Kosmo Online - Negara |
Posted: Bersih 3.0 jadi huru-hara
KUALA LUMPUR - Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 yang kononnya mahu menuntut pilihan raya yang adil bertukar ganas apabila penyokongnya bertindak mencederakan 11 anggota polis serta merosakkan harta benda awam ketika menyertai perarakan haram menuju ke Dataran Merdeka semalam. Kesemua anggota tersebut termasuk seorang anggota wanita dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan pesakit luar akibat kecederaan di kepala, tangan serta patah gigi. Dua daripada anggota itu ditumbuk dan dipukul dengan kon dalam insiden sebuah kereta peronda Proton Waja diterbalikkan di hadapan kompleks beli-belah Sogo. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya masih berjaya mengawal keadaan, malah berjaya menyekat para penyokong Bersih 3.0 daripada memasuki Dataran Merdeka. Polis kelmarin mendapat perintah daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang pihak berkenaan daripada berkumpul di Dataran Merdeka mulai tengah malam kelmarin hingga 1 Mei. Katanya, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air kerana perusuh bertindak ganas. "Mereka membaling objek kepada polis dan memaksa polis membuka laluan untuk memudahkan mereka bergerak menghampiri Dataran Merdeka," katanya. Antara yang menyertai Bersih 3.0 ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Kemuncak perhimpunan pada pukul 12 tengah hari itu ialah perarakan seramai 25,000 penyokong pembangkang yang dibawa dari seluruh negara untuk menceroboh Dataran Merdeka tetapi usaha mereka gagal. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: PDRM nafi anggotanya terbunuhMARAHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKAR... Aksi ganas penyokong perhimpunan Bersih 3.0 merosakkan sebuah kereta peronda di hadapan kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur semalam. Ada tompokan darah di atas kaki lima jalan. KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam tadi menafikan ada anggotanya yang terkorban ketika ditugaskan mengawal demonstrasi Bersih 3.0 yang bertukar ganas semalam. Penafian itu dibuat PDRM melalui akaun Twitter rasmi pasukan itu. Sebelum ini khabar angin tersebar kononnya seorang anggota polis dipercayai dari unit trafik terbunuh akibat dibelasah peserta Bersih 3.0 di hadapan kompleks beli-belah Sogo. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Maut tersepit jenteraOleh NORLIDA AKMAR IDROS TON menunjukkan tempat Mohd. Hishammudin yang maut selepas tersepit di antara jentera pembajak dengan lantai kayu rumahnya di Kampung Simpang Empat,Alor Setar semalam. ALOR SETAR - Seorang peniaga pasar malam maut selepas tersepit di antara jentera pembajak kecil dengan lantai kayu tingkat atas sebuah rumah petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa, Mohd. Hishammudin Yusoff, 22, mahu mengeluarkan jentera jenama Jentani milik bapanya yang disimpan di ruang bawah rumah neneknya, Ton Yaakob, 70, di Simpang Empat Kangkung di sini. Bagaimanapun, jentera tersebut secara tiba-tiba terjungkit menyebabkan mangsa yang duduk di tempat duduk terangkat ke atas lalu tersepit di lantai kayu rumah tersebut. Bapa mangsa, Yusoff Ayob, 59, berkata, dia yang berada di tempat kejadian cuba menurunkan bahagian jentera yang terjungkit itu namun tidak terdaya kerana terlalu berat. "Saya cuba menyelamatkan anak saya tetapi tidak boleh kerana bahagian dadanya dihimpit besi jentera dan belakangnya pula tersepit kayu lantai," katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat Kangkung di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan