Khamis, 19 April 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Kerjasama KL-Astana diperluaskan

Posted:

Kerjasama KL-Astana diperluaskan

Kerjasama KL-Astana diperluaskan

PUTRAJAYA 18 April - Peluang kerjasama antara Kuala Lumpur dan Astana diperluaskan dengan termeterainya tiga memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara sempena lawatan dua hari Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev ke Malaysia.

Tiga MoU itu adalah dalam bidang pengajian tinggi, pembangunan sumber mineral dan pelancongan.

Mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan, Nazarbayev berkata, negaranya mahu meneruskan rancangan pertukaran kepakaran dengan Malaysia.

"Ketika ini terdapat 2,000 pelajar Kazakhstan sedang belajar di Malaysia dan kita juga bersedia menerima pelajar dari Malaysia," katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Nazarbayev yakin lawatan beliau ke Malaysia akan mengeratkan hubungan masyarakat kedua-dua negara khususnya kumpulan peniaga.

"Peniaga Malaysia akan datang untuk berniaga di Kazakhstan dan pelaburan dua hala akan dapat ditingkatkan," katanya.

Ambil kira kepentingan hak asasi

Posted:

Ambil kira kepentingan hak asasi

Ambil kira kepentingan hak asasi

SHAH ALAM 18 April - Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diluluskan Dewan Rakyat semalam disifatkan menepati kepentingan hak asasi manusia di negara ini.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, perkara itu dapat dilihat menerusi pelaksanaan rang undang-undang tersebut dalam segi penahanan individu yang dipercayai terlibat dengan kesalahan keselamatan.

Katanya, menerusi Fasal 4 rang undang-undang itu mana-mana individu boleh ditahan untuk tempoh 24 jam bagi tujuan siasatan walaupun polis boleh melanjutkan tempoh tahanan tidak lebih daripada 28 hari bagi tujuan sama.

Namun jelasnya, jika polis berpandangan penahanan lanjut tidak diperlukan selepas tempoh 24 jam atau pada bila-bila masa selepas itu individu terbabit boleh dibebaskan.

"Dalam soal pemakaian alat pengawasan elektronik, rang undang-undang ini memberi kebebasan yang sewajarnya kepada mana-mana individu sama ada memilih memakai alat tersebut atau ditahan reman," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pada majlis Syarahan Profesor Adjung: Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara Bersama Pelajar Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini.

Minuman racun berjadual dirampas

Posted:

Minuman racun berjadual dirampas

Minuman racun berjadual dirampas

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


KAMARUL Azhar Kamaruddin (kanan) memeriksa minuman yang dipercayai mengandungi racun terkawal thiodimethysildenafil daripada sebuah syarikat di Wisma Zelan, Jalan Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/NOOR ASYIKIN ROSLAN


KUALA LUMPUR 18 April - Kira-kira 48 jam selepas Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan merampas ribuan peket minuman pelangsing yang dikhuatiri mengandungi racun berjadual, pasukan itu hari ini membongkar pula kegiatan sebuah syarikat yang memasukkan racun terkawal jenis thiodimethysildenafil ke dalam minuman kesihatan.

Racun tersebut adalah sejenis bahan yang terdapat di dalam pil viagra bertujuan untuk merangsang nafsu seks lelaki.

Operasi pasukan itu dilakukan secara serentak di pejabat dan stor syarikat itu di Wisma Zelan di Jalan Tasik Permaisuri di sini serta gudang penyimpanan stok minuman berkenaan di Klang.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kamarul Azhar Kamaruddin berkata, hasil pemeriksaan di tiga lokasi tersebut, pihaknya telah merampas sebanyak 24,200 tin minuman itu.

"Semua minuman itu dijual secara tertutup pada harga RM8 setin dan tidak dijual di kedai-kedai runcit mungkin kerana bimbang produk berkenaan dikesan pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, semua minuman yang dirampas bernilai RM193,600 mengikut harga pasaran.

Kamarul Azhar memberitahu, thiodimethysildenafil hanya boleh diambil selepas seseorang itu mendapat pemeriksaan doktor yang mengesahkannya bebas daripada penyakit utama seperti jantung.

"Jika tidak ia akan memberi kesan mudarat. Di Eropah contohnya, pernah mencatatkan kematian apabila pihak berkuasa gagal mengawal penggunaan thiodimethysildenafil.

"Racun terkawal itu diakui mampu merangsang seks lelaki tetapi kesannya sangat bahaya dan boleh membawa kematian," ujarnya.

Kelmarin, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan merampas sebanyak 170,000 peket minuman pelangsing bernilai RM500,000 dipercayai mempunyai racun berjadual yang diharamkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan