Berita Harian: Nasional |
Posted: 27 Apr 2012 03:46 PM PDT Nasional NAJIB bersalam dengan orang ramai ketika melawat pasar di Sibu, semalam. PETRA JAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, kesilapan memilih calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) boleh menyebabkan Barisan Nasional (BN) berdepan situasi getir hingga gagal membentuk sebuah kerajaan yang kukuh. Menurut Perdana Menteri, pemilihan calon tetap menjadi faktor penting untuk mengkukuhkan sesebuah parti, sama ada pada peringkat kerajaan negeri atau Pusat. "Jika tak boleh bentuk kerajaan, habis cerita. Jika calon yang bertanding tidak menang apa gunanya jadi Presiden parti jika tidak boleh bentuk kerajaan dan tidak dapat mandat daripada rakyat."Tidak elok juga jika jadi ketua bahagian tetapi tidak dapat jadi sebahagian kerajaan. Sebab itu, saya berulang kali kata hanya nak calon berpotensi menang, bukannya calon pilihan," katanya berucap pada majlis makan malam bersama kepemimpinan BN Sarawak di kediaman rasmi Ketua Menteri, di sini, malam tadi. Turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; isterinya, Puan Sri Ragad Kurdi Taib dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang. Mengulangi pendiriannya mengenai pentingnya memilih calon pilihan raya yang mampu mengukuhkan kedudukan parti, Perdana Menteri menegaskan, kemenangan BN adalah kunci segalanya.
"Yang penting, mendapat mandat rakyat, semuanya ini bukan kerana saya tetapi sebab masa depan Sarawak dan rakyat Sarawak, juga masa depan Malaysia dan penduduk negara ini," katanya. Beliau berkata, berdasarkan pengalaman, sebarang masalah dalaman parti dapat ditangani apabila setiap 'ahli keluarga' dalam BN bersatu dan melalui proses pengukuhan antara satu sama lain walaupun ada ketikanya timbul ketidaksefahaman. Najib berkata, ada ketikanya apa yang diinginkan tidak diperoleh sepenuhnya, begitu juga 'ahli keluarga' lain yang tidak akan mendapat apa yang dihajati kerana perkara paling utama ada meletakkan kepentingan parti melebihi semuanya. "Saya harap semua faham dan sedar bahawa semuanya ini berkaitan dengan masa depan BN walaupun selepas sekian lama berkuasa di Sarawak sejak 1974 dan melalui cabaran. Dengan berkhidmat kepada rakyat, kita akan mendapat mandat untuk membentuk kerajaan," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, kepemimpinan BN perlu buktikan kepada rakyat dengan sentiasa turun padang, berkhidmat kepada rakyat, merendah diri dan bekerja keras bagi meraih sokongan rakyat. Sementara itu, Abdul Taib dalam ucapannya berkata, sebarang perubahan yang dilalui dalam proses pilihan raya terutama harus membawa kebaikan kepada rakyat dan negara ini. "Pastikan pembangkang bukan alternatif untuk rakyat Sarawak dan perubahan itu boleh membawa pelbagai masalah kepada rakyat," katanya. |
Pelan pendidikan ambil kira pandangan rakyat Posted: 27 Apr 2012 03:42 PM PDT Nasional MUHYIDDIN bersama isteri, Puan Sri Norainee diiringi Musa ketika tiba pada Majlis Perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau, Sabah, semalam. Timbalan Perdana Menteri berkata, kajian berkenaan dilaksanakan jawatankuasa kerja khas manakala sesi dialog mengenainya akan dimulakan bulan ini. "Kajian dijangka siap akhir tahun ini dan kita akan laksanakan beberapa langkah yang boleh dibuat awal tahun depan," katanya ketika berucap merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau, yang dibina dengan kos RM39 juta, di sini, semalam.Kajian dijangka siap akhir tahun ini dan kita akan laksanakan beberapa langkah yang boleh dibuat awal tahun depan. - Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Hadir sama, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Yahya Hussin serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun.Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, turut menerima tapak tanah bagi pembinaan Institut Aminuddin Baki cawangan Sabah di Menggatal, Kota Kinabalu. Muhyiddin berkata, Dasar Transformasi Nasional yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meletakkan bidang pendidikan sebagai antara aspek utama dalam menentukan kejayaan Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. "Untuk mencapainya bukan mudah dan ia adalah cabaran besar yang perlu kita hadapi. Satu daripada tumpuannya ialah pembangunan modal insan kerana ketika itu Malaysia bakal menjana Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) berjumlah RM1.3 trilion dan bagi mencapainya, kita memerlukan lebih ramai tenaga kerja terlatih. Sehubungan itu, kata Timbalan Perdana Menteri, tuntutan pendidikan bukan hanya terhad untuk pembangunan infrastruktur malah meliputi penyediaan tenaga pengajar terlatih bagi membolehkan negara melahirkan modal insan berkualiti, berilmu dan berkemahiran. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan