Selasa, 24 April 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Keputusan tentu jantina 19 Jun

Posted: 24 Apr 2012 12:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keputusan bagi mendapatkan perintah sama ada perlu atau tidak untuk isteri ketiga bekas dekan, Sri Wani Choo Abdullah menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi menentukan jantina ditangguhkan 19 Jun ini.

Tarikh itu ditetapkan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Nurul Wazeera Ahmad Dahlan di kamarnya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam berikutan Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan mempunyai urusan rasmi di Labuan.


Sri Wani hadir bersama peguam syarie Boestamam Ahmad yang baru dilantik mewakilinya serta ditemani seorang rakan.

Bagaimanapun, peguam syarie Muhammad Hafiz Ab Rashid yang mewakili suaminya, Dr Bahrom Sanugi, 61, tidak hadir . Penampilan Sri Wani berbaju kurung polos dan bertudung sedondon merah jambu berbeza dengan penampilannya pada prosiding lalu yang memakai jubah hitam dan bertudung ala purdah berwarna jingga dengan menutup wajahnya bagi mengelak dirakam jurugambar.


Semalam, dia 'mesra kamera dan media' apabila membenarkan gambarnya dirakam serta mahu menjawab yang diajukan wartawan walaupun secara ringkas.


"Saya serahkan kepada peguam," balasnya ketika diminta mengulas kehadirannya ke mahkamah. Pada 17 Januari lalu, pihak plaintif memfailkan permohonan untuk mengarahkan responden perlu menjalani ujian DNA bagi mengesahkan jantinanya dan ia dibuat mengikut Seksyen 85 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah 1998.




Keputusan Muet diumum Khamis ini

Posted: 24 Apr 2012 12:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keputusan Malaysian University English Test (Muet) sesi Mac 2012 akan dikeluarkan Khamis ini, demikian menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) semalam.

Pegawai Perhubungan Awam MPM, Khawari Idris berkata, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi tempat mereka mendaftar mulai jam 10 pagi, manakala calon persendirian memperolehnya melalui pos.


Calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT dan menghantarnya ke 15888, mulai jam 12.01 tengah malam Khamis ini.

"Calon juga boleh menyemak keputusan melaui sistem dalam talian melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM di http://ww.mpm.edu.my mulai jam 9 pagi pada tarikh berkenaan," katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan