yang tinggal di Mont Kiara berkata, air mengalir deras menyebabkan orang ramai mengalami kesukaran untuk bergerak ke tempat lebih tinggi, bagaimanapun semuanya terselamat.
"Kami minta pihak berkenaan mengambil tindakan kerana arah aliran air naik dengan cepat ekoran sungai berdekatan seperti tersumbat," katanya. |
Posted: 18 Apr 2012 02:22 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 69 tahun membuat laporan meminta polis menahan anak lelakinya selepas dia gagal mengawal suspek. Warga emas itu bertindak demikian selepas anak lelakinya berusia 20-an membelasahnya selain memukul wakil penduduk di sebuah flat di Jinjang, di sini, kelmarin hanya kerana mereka menasihatkannya supaya berubah.
Menurut sumber, bapa mangsa yang gagal mengawal anak lelakinya itu meminta wakil penduduk di kawasan perumahan berkenaan menasihatkan suspek dengan harapan nasihat itu didengari suspek.
Sumber itu berkata, suspek menyerang wakil penduduk berkenaan dengan menampar mangsa beberapa kali sebelum memukulnya.
Difahamkan, suspek memecahkan pasu bunga dan papan kenyataan di kawasan perumahan itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan