Harian Metro: Mutakhir |
MMA kecam doktor jual sijil cuti sakit Posted: 20 Apr 2012 12:32 PM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengecam tindakan segelintir doktor yang mengaut keuntungan mudah dengan hanya menjual sijil cuti sakit (MC) kepada pelanggan mereka. Presidennya, Dr Mary Suma Cardosa berkata, biarpun MMA tidak pernah menerima sebarang aduan rasmi berhubung isu berkenaan, namun pihaknya tetap memantau sebarang laporan berkaitan.
Dr Mary berkata, pihak persatuan tidak pernah menyokong sebarang aktiviti membabitkan salah laku di kalangan doktor mahupun pengamal perubatan.
|
Pengawal tak mengaku kebas deposit Posted: 20 Apr 2012 12:32 PM PDT JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan yang ditahan selepas dipercayai terbabit melesapkan wang deposit RM79,363.95 daripada syarikat tempat dia bertugas kononnya untuk melangsaikan hutang peribadi mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Mohd Rizwan Basir, 25, berasal dari Felda Tenggaroh 1, Mersing dituduh mencuri wang berkenaan di Bank RHB Berhad di alamat 22 & 24, Jalan Bestari 2/2, Taman Nusa Bestari di sini, pada pada jam 2.15 petang, 9 April lalu. Tertuduh berkemeja kelabu dan berseluar panjang kelihatan tenang ketika mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan berkenaan.
Majistret, Noor Aisyah Ahmad membenarkan Mohd Rizwan diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 20 Jun ini.
Bagaimanapun, hasratnya tidak berhasil apabila dia ditahan bersama tiga rakannya selepas polis menerima laporan.
Selepas menyedari wang tidak didepositkan ke dalam bank, syarikat berkenaan membuat laporan polis sebelum satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di Tampoi, di sini, pada jam 12 tengah hari, Isnin lalu. Dalam serbuan itu, polis menemui semula wang RM31,000 yang masih belum digunakan pengawal keselamatan terbabit. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan